Selasa, 01 Januari 2013

SYRIA - Nasib Kawasan yg Kekuarangan Senjata


Salah satu wilayah yang paling menyedihkan di Syria adalah pesisir daerah Latakia.  Penduduk Ahlussunnah di sana menjadi minoriti dengan komposisi 30 peratus berbanding 70 peratus penduduk Nushairi. Mereka kini diserang dengan gencar kerana Basyar Asad tak sudi daerah asal keluarganya dikuasai oleh Ahlussunnah.
Meskipun kumpulan minoriti, Muslim Sunni di Latakia tetap teguh berjuang melawan kezaliman rejim Asad. Mereka dihujani bom setiap hari. Rata-rata  20 bom seberat 200 kg dijatuhkan pesawat-pesawat rejim Asad setiap harinya. Keadaannya memang meruncing kerana mujahidin di sana tak memiliki senjata antipesawat yang memadai.
Berbeza dengan mujahidin di kota-kota lain seperti Aleppo dan Homs yang telah memiliki roket-roket antipesawat, mujahidin Latakia belum mempunyainya.  Maka hingga hari ini, mereka menjadi sasaran helikopter rejim yang menjatuhkan bom-bom.

0 komentar: