Jumat, 28 Desember 2012

SYRIA - Pembangkang Tolak Tawaran RUSIA

BEIRUT: Barisan pembangkang Syria hari ini menolak jemputan Moscow bagi mengadakan rundingan bagi mencari jalan penyelesaian menamatkan konflik yang berlarutan selama 21 bulan di negara itu. 

“Kami secara ikhlas tidak akan ke Moscow," kata ketuanya, Ahmed Moaz al-Khatib kepada stesen televisyen Al-Jazeera. 

Khatib berkata, Russia sepatutnya meminta maaf kerana 'mencampuri hal ehwal Syria', sebaliknya perlu mengutuk pembunuhan yang dilakukan rejim kerajaan dan mendesak agar Presiden Bashar al-Assad segera disingkirkan. 


“Kami mahu permintaan maaf dari Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov,kerana mencampuri hal ehwal Syria dan keengganan Moscow untuk mengutuk pembunuhan ramai rakyat Syria yang dilakukan rejim Bashar," katanya. - AP 

sumber

0 komentar: