Selasa, 04 Desember 2012

SYRIA - Lagi Pegawia Tinggi Berpaling Tadah


Sumber dari Damsyik untuk “Sky News Arab,”Isnin bahawa juru cakap Kementerian Luar Negeri Syria Jihad Makdissi, berpaling tadah dari pemerintahan negerinya. Sumber menambahkan bahawa pernyataan Kementerian Luar Negeri Syria dikeluarkan Selasa hari ini secara rasmi.

Direktur Pejabat gerakan revolusioner dari dewan pembangkang Syria Nasional, Jamal Valley, mengungkapkan pada “Sky News Arabic” sebelumnya ia telah menerima maklumat dari aktivis pembangkang Syria di Lebanon bahawa  Makdissi tiba di Beirut beberapa hari yang lalu kemudian  pergi lagi ke tujuan yang tidak diketahui.

Sedangkan laporan dari Syiah  AL-Manar TV Hizbullah Lebanon, melaporkan pemerintah Syria memecat Makdissi dari  jawatannya dengan “Surat Keputusan rasmi Syria”, tanpa memberikan rincian lainnya.
Menurut laporan media Makdissi pergi ke London melalui Lapangan Terbang Internasional Beirut setelah adanya ketegangan hubungannya dengan Syria.

Yang perlu diperhatikan bahawa Makdissi melindungi dirinya dalam beberapa minggu terakhir, setelah selalu tampil  dalam sidang media dan media untuk membela rejim Syria.

Pembelotan Makdisi adalah yang paling menonjol yang terjadi di Syria setelah pembelotan Perdana Menteri Syria, Riyad Hijab, Ogos lalu, dan itu kerana  latar belakang kekerasan yang diikuti pecahnya protes terhadap pemerintahan Presiden Bashar al-Assad pada Mac 2011.

sumber

0 komentar: