Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mengatakan pada hari Ahad bahawa negaranya akan mendukung revolusi Syria sehingga ke akhirnya, dan dia juga menuntut Presiden Syria Bashar al-Assad untuk segera pergi. Sementara Moscow mengatakan enyelesaian politik masih mungkin, dan sejauh ini utusan PBB Lakhdar Brahimi mengumumkan dia ada rancangan untuk menyelesaikan masalah ini, yang mungkin dapat diterima oleh masyarakat internasional.
Erdogan mengatakan – kepada pelarian Syria di kem Akjah dekat kota Sanli Urfa tenggara Turki – “. Kami akan bersama kalian sampai akhir”
Erdogan mengajak pelarian jangan putus asa, dan ia berkata, “Kita dapat melihat dengan jelas bahawa pertolongan Allah sangat dekat,” mengacu pada keberhasilan revolusi. Menurut perkiraan, jumlah pelarian Syria di Turki mencapai 220 ribu di antaranya 150 ribu tinggal di kem-kem..
Perdana Menteri Turki juga meminta dengan tegas kepada Presiden Syria untuk meninggalkan Syria. kerana Assad adalah seorang penzalim yang telah mengorbankan lima puluh ribu orang.
Dia juga mengatakan bahawa lebih dari seratus negara mengakui pembangkang Syria, dia juga menambahkan bahawa ini bererti bahwa negara-negara tidak lagi mengenali Assad, dan oleh kerana itu dia mesti pergi erana “pemimpin yang tidak diterima oleh rakyatnya tidak akan tetap berkuasa.”
(zae/Aljazeera)






0 komentar:
Posting Komentar