RAMALLAH . - Palestin akan mengemukakan permohonan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menghentikan dua projek pembinaan penempatan haram Yahudi oleh Israel.
Palestin juga memberi amaran jika projek itu dilaksanakan, ia akan menutup harapan terakhir untuk menyelesaikan konflik Asia Barat.
Ketua perunding Palestin, Saeb Erekat berkata, pihaknya meminta Majlis Keselamatan PBB menghalang pembinaan penempatan haram Yahudi tersebut, atau harapan untuk mencapai keamanan tidak akan berlaku.
Beliau berkata, Amerika Syarikat (AS) juga perlu memainkan peranan bagi menghentikan pembinaan penempatan haram itu.
"AS perlu mengambil tindakan jika negara itu tidak mahu sekali lagi menggunakan kuasa veto di Majlis Keselamatan PBB seperti yang berlaku pada 2011,'' katanya hari ini.
Israel dilapor meluluskan pembinaan projek penempatan haram Yahudi, E-1 dan Givat Hamatos yang menyaksikan kira-kira 7,500 unit pangsapuri dibina di Baitulmaqdis.
Pembinaan penempatan haram baru itu akan memisahkan Tebing Barat dari timur Baitulmaqdis yang ingin dijadikan oleh Palestin sebagai ibu negaranya.
Israel meluluskan projek penempatan haram tersebut selepas PBB meluluskan permohonan Palestin untuk menjadi negara pemerhati bertaraf bukan anggota badan dunia itu pada minggu lalu. - AGENSI
Rabu, 05 Desember 2012
PALESTIN mohon henti projek penempatan Yahudi
Langganan:
Posting Komentar (Atom)






0 komentar:
Posting Komentar