Rabu, 05 Desember 2012

MESIR: Penyokong dan penentang Mursi bertempur

KAHERAH 6 Dis. - Penyokong dan penentang Presiden Mesir, Mohammed Mursi semalam saling melontar batu antara satu sama lain dan bertempur dengan menggunakan kayu dalam kejadian di Istana Presiden, semalam.
Beribu-ribu penyokong Mursi menyahut seruan Ikhwan Muslimin untuk berhimpun sambil meluang-laungkan slogan `rakyat mahu membersihkan dataran’ daripada penunjuk perasaan pembangkang dan `Mursi punya hak’.
Penyokong Mursi kemudiannya bertindak menghalau kumpulan penunjuk perasaan anti-Mursi daripada Istana Presiden serta mengoyakkan khemah mereka.
Bagaimanapun laporan awal menyebut tiada kecederaan berlaku. - AFP

0 komentar: