Jumat, 28 Desember 2012

Israel Mahu Tambah Bina 9,000 Pangsapuri

Baitulmaqdis: Israel merancang projek pembinaan terbesar dalam tempoh beberapa dekad di Baitulmaqdis timur, tindakan yang disifatkan usaha mengukuhkan cengkamannya di wilayah yang menjadi perebutan dan merumitkan lagi proses damai. 

Dengan lebih 9,000 pangsapuri kini berada pada beberapa peringkat pembinaan dan perancangan, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa beliau tidak mungkin menyerahkan mana-mana bahagian di kota suci itu kepada rakyat Palestin, seperti yang pernah diterima dua pemimpin Yahudi sebelum ini. 

Rancangan pembinaan itu bakal melengkapkan lingkaran kediaman Yahudi di dalam kawasan penduduk Arab di Baitulmaqdis timur, sekali gus menyukarkan perhubungan dengan Tebing Barat. 


Netanyahu tidak serius 

Rakyat Palestin yang berharap menjadikan Baitulmaqdis timur sebagai ibu negaranya, berkata tidak akan ada perjanjian damai tanpa pemisahan Baitulmaqdis. 

Mereka juga mendakwa projek pembinaan itu membuktikan bahawa Netanyahu tidak serius dalam usaha menubuhkan sebuah negara Palestin dan Israel. 

Dalam tempoh kira-kira seminggu, pegawai Israel sudah menggerakkan projek 5,000 pangsapuri di Baitulmaqdis timur hingga ke tahap di mana pembinaan boleh dimulakan, termasuk penempatan baru pertama di kawasan itu dalam tempoh 15 tahun. 
9,000 pangsapuri 

Jumlah 9,000 pangsapuri yang dicadangkan akan menambah 20 peratus daripada sebanyak 50,000 pangsapuri sedia ada yang dibina untuk penduduk Yahudi di Baitulmaqdis timur. 

Israel menakluk Baitulmaqdis timur dan menjadikan wilayah itu sebagai miliknya selepas merampasnya dari Jordan dan memulakan penempatan Yahudi di kawasan itu. - AP

SUMBER

0 komentar: