This is default featured slide 1 title
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.
This is default featured slide 2 title
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.
This is default featured slide 3 title
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.
This is default featured slide 4 title
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.
This is default featured slide 5 title
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.
Senin, 31 Desember 2012
SYRIA - Istana Presiden Diroket
PALESTIN - Rundingan Damai 20 Tahun Buang Masa
RAMALLAH 30 Dis. - Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil Elaraby semalam berkata, rundingan damai antara Palestin-Israel sejak hampir dua dekad lalu merupakan sesuatu yang membuang masa.
Beliau berkata, Palestin dalam tempoh terdekat akan mengemukakan cadangan berhubung penubuhan sebuah negara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kita akan kembali ke Majlis Keselamatan PBB untuk mengemukakan cadangan itu. Palestin akan bekerjasama dengan negara-negara anggota Liga Arab dan Kesatuan Eropah (EU) untuk mengubah keadaan.
Proses pelan damai yang berlangsung sejak 20 tahun lalu merupakan sesuatu yang membuang masa, katanya selepas bertemu pemimpin Palestin di sini.
Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pada bulan lepas mengiktiraf Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota dalam badan dunia itu.
Bagaimanapun, Palestin gagal mendapat sokongan berhubung cadangan penubuhan sebuah negara di Majlis Keselamatan PBB.
Kenyataan Elaraby yang menyebut EU dan negara lain, mungkin membawa maksud meminta masyarakat antarabangsa campur tangan dan mengemukakan penyelesaian dalam konflik Palestin-Israel.
Rundingan damai tersebut gagal sejak 2008 selepas Palestin menggesa Israel menghentikan pembinaan penempatan haram di kawasan yang akan dijadikan ibu negara Palestin.
Israel pula menegaskan isu pembinaan penempatan haram dan isu utama lain diselesaikan dalam rundingan tersebut. - AGENSI
SYRIA - Tentera Mengganas Lagi
BEIRUT 30 Dis. - Tentera Syria terus mengebom kubu pemberontak berhampiran Damsyik hari ini sehari selepas sekurang-kurangnya 32 penduduk termasuk 11 kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara dan artileri di ibu negara itu, semalam.
Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria berkata, kanak-kanak dan dua wanita merupakan antara korban dalam serangan yang tertumpu di bandar terpencil pinggir timur laut dan barat daya Damsyik yang berlarutan sehingga malam tadi.
Katanya, pertempuran sengit berlaku di kubu kuat pemberontak di timur laut Harasta dan tentera Syria turut membedil bandar Moadamiyet al-Sham, barat daya Damsyik serta Bait Saham yang terletak berhampiran lapangan terbang.
Jawatankuasa Penyelaras Tempatan, satu rangkaian aktivis tempatan berkata, serangan artileri dari lapangan terbang tentera Mazzeh juga berlaku di kawasan perumahan Moadamiyet al-Sham. - AFP
Tomato Bantu Atasi Kemurungan
Penyelidik dari Universiti Perubatan Tianjin Dr Kaijun Niu, berkata, kajian yang dijalankan mendapati tomato memberikan kesan yang hebat untuk mengatasi kemurungan.
Ramai orang mengamalkan makan salad dan menyangka sayuran ini banyak khasiat tetapi tomato mempunyai kandungan bahan yang jauh
lebih hebat untuk membantu mengekalkan kesihatan, katanya.
Kaijun berkata walaupun sebab sebenar tidak dapat dijelaskan penyelidikan kesihatan mental ke atas 1,000 responden berusia 70 tahun di Jepun mendapati, mereka yang makan sekurang-kurangnya dua biji tomato seminggu hidup lebih gembira berbanding kelompok yang tidak mengamalkannya.
Agensi
PALESTIN - Roket Qassam Semakin Canggih
sumber
Global - Air Laut Semakin Berubah Rasa
Apa yang menyebabkan perubahan dalam paras kandungan garam dan apa atau siapa yang bertanggungjawab adalah masalah yang masih dikaji penyelidik.
Pasukan penyelidik dari Institut Oseanografi Scripps di La Jolla, di sini, dan Makmal Nasional Lawrence Livermore, menggunakan model meliputi 11,000 tahun dan data dari 50 tahun moden, membuat kesimpulan perubahan dalam paras kandungan garam dan suhu sudah pasti disebabkan aktiviti manusia.
Kajian mendapati perubahan ini tidak semata-mata berpunca daripada kitaran alam semula jadi. Sebahagiannya akibat perbuatan manusia sendiri, kata salah seorang penyelidik, David Pierce.
Keadaan perubahan itu bergantung di mana saintis lautan membuat kajian, katanya.
Keadaannya berbeza di seluruh dunia. Atlantik semakin masin sementara Pasifik, terutama Pasifik utara dan barat tropika Pasifik, semakin tawar. Perubahan sejak 50 tahun lalu adalah kira-kira 0.2 psu (unit kemasinan praktikal) iaitu kira-kira 0.5 peratus.
Lautan Atlantik biasanya lebih masin berbanding Pasifik, kerana angin meniup air bebas garam tersejat dari Atlantik ke Pasifik, kebanyakannya di Isthmus Panama.
Kajian mereka diterbitkan bulan lalu dalam Nota Penyelidikan Geofizikal.
Lautan membentuk 71 peratus permukaan bumi. Kemasinan air laut didorong fenomena sejatan, hujan dan aliran sungai ke dalam laut. Mekanisme rumit itu dikaitkan dengan suhu udara dan air.
Pierce dan rakannya mendapati bahawa perubahan dalam paras kemasinan air laut bergantung kepada kitaran itu.
Penyelidik mengambil rekod air masin dan suhu dari 1955-2004 yang mengukur 701.04 meter bahagian atas di garisan Khatulistiwa serta lautan sederhana. Data itu paling kuat untuk 25 meter bahagian atas, kata Pierce.
Agensi
SYRIA - Ergodan Minta Assad Pergi
Jumat, 28 Desember 2012
Israel Mahu Tambah Bina 9,000 Pangsapuri
Dengan lebih 9,000 pangsapuri kini berada pada beberapa peringkat pembinaan dan perancangan, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa beliau tidak mungkin menyerahkan mana-mana bahagian di kota suci itu kepada rakyat Palestin, seperti yang pernah diterima dua pemimpin Yahudi sebelum ini.
Rancangan pembinaan itu bakal melengkapkan lingkaran kediaman Yahudi di dalam kawasan penduduk Arab di Baitulmaqdis timur, sekali gus menyukarkan perhubungan dengan Tebing Barat.
Netanyahu tidak serius
Rakyat Palestin yang berharap menjadikan Baitulmaqdis timur sebagai ibu negaranya, berkata tidak akan ada perjanjian damai tanpa pemisahan Baitulmaqdis.
Mereka juga mendakwa projek pembinaan itu membuktikan bahawa Netanyahu tidak serius dalam usaha menubuhkan sebuah negara Palestin dan Israel.
Dalam tempoh kira-kira seminggu, pegawai Israel sudah menggerakkan projek 5,000 pangsapuri di Baitulmaqdis timur hingga ke tahap di mana pembinaan boleh dimulakan, termasuk penempatan baru pertama di kawasan itu dalam tempoh 15 tahun.
9,000 pangsapuri
Jumlah 9,000 pangsapuri yang dicadangkan akan menambah 20 peratus daripada sebanyak 50,000 pangsapuri sedia ada yang dibina untuk penduduk Yahudi di Baitulmaqdis timur.
Israel menakluk Baitulmaqdis timur dan menjadikan wilayah itu sebagai miliknya selepas merampasnya dari Jordan dan memulakan penempatan Yahudi di kawasan itu. - AP
SUMBER
SYRIA - Pembangkang Tolak Tawaran RUSIA
“Kami secara ikhlas tidak akan ke Moscow," kata ketuanya, Ahmed Moaz al-Khatib kepada stesen televisyen Al-Jazeera.
Khatib berkata, Russia sepatutnya meminta maaf kerana 'mencampuri hal ehwal Syria', sebaliknya perlu mengutuk pembunuhan yang dilakukan rejim kerajaan dan mendesak agar Presiden Bashar al-Assad segera disingkirkan.
“Kami mahu permintaan maaf dari Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov,kerana mencampuri hal ehwal Syria dan keengganan Moscow untuk mengutuk pembunuhan ramai rakyat Syria yang dilakukan rejim Bashar," katanya. - AP
sumber
SYRIA - 2 Jeneral Tentera Udara Berpaling Tadah
Para jeneral, melintasi perbatasan dan tiba di kota Reylani, Turki selatan, lapor AFP.
Israel Buat Pagar 250 km di Sempadan MESIR
SYRIA - Nasib Masjid Merangkap Hospital
Hari Kehancuran dan Qiamat
1. Ramai yang terkeliru antara Hari Kehancuran dengan Hari Qiamat. Dah cakap dah dalam kuliah Ihya' dan upload ke internet (kalau tak salah). Hari Kehancuran ialah hari kebinasaan alam. Hari Qiamat ialah hari kebangkitan selepas Hari Kehancuran. Qiamat bukan hari kehancuran. Hari Kehancuran ada nama-namanya seperti As-Saa'ah, Az-Zalzalah dan lain-lain dalam Quran, tapi Al-Qiamah hanya digunakan untuk Hari Kebangkitan Semula di akhirat nanti. Memang rata-rata orang samakan hari kehancuran dengan Hari Qiamat. Padahal kedua-duanya tak sama. Kalau baca terjemahan ayat Quran atau hadith, sila tengok perkataan asal yang digunakan. "Al-Qiyamah" tidak digunakan untuk Hari Kehancuran, melainkan Hari Kebangkitan/Akhirat. WA
2. Tidak ada siapa pun yang tahu bila Hari Kehancuran, hanya Allah yang tahu. Ia berlaku pada waktu yang sangat tak disangka-sangka oleh manusia dan jin. Pada waktu semua orang tak jangka ketika itu berlaku hari kehancuran, ketika itulah ia berlaku. Sebab itulah manusia dan jin sangat-sangat terkejut sehingga dikatakan jantung ternaik ke kerongkongan. Jadi, kalau ada orang atau kumpulan bagi tahu Hari Kehancuran akan berlaku sekian-sekian ketika, 'confirm' bohong. Ia berlaku pada saat yang kita sangat-sangat tidak sangka.
Yahudi INDIA Berpindah ke Israel
SYRIA - Assad Cari Perlindungan Venezueala Pula
SYRIA - Assad Minta Perlindungan Rusia
SYRIA - Bom Fosforus Digunakan?
Dana Palestin, Penjelasan Ali Rustam Diharapkan
Minggu, 16 Desember 2012
25 terbunuh jet tentera SYRIA bom kem pelarian PALESTIN
Kesemua mangsa berkenaan didakwa sedang berlindung di dalam sebuah masjid.
Satu video yang disiarkan laman perkongsian video YouTube menunjukkan mayat bergelimpangan di kawasan tangga masjid berkenaan.
Serangan tersebut merupakan sebahagian daripada kempen untuk mengusir penentang Presiden Bashar al-Assad yang telah berlanjutan sejak sebulan yang lalu. - REUTERS
Jumat, 14 Desember 2012
Tentera SYRIA guna Scud

Pegawai-pegawai Amerika Syarikat (AS) mendedahkan perkara itu, semalam dengan mendakwa tentera Presiden Bashar al-Assad melancarkan peluru tersebut dari Damsyik ke utara Syria.
Seorang pegawai yang tidak mahu dikenali menganggarkan tentera Syria melancarkan lebih enam peluru berpandu Scud, mengesahkan maklumat awal yang dilaporkan The New York Times.
Keadaan itu berlaku pada hari yang sama lebih 100 negara, termasuk Amerika Syarikat (AS), mengiktiraf pemberontak Syria sebagai wakil sah penduduk Syria, sekali gus memberi tekanan kepada pemerintahan Assad.
Beliau bagaimanapun berkata, tiada petunjuk senjata kimia digunakan dalam peluru berpandu itu.
Menurutnya, sejak minggu lalu pihaknya bimbang kelebihan yang diperolehi pemberontak memaksa Assad menggunakan senjata jenis itu.
Jurucakap Jabatan Negara AS, Victoria Nuland turut mengesahkan tentera Assad menggunakan peluru berpandu ke atas pemberontak, namun tidak menyatakan jenisnya.
Pemerintahan beliau (Assad) berada dalam keadaan tertekan menyebabkan tenteranya melancarkan lebih banyak senjata dan yang terbaharu, kami menerima laporan peluru berpandu mula ditempatkan di beberapa kawasan," kata beliau.
Sementara itu, beberapa letupan berlaku di luar Kementerian Dalam Negeri Syria semalam, menyebabkan tujuh maut, manakala 50 lagi cedera, menurut pegawai keselamatan.
Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Mohammad al-Shaar dan beberapa pegawai tinggi kementerian itu terselamat dalam kejadian tersebut. - AGENSI
AFGHANISTAN: 13 cedera letupan bom di Kandahar
"Pengebom berani mati itu bertindak meletupkan keretanya semasa kumpulan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) memasuki kawasan Kandahar menyebabkan 10 orang awam dan tiga anggota ISAF cedera," Ketua Polis Kandahar General Abdul Razeq memberitahu AFP.
Jurucakap NATO mengesahkan kejadian tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat sepenuhnya. - AFP
Selasa, 11 Desember 2012
Jumlah pelarian SYRIA melebihi setengah juta
Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dalam kenyataannya semalam berkata, seramai 509,559 penduduk Syria telah ditempatkan di pusat pelarian di Lebanon, Iraq, Turki dan Afrika Utara.
Jumlah pelarian yang telah berdaftar iaitu 425,160 orang, meningkat kira-kira 3,200 orang setiap hari pada bulan lalu dan hampir 1,000 penduduk Syria dilapor memasuki Jordan pada dua hari lepas. - REUTERS
PALESTIN: Isu penempatan, Abbas ikrar ambil tindakan
"Jika rancangan itu menjadi kenyataan, kami akan mengambil tindakan melalui kaedah lain,'' katanya di Parlimen Turki dalam rangka lawatan dua harinya ke negara ini.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan tindakan yang akan diambil.
Abbas berkata, tindakan meneruskan pembinaan penempatan haram itu diambil rejim Zionis berkenaan sebagai 'menghukum' rakyat Palestin.
Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pada bulan lalu mengiktiraf resolusi yang menaik taraf Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota badan dunia itu.
Israel mengkritik pengiktirafan tersebut sebagai satu halangan dalam mencapai keamanan dan mendedahkan rancangan pembinaan 3,000 buah rumah tersebut.
Abbas berkata, pihaknya mahu membuka ruang bagi mencapai keamanan dan membina sebuah negara yang bebas.
"Kami baru berada di permulaan dan perjalanan masih panjang, tetapi kami berada di landasan yang betul,'' katanya dalam ucapan yang diterjemahkan daripada bahasa Arab.
Lawatan Abbas ke Turki merupakan yang pertama selepas pengiktirafan PBB tersebut. - AFP
Senin, 10 Desember 2012
SYRIA: Pemberontak terus dibedil

Menurut Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, serangan udara itu dilancarkan ke atas Daraya ketika pasukan tentera kerajaan dan pemberontak terus bertempur, manakala bedilan meriam dilancarkan ke atas Moadamiyet al-Sham.
Pertubuhan yang beribu pejabat di Britain itu berkata, serangan udara turut dilancarkan di Ghouta Timur, kawasan yang dijadikan sebagai pangkalan pemberontak.
Tentera Syria sejak beberapa hari lalu mengebom kawasan kubu kuat pemberontak di pinggir bandar Damsyik melalui udara dan darat, sekali gus meningkatkan kebimbangan mereka mahu membuat kepungan selamat di sekitar bandar raya itu.
Menurut pertubuhan itu, pertempuran dan serangan bom turut berlaku di wilayah utara Aleppo serta wilayah tengah Homs dan Deir Ezzor.
Akhbar al-Watan pula melaporkan, tentera melancarkan serangan besar-besaran ke atas Barisan al-Nusra, kumpulan yang mempunyai hubungan dengan al-Qaeda, di beberapa wilayah di Damsyik dan Aleppo, semalam.
Tentera turut menyerang pemberontak di daerah Tadamun dan Hajar Aswad, selatan Damsyik menyebabkan berpuluh-puluh orang maut atau cedera.
Dalam keganasan semalam, seramai 94 orang terbunuh di seluruh Syria, kebanyakannya orang awam. - AFP
Minggu, 09 Desember 2012
PALESTIN: Hamas tolak iktiraf Israel
Beliau turut meminta rakyat Palestin bersatu sebagai satu bangsa yang kuat.
"Palestin adalah tanah air dan negara kita, dari Laut Mediterranean hingga ke Sungai Jordan dan kita tidak boleh melepaskannya walaupun seinci atau satu bahagian.
"Tentangan merupakan tindakan terbaik bagi mendapatkan kembali hak kita, disertai segala bentuk perjuangan 'politik, diplomatik, perundangan dan populariti' tetapi semua itu tidak akan berjaya tanpa tentangan,'' katanya selepas majlis ulang tahun ke-25 penubuhan Hamas, di sini semalam.
Ketika bercakap mengenai perpaduan, beliau berkata; ''Kita (penduduk Palestin) mempunyai sebuah pihak berkuasa, satu rujukan tunggal dan rujukan kita adalah Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), yang kita mahu satukan.''
Kenyataan beliau itu memberi isyarat terbaharu Hamas akan menyertai semula PLO dan merapatkan barisan dengan pertubuhan Palestin yang lain bagi menguatkan perjuangan rakyat Palestin. - AFP
Rabu, 05 Desember 2012
PALESTIN mohon henti projek penempatan Yahudi
Palestin juga memberi amaran jika projek itu dilaksanakan, ia akan menutup harapan terakhir untuk menyelesaikan konflik Asia Barat.
Ketua perunding Palestin, Saeb Erekat berkata, pihaknya meminta Majlis Keselamatan PBB menghalang pembinaan penempatan haram Yahudi tersebut, atau harapan untuk mencapai keamanan tidak akan berlaku.
Beliau berkata, Amerika Syarikat (AS) juga perlu memainkan peranan bagi menghentikan pembinaan penempatan haram itu.
"AS perlu mengambil tindakan jika negara itu tidak mahu sekali lagi menggunakan kuasa veto di Majlis Keselamatan PBB seperti yang berlaku pada 2011,'' katanya hari ini.
Israel dilapor meluluskan pembinaan projek penempatan haram Yahudi, E-1 dan Givat Hamatos yang menyaksikan kira-kira 7,500 unit pangsapuri dibina di Baitulmaqdis.
Pembinaan penempatan haram baru itu akan memisahkan Tebing Barat dari timur Baitulmaqdis yang ingin dijadikan oleh Palestin sebagai ibu negaranya.
Israel meluluskan projek penempatan haram tersebut selepas PBB meluluskan permohonan Palestin untuk menjadi negara pemerhati bertaraf bukan anggota badan dunia itu pada minggu lalu. - AGENSI
MESIR: Penyokong dan penentang Mursi bertempur
Beribu-ribu penyokong Mursi menyahut seruan Ikhwan Muslimin untuk berhimpun sambil meluang-laungkan slogan `rakyat mahu membersihkan dataran daripada penunjuk perasaan pembangkang dan `Mursi punya hak.
Penyokong Mursi kemudiannya bertindak menghalau kumpulan penunjuk perasaan anti-Mursi daripada Istana Presiden serta mengoyakkan khemah mereka.
Bagaimanapun laporan awal menyebut tiada kecederaan berlaku. - AFP
SYRIA - Bom Berani Mati Bunuh 50 Askar
Satu kelompok mujahidin terlibat dalam berbalas tembak sengit untuk membukakan jalan bagi mujahid yang membawa trak dengan 700 kg bahan peledak. Bom kereta kemudian diledakkan dan disusul oleh ledakan gudang senjata dalam kompleks kem. Kem militer itu hancur lebur dan sekurang-kurangnya 50 tentera rejim Nushairiyah terbunuh dalam serangan heroik tersebut. sumber
SYRIA - 3 Serangan Bom Kereta
Dua serangan bom syahid menghancurkan asrama tentera dan pos pasukan intelijen militer. Satu serangan bom kereta lainnya menghancurkan rumah gabenor rejim dan memenggal kepalanya.
Sebuah bom syahid lainnya yang semula ditujukan terhadap pos militer Kibritah akhirnya dibatalkan oleh mujahidin, demi menghindari jatuhnya korban di pihak warga awam muslim yang sedang diperiksa oleh tentera dalam pos militer tersebut. sumber
PALESTIN - Yahudi Rosakkan 200 Pohon Zaitun Palestin
Sumber mengatakan penyerang membawa senjata dan merosak pohon-pohon zaitun di desa Al-Jab'a, Bethlehem barat.
Serangan ini merupakan salah satu dari banyak serangan serupa yang dilakukan oleh ekstrimis Yahudi bersenjata di mana mereka mendakwa bahawa kebun-kebun itu adalah milik mereka.
Dalam peristiwa lain, pasukan Zionis menginvasi kota Ramallah dan menangkap sembilan Muslim Palestin tanpa tuduhan jelas. sumber
PALESTIN - Israel Pertingkat Pertahanannya
|
| Nazaret – PIP: Seorang pegawai Israel mengatakan versi sistem penangkis peluru berpandu sebagaimana dikatakan Israel paling mampu menjatuhkan 90 peatus roket-roket yang ditembakkan akivis Hamas sebelum tercapai gencatan senjata minggu lalu, akan siap untuk ditempatkan dalam tiga tahun mendatang. Dia menambahkan bahawa sistem baru ini akan menghubungkan sistem Iron Dome yang menghadang peluru berpandu jarak pendek dari Gaza dan sistem Arrow untuk mencegah peluru berpandu jarak jauh yang sudah ditempatkan untuk membuat perisai multi level yang sedang diusahakan Israel untuk dibuat dengan bantuan Amerika Syarikat untuk menangkis ancaman dari Iran dan sekutunya di perbatasan Israel. |
Kongres Islam Sedunia di Kelantan Berjaya
Berakhir petang tadi dengan menampilkan pembentangan hari terakhir oleh wakil-wakil dari UM, UKM, UNITEN, UTM, UIAM, Unisel, UMK, England, Pakistan dan sebuah syarikat berkaitan IT.
Manakala pesertanya daripada Thailand, Terengganu, Selangor dan kolej pengajian tinggi tempatan serta pegawai-pegawai kerajaan.
Anggota Exco, Datuk Mohd Amar Abdullah menyifat kongres tersebut sebagai satu persidangan yang paling panjang pernah diadakan di negara ini.
“Ini seperti satu sidang akademik yang bersifat maraton. Bagi kerajaan negeri ia merupakan kali pertama diadakan dengan kehadiran begitu ramai cendikiawan dari seluruh dunia.
“Pada awalnya saya juga merasa agak bimbang dengan tempoh persidangan yang begitu panjang. Namun apa yang penting kita berjaya menghimpunkan ramai cendikiawan dan pemikir,” katanya pada perasmian penutup World Congres On Islamic Systems 2012 di sebuah hotel di sini.
Hadir sama anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh.
Menurutnya persidangan bercorak akademik seumpama itu akan diadakan secara tahunan bagi menghasilkan penemuan atau kajian baru.
“Melalui seminar seperti ini setidak-tidaknya dapat membantu memperkemaskan lagi pentadbiran kerajaan negeri hasil daripada penyelidikan yang dijalankan pengkaji.
“Malah ada juga pembentang dari luar negara datang turut mengambil ksempatan untuk belajar dengan pengalaman Kelantan selepas lebih 22 tahun berada di bawah gerakan Islam,” ujarnya.
Timbalan Pengerusi program berkenaan, Zulkifli Mamat berkata, seminar tersebut tidak mudah untuk diadakan dan ia dirancang sejak setahun lalu.
“Program ini dianggap bukan yang terakhir dan diharap dapat diadakan lagi di sini pada tahun akan datang,” ujarnya.
sumber
Selasa, 04 Desember 2012
MAJLIS Syeikh Nuruddin Al-Banjari
Majlis Ilmu Bersama Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki (Disember 2012)
sumber : http://majlisilmu.blogspot.com/
SYRIA - Sudah 45 Orang Jeneral Berpaling Tadah
Di dalam laman akhbar itu disebutkan terdapat 46 jenderal, 3 kolonel dan 2 leftetnan kolonel, di samping itu juga terdapat satu berpangkat mejar dan beberapa tentera beserta keluarganya, mereka membelot dan menyeberang ke desa Bokolmes provinsi Turki Hatay Selatan. Hal ini menambah jumlah Jenderal Syria yang membelot ke Turki, yang tercatat hingga saat ini mencapai 45 jenderal.
sumber
Askar SYRIA Serang Sunni di LEBANON?
Menurut sumber keamanan yang juga seorang pemimpin Islam setempat, 21 Muslim di Lebanon terbunuh pada Jumaat, dalam sebuah penyergapan pasukan pemerintah Syria di daerah Talkalakh dekat perbatasan Syria-Lebanon,Sebelum itu, satu sumber ini mengatakan “17 orang muda dari Tripoli terbunuh dalam penyergapan pasukan reguler di provinsi Hims,” para korban adalah “para pejuang pembangkang Syria.”
Sebagai seorang pemimpin Islam setempat dia mengkhaabarkan mereka termasuk anggota dalam gerakan Islam dan mereka berasal dari beberapa lingkungan di kota Tripoli di Lebanon utara.
“Para pemuda yang bergabung dalam gerakan Islam telah meninggalkan Tripoli pada Jumaat pagi ke Syria.” Jelas sumber ini.
Ia melanjutkan “saat ini keadaan di kota dalam kebingungan dan ketegangan dengan latar belakang terbunuhnya mereka, terutama kabar tentang informasi yang menyatakan bahwa mereka dieksekusi, kerana tidak terbunuh selama konfrontasi dengan militer.”
Para aktivis Muslim di Tripoli menjelaskan bahawa “dari para korban yang terbunuh ada 2 bersaudara dan ayah mereka adalah seorang imam di sebuah masjid di kota Bab Attibanah, yang mana itu adalah lingkungan majoriti Sunni di Tripoli.”
ketegangan di sejumlah daerah lingkungan Sunni di Tripoli setelah menerima berita itu bertambah , sehingga beberapa kedai ditutup kerana takut ada kesan negatif dari keamanan di kota, yang mana terlihat selama beberapa bulan terakhir beberapa kekerasan antara orang orang Alawi dan ini tahun krisis di Syria.
sumber
MESIR - Jutaan Penyokong Mursi Berdemo
Seperti dikutip Al-Jazeera bahawa Parti “kebebasan dan keadilan” sayap politik Ikhwanul Muslimin menyatakan “kekuatan Nasional, Islam dan revolusioner mengenderai jutaan massa sabtu adalah merupakan bentuk dukungan untuk legitimasi, identiti bangsa serta untuk mendukung Presiden yang dipilih oleh rakyatnya.”
sumber
SYRIA - 3 Jet Dijatuhkan
Para aktivis Perjuangan berbicara tentang Deir al-Zour bahawa mereka mendapati pembantaian baru di kota, di mana semua keluarga di daerah al-Jibiliyah diserang dan mereka menemukan beberapa mayat di tepi kompleks pondok.”
sumber
SYRIA - Tentera Hujani Damsyik dgn Roket
Para aktivis mengatakan pasukan pemerintah Syria menyerang daerah yang dikuasai oleh pejuang penentang di sekitar Damsyik dengan jet dan roket, mengakibatkan beberapa orang meninggal dan puluhan lain cedera .Para pejuang merancang untuk masuk ke pusat kota dan menggempur pasukan Assad di sana. Para aktivis mengatakan bahawa serangan roket yang berlangsung hari Ahad mensasarkan kota berhampiran Lpangan Terbang Damsyik, tempat di mana pertempuran antara tentara dan pasukan penentang terjadi tiga hari yang lalu.
Beberapa orang menggambarkan serangan tersebut seperti serangan yang pernah terjadi di Beit Sahem di Damsyik.
sumber
SYRIA - Askar Bakar Rumah Makdissi
Menurut Pejabat Informasi Dewan Tentera, pasukan rejim Syria membakar rumah Pegawai Kementerian luar negeri Syria Jihad al-Makdissi di Mezze, sedangkan Makdissi saat itu telah meninggalkan negaranya dan pergi ke London melalui Beirut.Makdisi berasal dari Damsyik dan dia seorang ayah dari dua anak lelaki dan meraih gelar doktor di media dari London melalui kerjayanya di kedutaan Syria di sana, ia dipanggil ke Damsyik sejak pecahnya protes menuntut penggulingan rejim Assad pertengahan Maret 2011 untuk membantu mengatasi masalah luar negeri.
Meskipun Makdissi sering mengatakan bahawa Syria baik-baik saja, ternyata diam diam keluarganya telah meninggalkan Syria bulan lalu.
sumber
SYRIA - Lagi Pegawia Tinggi Berpaling Tadah
Sumber dari Damsyik untuk “Sky News Arab,”Isnin bahawa juru cakap Kementerian Luar Negeri Syria Jihad Makdissi, berpaling tadah dari pemerintahan negerinya. Sumber menambahkan bahawa pernyataan Kementerian Luar Negeri Syria dikeluarkan Selasa hari ini secara rasmi.Sedangkan laporan dari Syiah AL-Manar TV Hizbullah Lebanon, melaporkan pemerintah Syria memecat Makdissi dari jawatannya dengan “Surat Keputusan rasmi Syria”, tanpa memberikan rincian lainnya.
Menurut laporan media Makdissi pergi ke London melalui Lapangan Terbang Internasional Beirut setelah adanya ketegangan hubungannya dengan Syria.
Yang perlu diperhatikan bahawa Makdissi melindungi dirinya dalam beberapa minggu terakhir, setelah selalu tampil dalam sidang media dan media untuk membela rejim Syria.
Pembelotan Makdisi adalah yang paling menonjol yang terjadi di Syria setelah pembelotan Perdana Menteri Syria, Riyad Hijab, Ogos lalu, dan itu kerana latar belakang kekerasan yang diikuti pecahnya protes terhadap pemerintahan Presiden Bashar al-Assad pada Mac 2011.
sumber
SYRIA Sedang Kumpul Senjata Kimia
Seorang pegawai tinggi di Kementerian Pertahanan AS mengatakan bahawa pegawai perisikan AS telah membuktikan adanya gerakan militer di lebih dari satu tempat di Syria yang mengumpulkan bahan-bahan kimia berbahaya yang mungkin diperlukan untuk membuat senjata kimia.”Menteri pertahanan Leon Panetta mengatakan,”Ia pernah menyatakan pada September lalu yang Syria telah menyerahkan senjata kimia untuk keamanan, senjata Kimia itu masih ada dibawah kendalian pemerintah Syria.
Perlu untuk dicatat bahwa Syria adalah negara yang memiliki salah satu program senjata Kimia terbesar di dunia, dan rejim Bashar al-Assad selalu menegaskan bahawa senjata itu tidak akan digunakan terhadap rakyat Syria melainkan hanya untuk melawan kekuatan eksternal yang melancarkan serangan terhadap negara itu.
sumber
PALESTIN - Masjid Hancur, Al-Quran Bertaburan
Pada Selasa pagi, Israel menghancurkan Masjid “Al Mufqoro” di timur kota Yatta, selatan Hebron di Tebing Barat, dengan alasan pembangunan masjid tersebut tanpa izin.Koordinator Komite pembangunan dan Pemukiman di kota Yatta, Gaji Jabour mengatakan pasukan Israel menyerbu masjid pada waktu fajar dan menghancurkan masjid yang luasnya lebih dari 120 meter persegi. Jabour menambahkan, pasukan Israel menyerbu dengan jentolak dan alat berat, dan menutup seluruh kawasan masjid.
Setelah penghancuran masjid, Lembaran kitab suci agama Islam tersebut berserakan dan berceceran di sekitar jalan. Penduduk tidak dapat berbuat banyak lantaran ketatnya pengawalan. Mereka mengutuk aksi tersebut, dan meminta perlindungan hak-haknya untuk menjalankan ibadah dengan tenang.
sumber
Lima terbunuh dalam letupan bom di AFGHANISTAN
Alat kawalan bom itu diletakkan di sebuah motosikal dan meletupkan sebuah trak tentera yang melalui bandar Trin Kot di wilayah Uruzgan.
Dua tentera dan tiga orang awam terbunuh dalam letupan tersebut," kata jurucakap polis, Farid Ayal. - Agensi
Sumber
MYANMAR: Etnik Islam Kaman pula ditindas

Keadaan itu meningkatkan kebimbangan terhadap konflik agama yang semakin meruncing di negara ini.
Tidak seperti Rohingya yang belum diiktiraf oleh Myanmar, Kaman merupakan etnik yang diiktiraf kerakyatan mereka.
Pemimpin agama etnik Kaman, U Thar Din berkata, selepas masjid dibakar, pertempuran tersebut bertukar daripada konflik antara kaum kepada konflik agama.
"Seandainya kerajaan tidak mengawal keadaan ini, keganasan akan berlaku. Kami tidak boleh bersabar lagi. Seandainya keadaan ini berterusan, semua penganut Islam akan mati," katanya.
Seorang mangsa daripada etnik Kaman, Ma Yay Phyu, 74, berkata, dia dan keluarganya cuba lari daripada kemelut agama di situ dengan menaiki bot, namun kenderaan tersebut karam menyebabkan empat anggota keluarga termasuk suaminya, lemas.
"Saya tidak tahu mengapa mereka menyerang kami. Kami tidak pernah bergaduh sebelum ini. Kami pernah tinggal bersama dalam satu kampung," katanya yang merupakan antara 100,000 pelarian di Rakhine ketika ini, bersama-sama etnik Rohingya yang lain.
Kebanyakan penganut Rakhine Buddha, yang kini mendapatkan perlindungan di kuil, tidak dapat membezakan antara Rohingya dan Kaman.
Seorang penganut Buddha, May Kyaw Mar, 55, pula mendakwa, kedua-dua etnik itu bersatu menyerang mereka dengan membakar kediaman penganut Buddha.
"Rohingya mencetuskan masalah. Penduduk tempatan Islam (Kaman) juga mencetuskan masalah. Mereka tidak ada beza," katanya. - AGENSI












