
Seorang penduduk Syria melihat mayat rakannya yang didakwa aktivis pembangkang dibunuh oleh tentera Syria sebelum majlis pengkebumian mereka di Qusseer dekat Homs pada 2 September lalu. - REUTERS
Kenyataan itu dibuat oleh Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov yang menemui Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Rodham Clinton dalam satu pertemuan berasingan ketika Sidang Kemuncak Kerjasama Asia Pasifik (APEC) di sini, hari ini.
Lavrov berkata, Rusia akan memberi tekanan kepada Majlis Keselamatan PBB untuk menyokong pelan damai itu.
Beliau, bagaimanapun menolak gesaan AS yang mahu sekatan ekonomi lebih keras dikenakan ke atas Syria dan menyatakan tindakan itu tidak akan membawa apa-apa kesan.
Menurut Lavrov, cubaan baru itu akan dibuat pada bulan depan iaitu ketika Menteri-Menteri Luar mengadakan pertemuan sempena Perhimpunan Agung PBB di New York.
Kremlin menyokong pelan damai Geneva yang mahu semua pihak di Syria melaksanakan gencatan senjata dan membentuk kerajaan peralihan serta menilai semula Perlembagaan.
Pelan damai itu, bagaimanapun mencetuskan perbalahan antara negara kuasa dunia dengan AS serta sekutu Eropahnya menolak sebarang penglibatan Presiden Bashar al-Assad dalam kerajaan baru tetapi Rusia bertegas rakyat Syria yang berhak memutuskannya. - AFP
Sumber






0 komentar:
Posting Komentar