Kamis, 13 September 2012

AS hantar dua kapal perang ke LIBYA

BENGHAZI 13 Sept. - Amerika Syarikat (AS), hari ini menghantar puluhan anggota marin dan dua kapal perang ke Libya setelah kematian dutanya di sini, Christopher Stevens dan tiga lagi rakat AS dilaporkan diserang sekutu rangkaian al-Qaeda dan bukannya oleh kumpulan perusuh yang membantah penerbitan filem yang menghina Nabi Muhammad.
Jurucakap kanan AS berkata, penghantaran kira-kira 50 tentera marin itu adalah bagi memastikan keselamatan Kedutaan AS di Tripoli yang mana jumlah kakitangannya kini dikurangkan kepada tahap kecemasan.
Amerika juga mula memindahkan kesemua kakitangannya daripada menjalankan misi di Benghazi ekoran pembunuhan Stevens dan tiga lagi rakyat negara itu dalam rusuhan itu Selasa lalu.
Pada masa sama, dua kapal perang pemusnah dihantar ke 'kawasan sekitar Libya' sebagai langkah berjaga-jaga.
''Jangan buat kesilapan, kita akan bekerjasama dengan kerajaan Libya untuk membawa keadilan kepada pembunuh yang menyerang rakyat kita,'' kata Presiden AS, Barack Obama yang turut mengarahkan kawalan keselamatan ke atas misi diplomatik Amerika di seluruh dunia ditingkatkan.
Obama dan Presiden Parlimen Libya, Mohammed Magarief bersetuju bekerjasama menjalankan siasatan berhubung insiden itu dalam satu perbualan telefon, semalam.
Serangan ke atas konsulat AS di Benghazi berlaku ekoran tunjuk perasaan di konsulat AS itu bagi membantah penerbitan filem terbabit yang didakwa menghina Nabi Muhammad. Tunjuk perasaan serupa turut diadakan di Kaherah. - AFP

Sumber

0 komentar: