Minggu, 22 Juli 2012

SYRIA - 145 Maut Pada 1 Ramadhan

Inna lillahi, di tengah-tengah kegembiraan menyambut datangnya bulan suci Ramadhan, rakyat Syria masih terus berduka. Sekitar 145 Muslim awam terbunuh (syahid insyaAllah) dalam serangan besar-besaran oleh pasukan loyalis Assad pada hari pertama Ramadhan.

Dewan Koordinasi Oposisi Lokal (LCC) mengatakan bahawa pasukan rejim Syria membunuh 145 warga pada hari Jumaat (20/7/2012), seiring dengan pertempuran dengan para "militan" di beberapa kota berbeza di Syria, dikutip KUNA.

LCC melaporkan bahawa pihak pasukan rejim meningkatkan serangannya terhadap pasukan penentang dan penunjuk perasaan anti-rejim, pengeboman membabi buta hampir tak terhenti di kota Damsyiks. Kebanyakan warga terbunuh di pusat kota Damsyik dan pingggirannya.

sumber

0 komentar: