Minggu, 08 Juli 2012

SUDAN - Demo di Universiti Khartoum

KHARTOUM 8 Julai - Pasukan keselamatan Sudan semalam terpaksa melepaskan gas pemedih mata selepas berlaku demonstrasi di kampus utama di Universiti Khartoum, di mana seluruh negara membantah terhadap kenaikan harga tinggi yang bermula bulan lalu.

“Terdapat beberapa demonstrasi di kampus utama dan pihak berkuasa terpaksa menggunakan gas untuk meleraikan bantahan tersebut,’’ kata saksi.

Katanya lagi, protes tersebut berlaku sejak tiga minggu, apabila pelajar mula menyuarakan penentangan terhadap kenaikan harga makanan. - AFP

sumber

0 komentar: