Minggu, 08 Juli 2012

MESIR - Mursi Lawat Arab Saudi Minggu Depan

KAHERAH 8 Julai - Presiden Mesir, Mohammed Mursi akan melawat Arab Saudi pada Rabu depan dalam rangka kerja luar pertamanya selepas dilantik sebagai pemimpin negara ini pada 30 Jun lalu.

Media tempatan melaporkan, lawatan tersebut bakal menyaksikan perbincangan antara Mursi dan Raja Arab Saudi, Abdullah Abdul Aziz serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan itu.

"Lawatan tersebut merupakan satu penghargaan buat Arab Saudi," kata duta Arab Saudi ke Kaherah, Ahmed Kattan. - dpa

sumber

0 komentar: