ALEXANDRIA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton dicemuh dengan lagu "Monica, Monica" oleh penunjuk perasaan serta membalingnya dengan tomato semasa melawat bandar pelabuhan Mesir, Alexandria, semalam.
Lagu itu merujuk kepada skandal antara Monica Lewinsky bersama suaminya, Bill Clinton ketika menjadi Presiden AS, dilaungkan penunjuk perasaan yang berkumpul di luar Konsulat AS semasa lawatan Hillary sempena pembukaan semula pelabuhan itu. Pegawai keselamatan Mesir berkata, penunjuk perasaan melaungkan "Monica, Monica" dan "Irhal, Clinton" (Keluar, Clinton).
Dalam kejadian itu, tomato, kasut dan botol air dilemparkan ke arah Clinton, namun dilindungi polis anti-rusuhan.
Bagaimanapun, pegawai AS berkata, kenderaan milik Clinton tidak terjejas. - AFP
sumber
Minggu, 15 Juli 2012
MESIR - Hillary Clinton Dibaling Tomato
Langganan:
Posting Komentar (Atom)






0 komentar:
Posting Komentar