Kamis, 08 Maret 2012

UAE dan Interpol Mahu Tangkap Qardhawi, Ikhwan Beri Amaran

Ikhwanul Muslimin di Mesir mengecam keras Ketua Polis Dubai yang mengeluarkan surat perintah penangkapan terhadap Dr Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, Presiden Persatuan Ulama Internasional.

Dr Mahmud Ghazlan jurucakap Ikhwanul Muslimin menegaskan bahawa UEA tidak akan berani menangkap Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, sambil menunjukkan bahawa penerbitan surat perintah penangkapan dari Kepala Polis Dubai tersebut sangat memalukan.

Dia mengatakan ancaman dan pernyataan itu merupakan perang psikologi dengan menegaskan bahawa polisi Dubai tidak dapat menangkap Syeikh al-Qaradhawi lantas mengatakan: "Jika penangkapan itu terjadi, Ikhwanul Muslimin akan bergerak dan akan menyerukan seluruh dunia Islam melawan UEA," mencatat bahawa semua kritik yang dilakukan oleh Syeikh Al-Qaradhawi kepada UEA sudah benar.

"Bagaimana UEA boleh mengusir keluarga Syria dalam keadaan seperti itu kerana mereka berdemonstrasi menentang si pembunuh Bashar al-Assad!?" Menekankan bahawa Ikhwan menghormati Syeikh Yusuf al-Qaradhawi yang merupakan salah satu ulama rujukan bagi Ikhwan.

Sebelumnya dilaporkan bahawa Syeikh Yusuf al-Qaradhawi mengecam keputusan UEA yang mendeportasi warga Syria yang mengambil bahagian dalam demonstrasi di luar markas besar konsulat negara mereka di Dubai, selama penampilan di episod terakhir dari program televisyen "Syariah dan Kehidupan" di stesen televisyen Al Jazeera.

Hasil dari kecaman Syeikh Al-Qaradhawi tersebut, Ketua Polis Dubai Leftenan Jenderal Dahi Khalfan akan meminta Interpol untuk mengeluarkan surat perintah penangkapan terhadap Syeikh Yusuf al-Qaradhawi.(fq/imo)

sumber

0 komentar: