LONDON 6 Mac - Sejenis ubat untuk merawat penyakit jantung, yang masih menunggu kelulusan pihak berkuasa untuk digunakan secara meluas, dijangka dapat membantu menyelamatkan beribu-ribu nyawa.
Ubat dikenali sebagai ivabradine yang menurunkan kadar degupan jantung dan memperbaiki keupayaan organ itu mengepam darah, ketika kajian dijalankan didapati membantu mengurangkan kadar kematian sebanyak 39 peratus.
Ahli kardiologi dan pakar sakit jantung di Hospital Royal Brompton, Profesor Martin Cowie (gambar) yang terlibat dalam penyelidikan ke atas ubat tersebut berkata, ivabradine dijangka dapat membantu menyelamatkan antara 5,000 dan 10,000 nyawa setahun.
Ia juga dapat membantu mengurangkan satu pertiga kos Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) untuk pesakit jantung yang dirawat di hospital.






0 komentar:
Posting Komentar