Jumat, 02 Maret 2012

Qardhawi Perbaharui Fatwanya Tentang Jerusalem

Ulama terkenal asal Mesir Dr Yusuf Al-Qaradhawi telah memperbaharui sebuah fatwa sebelumnya yang melarang semua Muslim, kecuali warga Palestin, untuk mengunjungi wilayah pendudukan Jerusalem.

Dia mengatakan bahawa mengunjungi Jerusalem sementara masih di bawah pendudukan memberikan legitimasi terhadap pendudukan Israel, mencatat bahwa siapa saja yang ingin mengunjungi Jerusalem terpaksa mesti berurusan dengan kedutaan besar Israel untuk mendapatkan visa.

"Kita mesti merasa bahawa kita kehilangan Jerusalem dan kita mesti berjuang untuk memenanginya kembali", katanya, menambahkan bahawa Jerusalem hanya akan kembali melalui perlawanan dan Jihad.

Syeikh Qaradhawi mengingatkan pemukim Yahudi terhadap konsekuensi tindakan mereka menyerbu masjid suci Al-Aqsa, menggambarkannya sebagai "garis merah".

Pernyataan Syeikh Qaradhawi, yang dikeluarkan dalam menanggapi seruan ketua pihak berkuasa Palestin Mahmud Abbas agar umat Islam untuk mengunjungi Jerusalem, tersebut diamini oleh jurucakap Hamas di Gaza.

Fawzi Barhoum mengatakan dalam sidang medianya menegaskan bahawa mengunjungi Jerusalem di bawah pendudukan adalah pengakuan terhadap pendudukan dan semacam tindakan normalisasi.(fq/pic)

sumber

0 komentar: