Minggu, 04 Maret 2012

PALESTIN - Muzium Islam Bakal Jadi Sinagog

Pihak berkuasa pendudukan Israel (IOA) merancang untuk mengubah sebuah muzium Islam yang berdekatan dengan Masjid Al-Aqsa di Jerusalem menjadi sebuah Sinagog Yahudi.

Jawatbkuasa Anti Dinding dan pemukiman Yahudi di wilayah pendudukan Jerusalem mengatakan dalam sebuah pernyataan pada Sabtu malam lalu bahawa IOA telah bekerja sama dengan fanatik Yahudi untuk menguasai muzium Islam yang bersebelahan dengan gerbang dinding Maghariba dan berusaha mengubahnya menjadi sebuah sinagog dan perpustakaan.

Jawatankuasa juga memperingatkan bahawa mengendalikan muzium seluas 400 meter persegi dan menggali terowongan di bawah kota suci dalam upaya untuk mencari kuil Sulaiman, sejalan dengan usaha yahudisasi Jerusalem.

Komite menegaskan bahawa Tembok Buraq adalah bahagian tak terpisahkan dari Masjid Al-Aqsha, menggambarkan mengubah nama Tembok Buraq sebagai usaha untuk mengaburkan sejarah Islam.

sumber

0 komentar: