JERUSALEM (Arrahmah.com) - Pasukan keamanan Zionis membedil dua stesenn televisyen Palestin di Tebing Barat setelah menyita peralatan penyiaran dan barangan mereka.
Karyawan kedua-dua stesen televisyen tersebut mengatakan pasukan Israel menyerbu pejabat Watan Television dan Televisi Pendidikan Quds di kota Ramallah pada pagi hari Rabu (29/2/2012) dan melakukan tindakan kekerasan terhadap para jurnalis.
"Mereka datang pukul 2 pagi dan menyita sekitar 30 komputer dan semua pemancar. Stesen ini benar-benar ditutup," kata ketua editor Watan Television, Ali Daraghmeh.
"Salah satu penjaga kami berusaha menghentikan tentera, tetapi mereka mengatakan kepadanya mereka bahawa mereka mendapat perintah rasmi untuk menutup stesen," kata Daraghmeh meskipun rejim Israel belum mengomentari insiden tersebut.
"Pukul 3.00 dini hari, tentera Israel memasuki pejabat stesen televisyen dan mengambil semua pemancar, dan stesen sekarang tidak dapat disiarkan," kata Direktur Televisi Pendidikan Quds, Haroun Abu Arra.






0 komentar:
Posting Komentar