KUWAIT CITY 25 Mac - Ketua Polis Dubai mendedahkan pergerakan Ikhwan Muslimin, sebuah pergerakan utama berhaluan Islam yang muncul selepas 'Kebangkitan Arab', sedang berkomplot untuk menguasai negara-negara Teluk.
Leftenan Jeneral Dahi Khalfan dalam wawancara yang disiarkan oleh akhbar Kuwait, Al-Qabas hari ini melaporkan, beliau mempunyai sebab untuk mendakwa 'Ikhwan berkomplot untuk menukar rejim-rejim di Teluk'.
"Sumber-sumber saya berkata, langkah (Ikhwan) seterusnya adalah untuk menjadikan kerajaan-kerajaan Teluk (kerabat diraja mereka) sebagai boneka semata-mata tanpa kuasa untuk memerintah.
"Komplot itu akan bermula di Kuwait pada 2013 diikuti di negara lain di Teluk pada 2016," katanya.
Khalfan terjebak dalam kontroversi dengan Ikhwan Muslimin selepas beliau pada awal bulan ini mengancam untuk menangkap ulama terkenal, Yusuf al-Qaradhawi, yang juga tokoh utama Ikhwan, kerana mengkritik Emiriyah Arab Bersatu (UAE) selepas UAE mengusir penunjuk perasaan Syria.






0 komentar:
Posting Komentar