This is default featured slide 1 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

This is default featured slide 2 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

This is default featured slide 3 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

This is default featured slide 4 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

This is default featured slide 5 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

Sabtu, 31 Maret 2012

PALESTIN - Puluhan Ribu Sertai GMJ

Siraaj

Ahad, 1 April 2012 09:00:13

JALUR GAZA (Arrahmah.com) - Puluhan ribu rakyat Palestin ikut serta dalam Global March to Jerusalem (GMJ) dari beberapa bahagian Jalur Gaza pada hari Jumaat (30/3/2012) menuju penyeberangan Beit Hanoun di utara Jalur Gaza.

Komite Hamas mengatakan bahwa puluhan bas membawa para demonstran dari beberapa bahagian Jalur Gaza di tengah-tengah partisipasi para demonstran yang lain yang juga ikut dalam protes internasional GMJ tersebut.

Perdana Menteri pemerintah Gaza, Ismail Haneyya, juga ikut berpartisipasi dalam long march itu bersama dengan delegasi parlimen Mesir yang sedang mengunjungi Gaza.

sumber

PERANCHIS - Qardhawi dan 4 ulama Dilarang Masuk


Perancis mengatakan pihaknya telah melarang empat ulama Muslim memasuki negara itu untuk menghadiri sebuah konferensi Islam, mengatakan mereka sering menyerukan pesan kebencian dan kekerasan yang hal itu boleh merosak prinsip-prinsip republik Perancis.

Perancis juga menyesalkan intelektual muslim Tariq Ramadan telah diundang untuk pertemuan Uni Organisasi Islam di Perancis (UOIF), sebuah pernyataan dari Menteri Luar Negeri Alain Juppe dan Menteri Dalam Negeri Claude Gueant mengatakan.

Akrima Sabri, Ayed Bin Abdullah al-Qarni, Safwat al-Hijazi dan Abdullah Basfar dilarang memasuki Perancis, sementara Syeikh Yusuf al-Qaradhawi dan Mahmud al-Masri "memutuskan untuk tidak datang", laporan mengatakan.

Presiden Nicolas Sarkozy meminta untuk melarang para ulama tersebut menghadiri konferensi Islam yang berlangsung pada 6-9 April di Le Bourget di luar Paris, di latar belakangi pembunuhan di Toulouse yang dilakukan Mohammed Merah yang mengejutkan Perancis.

sumber

Ikhwan MESIR Usaha Gulingkan Kebinet Ganzouri

Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) kembali melancarkan serangan tajam terhadap kabinet Perdana Menteri Kamal al-Ganzouri, menuntut pengunduran diri kabinet maupun Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata, atau akan dipaksa untuk berundur jika gagal untuk melakukannya secara sukarela.

"Kamal al-Ganzouri membahas anggota parlimen dengan dua pernyataan - yang pertama adalah pernyataan improvisasi sebelum Majlis Rakyat, dan beberapa hari kemudian dia mengirimkan pernyataan tertulis kepada DPR," kata pemimpin blok parlimen parti, Hussein Ibrahim, saat sidang media Khamis kelmarin (29/3) di markas FJP.

"Kami menolak kedua pernyataan itu. Sembilan belas komite Majlis Rakyat menolak mereka," katanya dengan tegas.

Ibrahim mengatakan semua opsi ada di meja untuk FJP, termasuk turun ke jalan jika kabinet Ganzouri tidak mengundurkan diri. Ia mengatakan ia mengharapkan SCAF untuk menanggapi panggilan untuk demokrasi dan membubarkan kabinet saat ini, dan jika gagal untuk melakukannya, FJP berencana untuk memanggil para menteri untuk ditanyai di Parlimen.

sumber

Latihan Air dalam PLKN Digantung

30 Mac 2012, KUALA LUMPUR, (Bernama) - Semua jenis latihan air di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara digantung susulan kematian seorang pelatih di Kem PLKN Terkok, Sungai Siput, Perak pada 12 Mac lepas dipercayai akibat jangkitan virus kencing tikus.

Arahan itu dikeluarkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan berkuatkuasa serta-merta, kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kecil dalam kenyataan, di sini.

Katanya menteri berkenaan turut memutuskan penghantaran pelatih kumpulan dua siri 9/2012 ke kem tersebut ditangguhkan sehingga memperolehi perakuan sah selamat daripada Kementerian Kesihatan.

"Sungguhpun Jabatan kesihatan Perak telah membuat pemeriksaan terhadap kem itu pada 2011 dan mendapati ianya boleh beroperasi, manakala Makmal Kesihatan Awam Ipoh pada Februari lepas mendapati air kolam di kem itu bebas bakteria Leptospira, namun arahan itu adalah bagi keberkesanan PLKN," kata Abdul Hadi.

sumber

Letupan di Haadyai - 11 Rakyat MALAYSIA Cedera

Sebanyak 11 rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam kejadian letupan gas di sebuah restoran makanan segera di sebuah hotel
terkemuka di bandar Haadyai semalam.

Konsul General Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan yang dihubungi Bernama berkata setakat ini pihak kedutaan hanya mengesan 11 rakyat Malaysia yang sedang dirawat di beberapa hospital.

Beliau berkata butiran lengkap mengenai 11 mangsa yang cedera itu akan diketahui esok dan menurutnya setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam kejadian itu.

Mohd Aini berkata pihak kedutaan akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan bagi mengesan sekiranya ada lagi rakyat Malaysia yang terbabit dalam kejadian itu.

Laporan awal media Thailand menyebut tiga orang terbunuh dalam kejadian letupan di Hotel Lee Garden pada kira-kira pukul 1 tengah hari waktu tempatan semalam manakala lebih 300 lagi cedera.

Letupan itu dikatakan berpunca daripada letupan gas di sebuah restoran makanan segera yang terletak di bangunan hotel itu dan siasatan masih dijalankan pihak berkuasa Thailand.

- Bernama

sumber

MALAYSIA - 'Tokoh' Dunia Jenayah dan Kenaikan Pangkat Polis?

Mampukah seorang individu dalam dunia jenayah mempengaruhi kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai polis ketika pasukan itu berada bawah penguasaan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan?

Dakwaan terbaru yang timbul menyebut bahawa seorang tokoh misteri, BK Tan – yang disyaki mempunyai kaitan dengan individu dalam dunia jenayah Johor, Tengku Goh – telah menasihati Musa beberapa kali berhubung kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai kanan polis.

Musa, bersama peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia) sebelum ini didakwa telah menganiaya pengarah jabatan siasatan jenayah komersialnya, Datuk Ramli Yusuff serta enam orang pegawai Ramli.

Ramli dan juga enam orang pegawai berkenaan ditahan dan didakwa di mahkamah, lima tahun lalu.

Dalam perkembagan terbaru, sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Musa akan memanggil BK Tan untuk "nasihat" dan pada masa yang lain, Tan mengunjungi rumah Musa di Petaling Jaya untuk berbincang mengenai pelantikan dan pertukaran pegawai dalam pasukan itu.

Menurut sumber, Musa ketika ditanya telah menjelaskan bahawa penglibatan Tan itu telah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri kerana kaitan dengan dunia jenayah itu didakwa dapat mengenalpasti antara polis yang "baik" dan "tidak baik."

Satu sumber mendakwa bahawa beliau telah melihat pembantu Musa membawa satu dokumen biru mengandungi senarai sulit pengawai yang akan ditukarkan atau dinaikkan pangkat.

Musa didakwa telah menyediakan satu salinan dokumen sulit itu kepada Tan.

Difahamkan, seorang pembantu Musa, ASP Noor Azizul Rahim Taharim, telah mengemukakan perkara itu untuk perhatian metneri di Jabatan Perdana Menteri pada waktu itu, Datuk Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan timbalan menteri dalam negeri, Datuk Johari Baharom.

sumber

Minggu, 25 Maret 2012

Rancangan Ikhwanul Muslimin di SYRIA

Kelompok Ikhwanul Muslimin Syria pada hari Ahad (25/3) mengatakan pihaknya berkomitmen untuk negara awam yang menghormati hak asasi manusia dan melihat partisipasi dari semua warga, dalam upaya untuk menghilangkan kekhuatiran bahawa kelompok ini memiliki rancangan untuk mengambil alih kekuasaan di Syria setelah runtuhnya rejim Presiden Bashar al-Assad.

Pemimpin Ikhwan Syria, Ali Sadreddine Bayanouni, mengatakan dalamsidang media di Istanbul bahawa Ikhwan Syria berkomitmen untuk sebuah negara republik awam dan demokrasi dengan sistem parlementer, di mana semua orang diperlakukan sama apapun agama atau etnik mereka.

Bayanouni menambahkan bahawa kelompoknya juga berkomitmen untuk sebuah negara yang menghormati hak asasi manusia, termasuk kebebasan berkeyakinan, berpikir, dan berekspresi.


sumber

Tanggungjawab Kita Bela PALESTIN

KOTA BHARU, 25 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru umat Islam mengambil tanggungjawab bersama untuk membela nasib umat Islam Palestin kerana ianya bukan masaalah bangsa, sebaliknya Islam.

Katanya, akibat fahaman kebangsaan yang telah lama tersebar di kalangan masyarakat, menyebabkan umat Islam tidak sentisitif terhadap nasib sesama mereka, apa lagi di Palestin jauh di Timur Tengah.

Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan rombongan 50 anggota motosikal superbike termasuk Zon Timur sempena misi Global Marc To Jerusalem di kediamannya, Pulau Melaka.

Program itu dianjurkan Aqsasyarif Kelantan.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, sukan dan Ngo negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood, Yang Dipertua Iqram Kota Bharu, Dr Mohd Sharani Mohd Naim dan lain-lain jemputan.

Kata Tuan Guru lagi, fahaman bangsa disebar Yahudi beratus tahun dahulu dan ianya berjaya mempengaruhi minda masyarakat Melayu di negara ini sehingga mereka tidak begitu sensitif terhadap nasib rakyat Palestin.

“Kita orang Melayu dan bukannya orang Arab, inilah antara kecelakaan yang menimpa umat Islam di seluruh dunia, termasuk orang Arab sendiri.

“Arab Mesir juga sedemikian, tidak merasakan sensitif terhadap nasib Arab Palestin kerana bukan dari bangsanya Arab Mesir,” ujarnya.

Sambung, akibat fahaman salah berhubung bangsa dan agama ini telah berlaku kecelaruan dikalangan umat Islam Arab, apa lagi orang Melayu Malaysia.

Tambahnya yang juga Menteri Besar Kelantan, ia hasil racun yang berjaya disebar oleh Yahudi sejak sekian lama hingga memberi kesan pada umat Islam hari ini.

Beliau bagaimanapun melahirkan rasa syukur kerana adanya gerakan Islam yang bersungguh-sungguh dalam membela nasib Palestin telah membuka mata masyarakat Islam termasuk di negara ini.

“Membela nasib umat Islam Palestin adalah menjadi hak dan tanggungjawab Melayu Islam, Arab Islam dan lain-lain bangsa di dunia ini,” ujarnya.