Kamis, 05 Januari 2012

Ray Lengend Mahu Bunuh Orang Islam Sebanyak Mungkin

Ray Lazier Lengend, 40, suspek pelaku pelemparan bom molotov ke sejumlah tempat di kawasan Queens, New York mengaku ingin "membantai orang Islam dan Arab sebanyak mungkin."

Lengend melakukan aksinya tepat pada tahun baru kelmarin. Dia melemparkan lima bom molotov ke empat tempat berbeza di Queens, termasuk ke Khoei Islamic Center di kawasan itu.

Kepada polis Lengend juga menyatakan dia ingin menimbulkan "kerosakan dan korban sebanyak mungkin" dengan cara melempar bom molotov dari atas balkon Islamic Center ke arah kerumunan orang yang berada di bawahnya.

Lengend kini sedang menjalani pemeriksaan kejiwaan di Rumah Sakit Bellevue, mengaku bahawa dirinya sangat membenci Muslim dan orang-orang Arab.

Sementara itu, Imam Al-Khoei Islamic Center, Maan Al-Sahlani memuji pihak polis yang bergerak cepat menangani kes ini dan menangkap pelakunya.

"Peringatan buat siapa saja yang melakukan tindakan seperti ini, akan mendapatkan ganjarannya. Polis akan datang dan menangkap pelakunya," ujar Imam Al-Sahlani.

Dia juga menyatakan puas, pasukan penegak undang-undang menjadikan kes serangan bom molotov ini sebagai kes jenayah berlatar belakang kebencian terhadap komuniti tertentu. Imam Al-Sahlani berharap, gerak cepat pihak polis akan mencegah orang lain untuk melakukan serangan serupa di masa-masa mendatang.

Soal pelaku penyerangan yang dipercayai mengalami gangguan kejiwaan, Imam Al-Sahlani hanya mengatakan, "Jelas, ada yang tak kena pada diri orang itu."

Lengend akan dihadapkan pada hakim melalui hubungan video pada Khamis (6/1) dari rumah sakit tempat dia dirawat. Bekas pemandu trak yang sekarang jadi penganggur itu dikenakan 18 dakwaan, termasuk tindak kriminal melakukan pembakaran, kepemilikan senjata dan jenayah berlatar belakang kebencian. (ln/NYDailyNews)


sumber

0 komentar: