Rabu, 04 Januari 2012

PALESTIN - Israel Pasang CCTV dalam Masjidil Aqsa

Yayasan Al Aqsa untuk Wakaf dan Warisan mengungkapkan bahawa pendudukan Israel Selasa lalu telah memasang kamera CCTV di Masjid Aqsa, terutama dari sisi Gerbang Maghariba.

Dalam sebuah pernyataan pada hari Rabu kelmarin (4/1), Yayasan Al-Aqsha mengecam keras langkah serius dilakukan yang oleh pendudukan Israel, menunjukkan bahawa pihak berkuasa pendudukan Israel bertujuan untuk membatasi dan mengintimidasi jemaah yang ada di Masjid Al-Aqsa, lantas menekankan bahwa umat Islam akan terus hadir secara konstan di masjid Al-Aqsa untuk mempertahankannya.

Syeikh Azzam al-Khatib, Ketua Wakaf Jerusalem, menekankan bahawa langkah Israel ini adalah preseden serius yang mesti ditolak dan kamera CCTV mesti segera diturunkan.

Dia menambahkan: "Kami mengikuti masalah tersebut. Saya secara rasmi menulis surat kepada polis mengatakan kepada mereka apa yang mereka lakukan adalah preseden serius, dan kamera CCTV mestilah segera disingkirkan. "

Yayasan Al-Aqsa mengatakan bahawa pekerja teknik, pada hari Selasa lalu, memasang dua kamera di atas gerbang Maghariba, posisi dari mana area besar Masjid Al Aqsa dapat dipantau.(fq/pic)

sumber

0 komentar: