Minggu, 08 Januari 2012

PALESTIN - 160 Tahanan Menderita Sakit Kronik

Jumlah tahanan Palestin di penjara-penjara Israel yang menderita penyakit kronik telah mencapai 160 dari 500 tahanan sakit dan jumlah ini terus meningkat, asosiasi tahanan Palestin mengatakan.

Asosiasi mengatakan dalam sebuah pernyataan pada hari Sabtu (7/1) kelmarin bahawa 160 tahanan mengalami penyakit kanser, diabetes, atau hipertensi, menambahkan mereka memerlukan rawatan khusus.

Dikatakan bahawa kelalaian perubatan Israel menyebabkan memburuknya keadaan para tahanan, dan asosiasi memperjuangkan kebijakan rasmi Palestin untuk "tidak kembali ke perundingan (dengan Israel) sampai semua tahanan dibebaskan".

Asosiasi mendesak masyarakat dunia dan kelompok hak asasi manusia untuk mengirim komite pencari fakta untuk menyelidiki kondisi para tahanan, memperingatkan bahawa kes Zakaria Issa, yang dibebaskan setelah keadaannya mencapai tahap kritis dan meninggal beberapa bulan kemudian, boleh kembali terjadi.(fq/pic)

sumber

0 komentar: