Selasa, 10 Januari 2012

INDIA - Darul Ulum Tolak Salman Rushdie

Sebuah akademi Islam terkemuka dan paling berpengaruh di India, menuntut penulis Inggeris Salman Rushdie dilarang memasuki negara itu untuk menghadiri sebuah festival sastera akhir bulan ini.

Rushdie, yang diancam dengan hukuman mati melalui "fatwa" di Iran pada tahun 1988 kerana novel kontroversialnya "The Satanic Verses", dijadualkan akan berucap di kota Jaipur bersama dengan sesama penulis seperti Lionel Shriver dan Richard Dawkins.

Akademi Islam Darululum Deoband yang menuntut Rushdie dilarang masuk India, merupakan salah satu lembaga paling penting di dunia Islam, dan dikenal kerana ajaran konservatifnya dan telah dituduh menginspirasi kelompok Islam seperti Taliban.

Maulana Qasim Nomani, seorang pegawai Darululum, menyerukan pemerintah India untuk membatalkan visa Rushdie: "Orang yang menghujat Islam dengan tulisannya dan telah melukai perasaan umat Islam di seluruh dunia tidak diperbolehkan untuk menginjakkan kaki di tanah India."

Rushdie - yang lahir di Mumbai pada tahun 1947 - Isnin malam menanggapi seruan Darululum tersebut dengan menunjukkan di Twitternya bahawa dia tidak memerlukan visa untuk mengunjungi India.

Novelis penghina Islam ini menghabiskan satu dekada dalam persembunyian setelah pemimpin spiritual Iran Ayatollah Ruhollah Khomeini mengeluarkan fatwa pada tahun 1989 menyerukan kematiannya karena penghujatan terhadap Islam dalam novelnya "The Satanic Verses".

Akhbar Times of India mengatakan pada hari Selasa ini (10/1) bahawa Rushdie telah mengunjungi India puluhan kali selama 20 tahun terakhir dan menuduh Darululum mencuba untuk menghubungkan masalah ini dengan pilihan raya negara bahagian di Uttar Pradesh yang dimulai pada 8 Februari akan datang.(fq/afp)

sumber

0 komentar: