Kamis, 12 Januari 2012

Filem Sultan Muhammad Al-Fatih bermodal 17 Juta Dollar

Sutradara Turki Faruk Aksoy membuat filem terbarunya berjudul "Fetih 1453" (Penaklukan 1453), sebuah filem epik sejarah yang menceritakan tentang jatuhnya Konstantinopel pada tahun 1453 oleh sultan Muhammad Al-Fatih , meskipun filem tersebut belum diputar di layar lebar tetapi sudah mencetuskan kontroversi, di mana banyak warga Greece menganggap filem ini sebagai provokatif dan rasis.

Sebuah artikel yang diterbitkan di laman internet Yunani pada Rabu lalu mengecam filem bernilai 17 juta dollar tersebut dengan menyebutnya sebagai filem propaganda penaklukan Turki, sehingga mengundang komentar dari ratusan pembaca Greek yang marah, yang mereka anggap filem itu melecehkan dan menghina bangsa mereka.

Satu komentar pada artikel itu menyatakan, "Sutradara Faruk Aksoy telah gagal dalam menyajikan aspek-aspek penting dari periode 1453, seperti pembantaian dan perampasan Rum [etnik Greece yang tinggal di İstanbul]," sementara yang lain mengkritik filem buatan Aksoy itu sebagai hanya menilai dari satu-sisi dan penuh delusi.

"Filem apa yang akan kami lihat berikutnya?" Salah satu komentar pembaca yang marah, sembari menambahkan: "Bencana İzmir? Atau pengusiran Cyprus Greek [dari bahagian utara Cyprus]? "

Seorang pembaca bernama Kostas menuntut filem ini dilarang ditayangkan di Greece: "Ini filem anti-Greece dan rasis seharusnya tidak diizinkan untuk diputar di Greece! Jika Jerman memutuskan untuk membuat sebuah filem yang tinggi-anggarannya tentang pembantaian orang Yahudi selama Perang Dunia II, apakah filem ini berani ditampilkan di Israel?"

Namun, tidak semua tanggapan untuk artikel yang diungkapkan negatif terhadap filem tersebut, seorang warga Greece memuji Aksoy untuk produksi filemnya. "Saya fikir mereka telah melakukan pekerjaan yang sangat baik. Ada produksi filem yang buruk yang menceritakan jatuhnya Konstantinopel, sedangkan ini produksi filem berkualiti tinggi yang pernah dibuat," katanya. Seorang pembaca dengan nama Yannis mempertanyakan sifat filem yang menggambarkan tindakan heroik dari Evzones, unit elit Angkatan Darat Greece yang menolak khilafah Utsmaniyah. "Apakah ini bukan propaganda filem juga?" tanyanya.

Pembaca lain bernama Aleksandra berkata: "Ketika filem ini dikeluarkan kita semua akan bergegas untuk menontonnya. Saya tidak mengomentari isi filem itu, tapi adegan yang sangat dramatik banyak tersaji di filem tersebut! "

Filem, yang diproduksi dengan anggaran sebesar 17 juta dolar ini, menjadikannya filem Turki yang paling mahal sampai saat ini, dan direncanakan akan disiarkan di bioskop di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Perancis, Uni Emirat Arab dan Britain pada bulan Februari akan datang.(fq/cihan)

sumber

0 komentar: