Sekurang-kurangnya 112 negara di seluruh dunia telah secara resmi mengakui Palestin sebagai sebuah negara, yang membentang dari Afrika ke Asia, Eropah hingga ke Amerika Latin.
Di Amerika Latin, Uruguay dan Peru bergabung dengan barisan negara-negara berkembang yang mengakui Palestin tahun ini, dengan 12 dari 13 negara di wilayah itu secara rasmi mengakui Palestin sebagai sebuah negara.
Hanya Colombia, sekutu utama Amerika Syarikat di kawasan tersebut yang tidak mengikuti langkah tersebut.
Di Amerika Tengah, negara Palestin telah diakui oleh Cuba, Costa Rica, Nicaragua, Honduras dan El Salvador.
Negara-negara Arab juga telah mengakui Palestin, termasuk Syria pada bulan Julai tahun ini.
Di Eropah, Iceland telah menjadi negara terbaru yang mengakui Palestin, bergabung dengan Republik Ceko, Hungary, Malta dan Polandi.
Sekitar 150 negara mempertahankan hubungan diplomatik dengan Palestin dalam satu bentuk atau dengan bentuk lainnya.






0 komentar:
Posting Komentar