Sayap politik Ikhwanul Muslimin, muncul sebagai pemenang terbesar dalam putaran pertama pemilihan parlimen, dan mereka berusaha meyakinkan warga Mesir pada Sabtu lalu (3/12) bahawa mereka tidak akan mengorbankan kebebasan peribadi dalam mengkempenkan syariat Islam.
Wakil kepala parti Kebebasan dan Keadilan, Essam el-Erian, kepada Associated Press dalam sebuah wawancara telefon menegaskan bahwa kelompoknya tidak tertarik dalam usaha untuk memaksakan nilai-nilai Islam di Mesir, yang juga rumah bagi minoriti Kristian yang cukup besar.
"Kami mewakili parti Islam yang moderat dan adil," kata el-Erian. "Kami ingin menerapkan dasar-dasar hukum Syariah secara adil yang menghormati hak asasi manusia dan hak-hak peribadi," katanya menegaskan.
Komentar-komentar ini merupakan indikasi paling jelas bahawa Ikhwan berusaha menjauhkan diri dari Parti Salafi An-Nur, yang menjadi pemenang kedua pada tahap pertama pilihan raya.
Ikhwan baru-baru ini membantah dalam sebuah pernyataan bahawa mereka berusaha untuk membentuk aliansi dengan Parti An-Nur di parlimen, dengan menyebutnya sebagai prematur dan hanya spekulasi media.
Pada hari Sabtu lalu, el-Erian menegaskan bahawa Ikhwan tidak berbagi aspirasi dengan parti An-Nur yang lebih keras untuk secara ketat menegakkan aturan-aturan Islam dalam kehidupan sehari-hari rakyat Mesir.
"Kami menghormati semua orang dalam memilih agama dan kehidupan mereka," kata el-Erian.(fq/ap)






0 komentar:
Posting Komentar