This is default featured slide 1 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

This is default featured slide 2 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

This is default featured slide 3 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

This is default featured slide 4 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

This is default featured slide 5 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

Sabtu, 31 Desember 2011

PALESTIN - Abbas Dapat 35 Juta Dollar Tetapi Tak Disalurkan

Sekjen Liga Arab Nabil Al-Arabi telah menyerahkan kepada pimpinan otoritas Palestina (PA) Mahmud Abbas, dana sebesar 35 juta dolar tiga bulan lalu yang dialokasikan untuk pembangunan Gaza, Yusuf Rizka, penasihat politik untuk Perdana Menteri Ismail Haniyah, mengungkapkan.

Dia mengatakan dalam sebuah pernyataan kepada pejabat berita Safa pada hari Rabu lalu (28/12) bahawa wang itu sebelumnya ditahan oleh pihak berkuasa Mesir empat tahun lalu.

Rizka mengatakan selama pertemuan antara Haniyah dan Arabi, Arabi mengatakan wang itu diberikan kepada Abbas melalui rekening bank di Ramallah tanpa memberitahu pemerintahan di Gaza.

Haniyah terkejut mendengar berita terutama ketika Arabi mengatakan kepadanya bahawa pemindahan itu dibuat dengan persetujuan Palestin.(fq/pic)

sumber

MESIR - Siswa Koptik Hina Nabi Muhammad


Jaksa di Provinsi Upper Assiut Mesir memerintahkan penahanan Gamal Abdallah Masoud, seorang siswa SMA Koptik, yang dituduh memposting gambar Nabi Muhammad di akaun Facebook-nya. Sementara itu, warga Muslim marah, kerana perbuatan itu sebagai penghinaan kepada Nabi Muhammad.

Akibat berita gambar yang tersebar pada hari Jumat petang, warga Muslim marah. Di mana penduduk Muslim empat desa di Assiut berkumpul, kemudian melempari pasukan keamanan dengan batu, saat mereka membakar rumah Masoud. Rumah itu kosong pada saat penyerang gagal menerobos rumah itu, kerana penjagaan keamanan yang ketat.

Masoud ditangkap oleh pasukan keamanan di lokasi yang tidak diketahui untuk diinterogasi atas insiden yang terjadi.

Di desa di Damaira Salam, sekelompok penduduk yang marah juga membakar dua rumah keluarga Koptik. Namun, tidak ada cedera sebagaimana dilaporkan oleh pasukan keamanan, dan pemadam kebakaran tiba di lokasi memadamkan api. Para penunjuk perasaan berusaha membakar rumah ketiga, namun pasukan keamanan mengawal rumah-rumah orang Koptik di desa ADR dan Salam.

sumber

MALAYSIA - Fakta Sebenar Isu Madrasah Salihiah



Click to view full size image ============== Madrasah Salahiah Isu Madrasah Salihiah, yang terletak di Bandaraya Alor Setar yang mahu diroboh untuk pembangunan menyeluruh kompleks Aman Central belum lagi selesai malah bertambah rancak dimainkan oleh pihak tertentu. Apabila ramai yang tidak faham isu sebenar dibiarkan membuat ulasan dalam media-media talibarut BN, maka ia menjadi makin bercelaru.

Seperti biasa media BN lebih gemar membuat laporan propaganda dari melaporkan sebuah berita yang beretika dan adil.

Mereka hanya melapor madrasah itu akan dirobohkan untuk dibuat kompleks perniagaan tetapi tidak melaporkan tentang surau baru lebih besar yang akan dibina di tempat tersebut di samping pampasan RM1.48 juta untuk membina wakaf baharu di tempat lain yang lebih besar manfaatnya. Ertinya roboh satu surau dapat dua surau yang lebih besar.

Media BN melaporkan seolah-olah seluruh bangunan yang dinamakan Madrasah Salihiah itu adalah surau atau ‘rumah Allah’ walhal sebahagian besar bangunan itu digunakan sebagai ruang pejabat sebuah syarikat insuran. Hanya satu ruang diguna untuk surau, seperti wujudnya surau di mana-mana bangunan yang lain.

Media BN memberitahu, bangunan itu mempunyai nilai sejarah kerana berusia 100 tahun tetapi surau yang kononnya berusia 100 tahun itu telah dirobohkan di zaman BN memerintah Kedah.

Media BN menceritakan seolah-olah keputusan merobohkan madrasah hanya berdasarkan ‘fatwa’ yang dibuat oleh Menteri Besar seorang. Mereka menggelapkan sama sekali peranan besar Mufti dan Majlis Fatwa Negeri Kedah yang bermuzakarah secara mendalam sebelum memutuskan keharusan madrasah dirobohkan. Perangai hodoh media BN tidak pernah berubah dalam kerja menggelapkan berita serta melaporkan sesuatu perkara secara tidak adil.

Banyak sudah mulut yang ‘terkunci’ apabila didedahkan siapa ahli Majlis Fatwa membuat keputusan membenarkan perobohan bangunan madrasah yang kini menjadi pejabat sebuah syarikat insuran itu.

Mereka adalah Dato’ Sheikh Baderuddin Haji Ahmad (Mufti yang juga Pengerusi), Dato' Mursyid Diraja Dato' Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor (Universiti Al-Azhar Mesir, Universiti Ain As-Syam, Mesir), Dato' Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah), Universiti Islam Antarabangsa (Diploma Undang-undang Pentadbiran dan Kehakiman), Dato' Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof (Universiti Ain Syam, Kaherah, Mesir (Diploma Pendidikan), Dato' Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah BA Syariah Dan Undang-undang) Jayyid (Diploma Pendidikan), Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar (Universiti Ein Syams, Mesir (Diploma Pendidikan) Universiti Al-Malik Saud, Riyadh, Universiti Kebangsaan Malaysia (Sarjana Pendidikan (M.Ed)), Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi (Universiti Al-Azhar Mesir, Ijazah sarjana (MA) Syariah, Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Jurusan Syariah Politik Islam/Ekonomi Islam, Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin, Universiti Al-Azhar Mesir - Ijazah Sarjana Muda (Syariah), Universiti Malaya - Ijazah Sarjana (Syariah) Fiqh dan Usul Fiqh dan Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim (Universiti Al-Azhar Mesir - Sarjana Muda (BA) Syariah). Kehebatan ilmu mereka dalam membuat keputusan berkaitan kepentingan Islam tidak boleh dipertikaikan.

Mereka bukan ulamak yang ada kepentingan politik. Mereka bernaung di bawah Tuanku Sultan yang kini adalah Yang DiPertuan Agong dan bukannya lantikan oleh Menteri Besar justeru mereka langsung tidak terikat untuk membuat keputusan ‘mengikut kehendak’ kerajaan yang memerintah.
Setelah ‘kalah’ dalam semua isu berhubung Madrasah Salihiah Kanchut ini, pendekatan terbaru yang digunakan mereka ialah bermunajat memohon ke hadrat Allah agar melembutkan hati Menteri Besar. Sungguh kelakar, pihak yang sepanjang sejarah menghentam PAS kerana melakukan pelbagai solat hajat sambil menyifatkan apa yang dibuat PAS sebagai ‘munajat politik’ kini memilih munajat sebagai propaganda politik mereka.

“Lakukanlah sedikit pengubahsuaian dalam pelan agar madrasah tersebut dalam dikekalkan, mengapa Menteri Besar angkuh sangat.” Itu komen yang dibuat oleh pemimpin Umno, seolah-olah ikhlas sangat nak pertahankan harta wakaf.

Memang sejak awal kerajaan negeri dan pemaju telah memikirkan dengan serius untuk mengelakkan bangunan dan tanah wakaf itu terbabit. Kerajaan pun sedar akan muncul golongan yang akan memanipulasinya. Soalnya jika madrasah itu dibiarkan kekal di situ ia akan terpencil di celah tiga bangunan utama lima tingkat di kelilingnya. Ia nampak terpinggir, tercorot dan 'kalah' di tengah2 arus pembangunan. Cadangan membina surau baru di bangunan utama kompleks yang dirancang adalah untuk menonjolkan lagi surau sebagai lambang syiar Islam. Ada kubah, ada azan, boleh akses dari luar 24 jam. Biar kompleks perniagaan itu sendiri ada syiar Islam. Masalahnya sukar untuk memperihalkan wawasan besar terhadap golongan yang terlalu sempit dan negatif pemikirannya seperti pembangkang di Kedah.


Akhirnya, isu perkauman pun muncul. Kononnya projek Aman Central hanya menaikkan ekonomi orang bukan Melayu. Aman Central adalah usahasama antara PKNK dan pemaju bukan Bumiputera. PKNK adalah milik kerajaan negeri justeru tidak semuanya kafir. Ia akan memberi manfaat kepada kerajaan negeri dan rakyat Kedah (peluang pekerjaan) yang majoritinya terdiri dari orang Islam. Realiti dunia hari ini, akibat kelemahan orang Islam, tidak ada satu aspek yang umat Islam dapat membangunkan iktisad sendiri tanpa orang bukan Islam. Kita tidak boleh bersikap ‘biar orang Islam mundur asal bukan Islam jangan kaya.’ Jika begitu, orang Islam tidak boleh pergi menunaikan haji untuk elak orang kafir yang buat kapal terbang dapat untung.

“50 tahun BN perintah Kedah, tidak pernah terdengar ‘rumah Allah’ diruntuh untuk sebuah kompleks perniagaan,” muncul lagi ayat ‘panas’ dari mulut pembangkang. Betulkah begitu? Sebenarnya pembangkang di negeri ini juga adalah dari kalangan Melayu mudah lupa.

Di zaman BN, Masjid Alor Malai, Jalan Langgar pernah diroboh untuk pembangunan menyeluruh Kompleks Al-Bukhari yang juga dibangunkan kompleks perniagaan di situ (antaranya Pasaraya Giant). Sebuah masjid baru dibina, bukan di atas tapak masjid lama tetapi dilokasi lain menggunakan kaedah Istibdal, sama seperti kaedah yang digunakan terhadap tanah wakaf Madrasah Salihiah. Ia tidak menjadi isu kerana pihak pembangkang pada masa itu (PAS) tahu hukum hakam, menghormati institusi ulamak dan tidak membantah membuta tuli. Sekarang isu Salihiah menjadi ‘panas’ kerana pihak pembangkang kini merasa ‘terlebih pandai’ dari para ulamak yang ada dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah.

sumber

20 Berita Harakahdaily Paling Popular Pada 2011

KUALA LUMPUR, 1 Jan 2012: Sepanjang 2011, perhimpunan Bersih 2.0 telah mencatat sejarah tersendiri dan berita mengenainya menjadi berita paling popular Harakahdaily untuk tahun tersebut.

Berita bertajuk 'Mangsa gas pemedih mata meninggal' dalam perhimpunan tersebut telah menjadi berita yang paling banyak dibaca oleh pelayar Harakahdaily.

Di samping Bersih 2.0, usaha Pakatan Rakyat mencegah pengundi hantu juga menjadi tumpuan pelayar.

Hasilnya, berita bertajuk 'PR jadi warganegara, konspirasi terancang' menduduki tempat kedua dalam senarai 20 berita paling popular Harakahdaily.

Berikut adalah 20 berita paling ramai pembaca sepanjang tahun 2011.

1 Mangsa gas pemedih mata meninggal

2 PR jadi warganegara, konspirasi terancang

3 Sekitar Bersih 2.0: Polis arah tangkap peserta himpunan

4 Negara kebajikan ala New Zealand

5 Dr Lo' Lo' meninggal dunia sebentar tadi

6 'Umno, I know who you are' - Nik Aziz

7 DAP gesa polis siasat tawaran 'wakil PM'

8 Komunis: Utusan bohong, Md Sabu akan saman

9 Jamil Khir: Saya guna duit sendiri bukan zakat

10 Khalid Samad sertai misi baru ke Gaza

11 Kerajaan Johor iktiraf ketokohan Mat Indera

12 Nabi pun dianggap pengkhianat

13 Bersih 2.0 hanya mukadimah - Abdul Hadi

14 Menjawab pandangan Abdul Aziz Bari

15 PKR minta siasat pengakuan PM Bangladesh

16 Hantu Bonceng: Pandangan Ustaz Azhar Idrus

17 Bebas Hadi 24 jam atau himpun di Bukit Aman

18 Sejarah: Cakaplah benar walaupun pahit

19 Bourdon: Najib burukkan lagi nama Malaysia

20 Sambut merdeka macam sambut ulang tahun Umno


sumber

SYRIA - 35 Lagi Maut

Kumpulan penunjuk perasaan anti-kerajaan memakai topeng bagi melindungi daripada gas pemedih mata yang dilemparkan oleh pasukan keselamatan Syria di Adlb, kelmarin. - REUTERS


BEIRUT 31 Dis. - Harapan untuk melihat pemberontakan berdarah di Syria selama sembilan bulan berakhir dengan kehadiran pasukan pemerhati daripada Liga Arab, berkecai setelah 35 lagi penduduk awam terbunuh apabila tentera melepaskan tembakan ke arah beratus ribu penunjuk perasaan antikerajaan di Damsyik dan bandar-bandar lain, semalam.

Menurut Jawatankuasa Koordinator Tempatan, rangkaian aktivis yang menganjurkan protes melaporkan sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh dalam protes di seluruh Syria, semalam.

Mereka termasuk sembilan orang yang terbunuh di pusat bandar Hama dan lima di selatan bandar Dara, tempat di mana pasukan pemerhati Liga Arab ditempatkan.

Aktivis pembangkang sebelum ini telah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap misi pemerhati Liga Arab yang dihantar untuk memantau keadaan di Syria serta memastikan Damsyik mematuhi pelan damai serantau yang menggesa tentera keluar dari kawasan bandar, tahanan politik dibebaskan dan akses bebas kepada media.

Menurut aktivis, misi itu terlalu kecil dan senang diperdaya oleh kerajaan.

Sementara itu, pegawai-pegawai Syria menegaskan bahawa mereka melaksanakan pelan damai itu.

Tunjuk perasaan, semalam merupakan antara yang terbesar dan paling banyak sepanjang minggu ini apabila kumpulan pemberontak menggesa penyokong mereka menunjukkan kekuatan dengan menawan semula dataran-dataran bandar.

Beratus-ratus ribu orang dilaporkan berhimpun di jalan-jalan raya selepas solat Jumaat, semalam. - REUTERS/ AGENSI

sumber

NIGERIA Isytihar Darurat

ABUJA 1 Jan. – Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan semalam mengisytiharkan perintah darurat di kawasan-kawasan yang terjejas teruk akibat keganasan, dipercayai perbuatan militan Boko Haram, dan mengumumkan penutupan sebahagian sempadan negara ini.

Jonathan berkata, langkah tegas itu diambil bagi memulihkan semula keadaan di kawasan yang terlibat dan usaha untuk menyelesaikan masalah tersebut masih diteruskan.

"Berdasarkan peruntukan Perlembagaan seksyen 305 (1), saya mengisytiharkan perintah darurat di Plateau, Yobe, Borno dan Niger," katanya. – AFP

sumber

Perjalanan Laman Satu Umat

Jumlah berita yang berjaya disiarkan mengikut tahun :

2007 - 166
2008 - 557
2009 - 1,419
2010 - 1,333
2011 - 1,992

Untuk tahun 2012 ini kita berharap dapat memuatkan lebih daripada 2,000 berita, insyaAllah.

PALESTIN - Pejuang Tembak 2 Roket ke Israel

Pejuang Palestin kembali menembakkan dua roket dari Jalur Gaza ke Israel selatan pada Rabu malam kelmarin (28/12), tidak menyebabkan korban jiwa atau kerosakan material, kata militer Israel.

"Dua roket ditembakkan dari Gaza meledak di lapangan terbuka di kawasan Eshkol," kata seorang jurucakap militer kepada AFP, dengan menambahkan bahawa tidak ada korban atau kerosakan akibat serangan tersebut.

Sebelumnya masih pada hari Rabu, sebuah roket ditembakkan dari Gaza mendarat di wilayah Sha'ar Hanegev. Namun roket tidak meledak atau menyebabkan korban atau kerosakan, polis mengatakan.

Serangan itu terjadi setelah dua serangan udara Israel di Jalur Gaza mengorabnkan satu warga Palestin dan melukai sekitar 20 lainnya pada akhir Selasa lalu.

Militer Israel mengatakan serangan mereka mensasarkan "jihad global" di wilayah Palestin yang sedang merencanakan serangan lintas-perbatasan dari negara tetangga Mesir. (fq/afp)

sumber

PALESTIN - Pembunuhan dan Kerosakan Sepanjang 2011

Pasukan pendudukan Israel mengorbankan 180 warga Palestin pada tahun 2011 termasuk 21 kanak-kanak dan menangkap 3300 orang, sebuah laporan oleh organisasi pembebasan Palestin (PLO) mengatakan pada hari Rabu lalu.

Dikatakan bahawa pihak berkuasa pendudukan Israel (IOA pada tahun yang sama menyetujui pembangunan unit pemukiman baru yahudi sebanyak 26,837 di tanah Palestin yang diduduki termasuk 1.774 di wilayah pendudukan Jerusalem dan sekitarnya.

Pendudukan Israel juga menyita 15.525 dunum tanah Palestin, meratakan 495 rumah, dan menghancurkan 18.764 pohon, laporan itu mengatakan.

Laporan PLO juga menunjukkan adanya peningkatan serangan para pemukim Yahudi pada tahun yang sama, mencatat bahwa serangan meningkat pada bulan Disember tahun ini serta adanya serangkaian serangan "teroris" terhadap masjid dan gereja Kristian Ortodoks di Sungai Jordan yang dilakukan oleh yahudi ekstrimis.(fq/pic)

sumber

Fatwa Aneh Sepanjang 2011

Penyebutan pertama tahun 2011 secara automatik akan membawa fikiran kita ke revolusi, rejim yang digulingkan, dan orang-orang yang tidak puas. Namun, melihat lebih dekat maka akan mengungkapkan bahawa ada fitur lain yang membezakan tahun 2011: adanya beberapa fatwa "aneh" yang melanda pelbagai negara di kawasan itu.

Salah satu fatwa aneh dan paling kontroversial pada tahun 2011 adalah yang dikeluarkan oleh seorang pendakwah Islam yang tinggal di Eropah. Menurut pendakwah ini, wanita dilarang berinteraksi atau makan buah-buahan dan sayuran seperti mentimun, pisang, dan wortel. Menyentuh atau memakan benda-benda tersebut, dia berpendapat, akan mengubah dan membuat perempuan mengalami fantasi seksual, karena benda-benda itu menurutnya mirip dengan alat kelamin lelaki.

Di Morocco, ketua Asosiasi Riset Fikih Maroko membuat kemarahan dan kontroversi warga ketika dia mengeluarkan fatwa yang memungkinkan laki-laki Muslim berhubungan seks dengan isteri-isteri mereka yang telah meninggal dengan dalih bahawa tidak ada dalam Islam yang melarang hubungan seks dengan mayat. Fatwa ini diikuti serangkaian fatwa terkait seks yang dikeluarkan oleh ulama yang sama.

Di Somalia, mujahidin al-Shabaab mengeluarkan fatwa selama bulan suci Ramadhan lalu yang melarang umat Islam mengkonsumsi sambousak, kuih segitiga diisi dengan daging, keju, atau sayuran. Makanan ringan yang popular ini, mereka menjelaskan, adalah simbol dari Triniti dalam Kristian dan kerana itu haram untuk dikonsumsi oleh umat Muslim.

Di Mesir, maklumat keagamaan dalam kebanyakan kes dicampur dengan politik. Syeikh Amr Sotouhi, ketua Komite khotbah Islam di Al-Azhar, pada bulan November lalu menerbitkan sebuah fatwa yang melarang seorang ayah menikahkan anak perempuannya kepada mantan anggota Parti Demokrat Nasional Mubarak yang berkuasa sebelumnya kerana kebanyakan dari mereka adalah koruptor.

Fatwa serupa dikeluarkan oleh Syeikh Imad Iffat, yang terbunuh ditembak bulan ini dalam pertempuran antara pendemo dan tentera Mesir. Fatwa Iffat melarang umat Islam dari memberikan suara untuk anggota parti Mubarak yang dibubarkan dengan alasan yang sama dengan fatwa Amr Sotouhi iaitu korupsi.

Muhamad Abdul Hadi, wakil ketua parti Salafi An-Nur dari Dakahliya mengatakan bahawa hasil pemilihan parlimen, di mana parti mereka mencapai kemenangan tak terduga, telah disebutkan dalam Al-Quran.

Fatwa yang paling keterlaluan di Mesir adalah salah satu yang keluar pada bulan Jun lalu di mana ulam Mesir Muhammad al-Zughbi mengatakan makan daging jin adalah diperbolehkan dalam Islam dan menyebabkan semua orang bertanya-tanya bagaimana orang boleh mendapatkan daging jin.(fq/aby)

sumber

MALAYSIA - Lagi Kes Murtad Akan Didedahkan HIMPUN


Gabungan HIMPUN akan mendedahkan lebih banyak lagi bukti murtad di satu perhimpunan yang dijadualkan dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari Sabtu depan di Stadium Tertutup Paroi di Seremban.

Aminuddin Yahaya Himpun PC in SerembanBercakap dalam satu sidang akhbar di Seremban hari ini, setiausaha agung HIMPUN, Aminuddin Yahaya berkata ada pihak yang menganggap dakwaan mereka itu tidak berasas.

Sebenarnya, kata beliau, pihaknya mempunyai bukti dan fakta untuk menyokong dakwaan mereka mengenai kejadian murtad yang dilaporkan.

Apabila Malaysiakini meminta beliau mendedahkan beberapa bukti untuk menyokong dakwaannya itu, Aminuddin (kanan) berkata, beliau akan berbuat demikian di perhimpunan Sabtu depan.

Ditanya sama ada HIMPUN akan membuat laporan kepada pihak berkuasa agama atau polis berhubung dakwaan bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bahawa ada pertubuhan Kristian menghantar mubaligh berpakaian jubah ke masjid-masjid dan mengerjakan solat Zuhur dengan orang Islam untuk mendekati jemaah, Aminuddin berkata, Dr Hasan telahpun menubuhkan Unit Selamatkan Akidah dan sedang mengumpul bukti.

Katanya, terdapat juga NGO Islam yang telahpun menjalankan program pemulihan iman dan mengambil tindakan-tindakan yang perlu.

Manakala pihaknya pula, jelas Aminuddin, memberi tumpuan kepada usaha mengadakan perhimpunan.

Menurutnya lagi, untuk tindakan terperinci, pihaknya menyerahkannya kepada NGO-NGO berkenaan.

Ditanya mengapa sebelum ini HIMPUN memberi tumpuan di Selangor, yang memberi gambaran bahawa murtad itu berlaku hanya berlaku di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, Aminuddin berkata, pihaknya tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Sebaliknya, kata beliaiu, HIMPUN menganjurkan perhimpunan di negeri-negeri di mana kes-kes murtad dilaporkan.

Di Negeri Sembilan, katanya, terdapat 183 permohonan untuk keluar Islam dilaporkan dalam tempoh 10 tahun yang lalu dan 38 daripadanya telah diluluskan.

Katanya, terdapat satu kes yang dilaporkan di Terengganu baru-baru ini, yang merupakan sebuah negeri yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Oleh itu, katanya, adalah tidak benar tuduhan bahawa pihaknya hanya mensasarkan Selangor kerana ia ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Hasan ali pcAminuddin berkata, pihaknya memulakan menganjurkan perhimpunan di Selangor, kemudian di Perak dan sekarang di Negeri Sembilan.

"Kami akan pergi ke negeri-negeri lain juga dalam tempoh dua bulan akan datang," kata Aminuddin.

Bagi perhimpunan minggu depan, antara mereka yang akan berucap ialah Dr Hasan; pengerusi HIMPUN, Azmi Abdul Hamid; timbalan pengerusi HIMPUN, Abdullah Zaik Abdul Rahman dan bekas Mufti Negeri Sembilan, Murtadza Ahmad.

Aminuddin turut menegaskan bahawa kumpulannya tidak menentang Kristian, tetapi hanya mempertahankan Islam.

SUMBER

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum w.b.t.

Warga kerja Satu Umat khususnya dan Dakwah Tajdid Sebenar umumnya mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi ke-2012 kepada semua. Semoga umat Islam di seluruh dunia pada tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Wassalam.

Kamis, 29 Desember 2011

Israel Sedia Hadapi Serangan MESIR

Berbicara kepada Knesset pada hari Rabu lalu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memperingatkan bahAwa Israel akan menghadapi bahaya yang datang dari Sinai "dengan tangan besi."

Dia juga mengatakan yang Israel berkomitmen untuk perjanjian damai yang telah ditandatangani Mesir dan Jordan, dan menyatakan harapan bahawa pemerintah Mesir yang akan datang memiliki komitmen yang sama terkait perjanjian dengan Israel.

"Ini adalah respons Netanyahu atas pernyataan oleh Ikhwanul Muslimin dan Salafi terkait tentang menghormati perjanjian perdamaian," kata Emad Gad dari Pusat Al-Ahram untuk Studi Politik dan Strategis. "Israel menginginkan perbuatan bukan pernyataan."

Sementara itu, seorang utusan Israel meninggalkan Kaherah menggunakan pesawat militer setelah kunjungan singkatnya bertemu dengan para pegawai Mesir dan mendiskusikan hubungan antara kedua negara.

sumber

Anak Gaddafi Akan Minta Perlindungan Israel

Aisyah Gaddafi, anak perempuan mantan diktator Libya yang digulingkan dan dibunuh Muammar Gaddafi, kemungkinan besar akan mencari suaka di Israel.

Sebuah laman berita Israel bernama Walla, mengutip sebuah laporan dari intelijen yang melaporkan bahawa Aisyah, yang melarikan diri dari Libya ke Algeria pada bulan Ogos lalu, telah bercerita kepada temannya bahawa Israel mungkin satu-satunya tempat di dunia di mana dia akan berasa aman.

Menurut khabar, Aisyah takut pemerintah Algeria akan menyerah pada tekanan dari Libya untuk mendeportasi dirinya kembali ke negara asalnya.

Akhbar Los Angeles Times melaporkan bahawa pengacara Aisyah, Nick Kaufman adalah seorang Israel dan seorang mantan kehakiman Israel. Kaufman sendiri dipakai oleh Aisyah dan kakaknya Saadi untuk menentukan apakah pembunuhan brutal terhadap ayah mereka merupakan "jenayah perang."

Sementara memikirkan anak seorang diktator Arab yang mencari tempat aman di Israel kemungkinan tampak absurd, namun rumor telah berlangsung selama bertahun-tahun yang menyatakan bahawa Muammar Gaddafi kemungkinan besar adalah Yahudi (Jika rumor ini benar, maka Aisyah akan memiliki hak untuk menetap di Israel di bawah ketentuan Hukum "Kembali").

Pada tahun 2009, televisyen Israel mewawancarai dua wanita yang mengaku bahawa Gaddafi adalah orang Yahudi. Salah satu dari mereka, seorang wanita Yahudi bernama Guita Brown, mendakwa bahwa ibu Gaddafi adalah ibu saudaranya.(fq/ibtimes)

sumber

GLOBAL - Ikhwan Semakin Hampir Bentuk Kekhalifahan

Ikhwanul Muslimin semakin dekat untuk mencapai "tujuan akhir" yang ditetapkan oleh pengasasnya Ikhwan Hassan al-Banna pada tahun 1928.

Projek ini dimulai dengan pembentukan pemerintahan dan berakhir dengan pembentukan sebuah khilafah Islamiyah, kata Muhammad Badie, Mursyid 'Aam Ikhwanul Muslimin di Mesir pada hari Khamis lalu (29/12), dalam pesan mingguannya di laman rasmi kelompok tersebut.

Ketika Ikhwan pertama memulai misinya, Ikhwan bertujuan untuk membimbing dan mendukung kebangkitan bangsa sehingga dapat memperoleh kembali posisinya setelah lama mengalami keterlambatan dan resesi, Badie mengatakan.

Dia melanjutkan dengan menjelaskan dua tujuan yang digariskan oleh Al-Banna di konferens keenam jemaah Ikhwan. Tujuan pertama adalah untuk meningkatkan jumlah keanggotaan jemaah. Yang kedua adalah pembentukan sebuah rencana jangka panjang untuk melakukan reformasi dari semua aspek kehidupan masyarakat.

Al-Banna menentukan tahap di mana tujuan akhir dapat dicapai, kata Badie. Langkah pertama adalah pembinaan individu, keluarga, lingkungan masyarakat, sistem pemerintahan, dan akhirnya membangun sistem khilafah Islamiyah.

sumber

PALESTIN - Akhirnya AS Beri 40 Juta Dollar

Kongres AS telah mengeluarkan 40 juta dollar dalam bantuan untuk Pihak Berkuasa Palestin (PA), yang sebelumnya digantung akibat tawaran keanggotaan Palestin di PBB, seorang pegawai Kementerian Luar Negeri mengatakan.

"Kami telah bekerja sama dengan Kongres untuk beberapa waktu, kerana kita tidak berfikir hal itu dalam kepentingan nasional AS untuk menjaga wang ini tetap tersimpan," kata jurucakap Kementerian Luar Negeri Victoria Nuland kepada wartawan.

Uang, disediakan melalui US Agency for International Development, dimaksudkan untuk mendanai bantuan makanan, perawatan kesihatan, dan projek infrastruktur.

sumber

INDONESIA - Pertembungan Sunni-Syiah Marak di Madura


JAKARTA (Arrahmah.com) - Masyarakat Islam Sunni Sampang, masih terus melakukan pembakaran pemukiman kelompok sesat syi’ah di Madura, Jawa Timur, sehingga rumah yang terbakar milik sekte Syi’ah terus bertambah. Rumah milik Iklil Almilal, penasihat sekte sesat Syiah di Kabupaten Sampang, teman dekat gembong Syiah Tajul Muluk turut menjadi sasaran.

“Rumah saya juga ikut hangus saat ini. Tapi kami tidak melakukan perlawanan,” katanya, Khamis siang yang dilansir Antaranews. Sedangkan, katanya, rumah pimpinan Islam Syiah sendiri kini sudah rata dengan tanah dan tidak dapat ditempati sama sekali.

“Setelah membakar rumah Ust Tajul massa lalu bergerak menuju rumah saya dan membakar rumah saya,” terang Iklil Almilal. Petugas gabungan dari kepolisian Polres Sampang dibantu TNI tidak bisa berbuat banyak mencegah aksi pembakaran rumah milik pengikut sekte sesat Syiah oleh masyarakat Islam Sunni tersebut, karena jumlah massa terlalu banyak.

Rumah gembong Syiah Iklil Almilal ini berjarak sekitar 1 kilometer dari rumah kediaman pimpinan sekte sesat Syiah Tajul Muluk. “Pelaku pembakaran rumah pengikut Syiah ini tetap kelompok yang dulu yang melakukan penyerangan pada tahun 2006 lalu,” kata Iklil Almilal.

Sementara situasi di Desa Karang Gayam dan di Desa Bluuran, Kecamatan Karangpenang, kini kian mencekam, dan warga tidak berani keluar rumah.

Iklil Almilal sendiri bersama ratusan pengikut Syiah lainnya, kini sedang dikungsikan oleh petugas di salah satu rumah warga di Desa Karang Gayam dan dijaga petugas.

Sementara ini, belum dapat dipastikan penyebab utama pencetus pergaduhan antara kaum muslimin dengan pengikut syi’ah di Madura. Meski demikian, sudah umum diketahui keberadaan komunitas sekte sesat syi’ah tidak dapat disandingkan dengan kaum muslimin ahlus sunnah.

Karena prinsip dan sikap syi’ah yang memusuhi ajaran Islam, serta senang mencaci maki dan melaknat istri rasulullah Shollahu alaihi wassalam serta para sahabatnya Ridhwanullah ajmain yang termaktub dalam kitab-kitab rujukan Syi’ah.

Walahu’alam bishshowab

(Bilal/arrahmah.com)

PALESTIN - Israel Tambah 130 Petempatan Haram

Pemerintah zionis Israel pada hari Rabu (28/12/2011) menyetujui pembangunan tambahan haram baru 130 unit untuk pemukiman Yahudi di Al Quds Timur yang terjajah.

12 blok menara sejarah juga akan dibangun di kota Al Quds (Jerusalem) di pemukiman Yahudi Gilo,kata anggota dewan setempat kepada AFP. Selain itu, pusat peancongan akan dibangun di Silwan, daerah yang berbatasan dengan Al Quds.

sumber

XINJIANG - Polis China Bunuh 23 Orang Uighur

Polisi di wilayah bergolak Cina di perbatasan Asia Tengah menembak tujuh anggota kelompok etnik Muslim, yang menurut pegawai Cina hal itu dilakukan dalam usaha untuk mengakhiri penculikan.

Pegawai dan media pemerintah mengatakan hari Kamis ini (29/12) bahawa sejumlah polis melepaskan tembakan setelah menghadapi perlawanan dalam usaha mencuba untuk membebaskan dua orang yang konon khabarnya telah diculik oleh "kelompok teroris."

Empat lainnya cedera dan empat lagi ditangkap dalam serangan Rabu malam kemarin di luar kota Hotan. Wilayah ini telah diganggu oleh ketegangan antara etnik Cina Han dan etnik Uighur (Muslim), kelompok, masyarakat adat yang sebagian besar penduduknya Muslim.(fq/ap)

sumber

MESIR - Ikhwan Akan Haramkan Arak

"Ya, Kami akan melarang minuman keras," kata Subhi Shalih, seorang tokoh Ikhwanul Muslimin di sebuah program Selasa lalu di New Valley, sebuah wilayah di sebelah barat Kaherah.

"Pelancongan bukan berarti ketelanjangan dan mabuk-mabukan," tambahnya. "Kita rakyat Mesir adalah masyarakat beragama terbesar, dan kita tidak perlu hal-hal seperti itu."

Shalih juga mengatakan Parti Kebebasan dan Keadilan Ikhwanul Muslimin akan menerapkan hukum Syariah Islam. "Ini sudah direncanakan sejak tahun 1928," katanya. "Kerana Islam adalah solusi."

Dia juga menuduh sisa-sisa rejim Mubarak menghasut aksi kekerasan yang terjadi di Muhammad Mahmud Street dan di depan bangunan kabinet Mesir.

Rakannya, Khalid Audah, mengatakan sisa-sisa rejim Mubarak ingin merosak perekonomian. "Mereka ingin orang-orang menyalahkan kami ketika kami tidak menemukan wang untuk membayar upah saat kami nanti berkuasa," tegasnya. (fq/amay)

sumber

MOROCCO - Ramai Wanita Pinang Lelaki

Di Morocco ada kecenderungan baru, makin ramai wanita yang melamar laki-laki untuk menjadi suami mereka. Padahal, dalam masyarakat muslim, apalagi yang konservatif, seharusnya laki-laki yang berinisiatif untuk melamar wanita untuk menikah. Jika terjadi sebaliknya, maka si wanita dikecam karena dianggap sudah melanggar tradisi dan melakukan hal yang tabu.

Tapi fenomena wanita meminang lwlaki makin marak di Morocco, sehingga banyak analisis mengungkapkan berbagai pandangan dan alasan melihat fenomena ini. Sebahagian dari mereka mengaitkannya dengan isu kesetaraan gender.

Seorang perempuan Morocco bernama Naeema Al-Mansouri mengaku bahawa dia yang lebih dulu meminang laki-laki yang sekarang menjadi suaminya. Awalnya, dia bertemu dengan ibu lelaki itu--yang sekarang jadi ibu mertuanya--dalam sebuah acara perkahwinan, lalu sang ibu menawarkan Naeema untuk menikahi anak lelakinya.

"Saya katakan padanya bahawa saya akan menjadi isteri yang baik untuk anak lelakinya, dan saya pandai memasak dan boleh mengurus rumah tangga," ungkap Naeema.

Wanita lainnya, sebut saja bernama Hend, juga melakukan hal yang sama. Dia yang lebih dulu melamar calon suaminya. "Saya cakap padanya, saya ingin membawakan bunga untuknya dan memintanya untuk menikah dengan saya," tutur Hend yang usianya sudah tiga puluhan.

"Lelaki itu bertanya apakah saya serius, dan saya menjawab 'lelaki yang menolak menceraikan isterinya, saat isterinya minta diceraikan, bukan laki-laki sejati. Begitu pula laki-laki yang menolak lamaran seorang perempuan, bukan laki-laki sejati'," sambung Hend Linkmenceritakan pengalamannya.

sumber

Selasa, 27 Desember 2011

PALESTIN - Haniyah Serukan Penyatuan

Perdana Menteri Hamas Ismail Haniyah menyerukan persatuan di antara semua faksi Palestin dalam menghadapi ancaman Israel yang menentang kesepakatan rekonsiliasi.

Selama sidang media di ibukota Mesir, Kaherah pada hari Selasa lalu (27/12), Haniyah mengatakan, "Kami menyatakan dukungan kami bagi Abu Mazen (Ketua Pihak Berkuasa Palestin Mahmud Abbas) kerana ia menghadapi semua ancaman Israel yang bertujuan untuk memperlambat rekonsiliasi Palestin dan untuk menjaga Palestin tetap terpecah. Kami juga mendukung menjadi salah satu tangan (Palestin bersatu) untuk menghadapi setiap tentangan menuju rekonsiliasi. "

Haniyah juga memperingatkan rancangan Israel untuk melakukan yahudisasi Timur al-Quds (Jerusalem) hampir selesai, mengatakan bahawa saat ini pemukiman haram Israel dan pembongkaran bangunan rumah Palestin di al-Quds telah menjadi serangan ofensif paling parah sejak pendudukan.

Israel mengasingkan para pegawai Palestin sebagai sebahagian dari rancangan yahudisasi nya di Jerusalem, Haniyah menambahkan.

sumber

MESIR - Al-Azhar Bakal Bebas Daripada Pemerintah

Imam besar Al-Azhar Ahmad al-Thayyib bertemu dengan pakar undang-undang Tarek al-Bishry pada Selasa lalu (27/12) untuk memberikan sentuhan akhir atas rancangan undang-undang yang menjamin kemerdekaan kewangan dan pengurusan Al-Azhar dari negara, sumber Al-Azhar mengatakan.

Draft, yang akan diumumkan dalam beberapa hari akan datang, menetapkan bahawa Syeikhul Azhar tidak lagi akan dipilih oleh presiden tapi dipilih oleh Autoriti Ulama Tinggi, yang akan memasukkan ulama dari Mesir dan dunia Islam.

"Saya telah menyarankan ini 25 tahun yang lalu," kata Jamal Qutb, mantan ketua Suruhanjaya Fatwa Al-Azhar.

Tokoh Islam Amna Nussair menyambut draft tersebut. "Kami sudah sangat memerlukan hal itu," katanya.

SUMBER

PALESTIN - 1 Maut, 10 Cedera


Dua serangan udara terpisah yang dilancarkan Israel di Jalur Gaza telah menyebabkan hilangnya nyawa seorang warga Palestin dan mencederakan 10 orang lainnya, pihak perubatan melaporkan.

Dalam serangan pertama, yang terjadi pada Selasa, seorang pemuda Palestin yang bernama Abdallah al Telbani, terbunuh dan dua orang lainnya cedera ketika sebuah roket menghentam motosikal di kem pelarian Jabaliya di utara Gaza.

Sementara serangan lainnya menghentam kereta milik warga sipil di Kota Gaza dan mencederakan sekurang-kurangnya lapan orang.

sumber

Senin, 26 Desember 2011

PALESTIN - Hamas Akan Menang Besar dalam Pilihan Raya

Pemimpin tinggi Hamas Mahmud Zahhar mengatakan hari Ahad lalu bahawa gerakan Hamas akan meraih kemenangan besar dalam pilihan raya legislatif mendatang yang dijadualkan berlangsung pada bulan Mei.

Zahhar mengatakan bahawa Hamas akan meningkatkan kemenangan melebihi kemenangan pilihan raya mereka pada tahun 2006, di mana Hamas memenangkan 74 dari 132 kerusi yang tersedia di Dewan Legislatif Palestin.

Hamas belum membuat keputusan tentang calon presiden, dia menambahkan.

Zahhar membuat pernyataan itu dalam wawancara dengan akhbar yang berpusat di London Asharq Al-Awsat.

sumber

MESIR - Penyeludup Senjata Warga Israel dan UKRAINE

Mesir telah mendakwa dua warga Israel dan Ukraine atas tuduhan menyeludup senapang mesin dan amunisi melintasi perbatasan Israel ke Mesir, Akhbar al-Ahram melaporkan di lamannya, Isnin (26/12).

Senjata adalah jenis yang digunakan oleh polis di Semenanjung Sinai Mesir, yang menunjukkan bahawa senjata itu dapat digunakan untuk operasi ilegal yang dapat dituduhkan kepada personil keamanan Mesir," lapor akhbar tersebut.

sumber

PALESTIN - Netanyahu Enggan Runding dengan Hamas

BAITULMAQDIS 26 Dis. - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam berkata, beliau enggan mengadakan rundingan damai dengan Pihak Berkuasa Palestin jika wakil Hamas menyertai perbincangan itu, lapor radio Israel.

Netanyahu enggan menyertai rundingan dengan Pihak Berkuasa Palestin jika Hamas menyertai kerajaan Palestin.

Netanyahu membuat kenyataan tersebut ekoran perjanjian damai antara Fatah dan Hamas yang bakal menyaksikan Hamas menyertai pentadbiran Palestin, Pihak Berkuasa Palestin.

Ini kerana Israel menyifatkan Hamas sebagai pertubuhan pengganas.

Jurucakap Netanyahu, Mark Regev ketika diminta mengesahkan kenyataan itu berkata, Perdana Menteri Israel itu sedang berbincang mengenai perkara itu secara tertutup dengan duta-duta negara ini.

Ketua Hamas, Khaled Meshaal pada minggu lepas bertemu dengan Presiden Palestin yang juga ketua pergerakan Fatah, Mahmoud Abbas untuk membincangkan penstrukturan semula badan pentadbiran Palestin termasuk Hamas.

April lalu, kedua-dua pergerakan tersebut menandatangani perjanjian damai, namun ia masih belum dilaksanakan. - AFP

sumber

Beribu-ribu Peringati Tsunami

JAKARTA 26 Dis. - Beribu-ribu orang berkumpul di satu padang golf di bandar Lhoknga, Aceh Besar bagi memperingati ulang tahun ketujuh bencana tsunami yang melanda wilayah itu dan mengorbankan beribu-beribu nyawa.

Mereka yang menghadiri majlis peringatan bencana alam yang berlaku ekoran gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter pada 26 Disember 2004, berdoa untuk kesejahteraan lebih 200,000 mangsa yang terkorban dalam bencana itu.

Agensi berita Antara melaporkan Lhoknga merupakan antara bandar di utara Aceh yang paling teruk dilanda tsunami dengan 80 peratus kawasannya musnah.

Antara yang menghadiri majlis itu ialah Gabenor Aceh, Irwandi Yuruf,

Beribu-ribu pelajar sekolah, kakitangan awam, tentera serta pelancong Jepun turut menghadiri upacara itu.

Di Phuket, majlis serupa diadakan di Mai Khao bagi memperingati lebih 5,000 mangsa yang terkorban dalam bencana tsunami di negara itu.

Lebih separuh daripada 5,395 mangsa yang terkorban itu dan 2,817 orang yang masih hilang di Thailand merupakan warga asing yang bercuti di resort-resort di pulau Phi Phi dan Phuket serta wilayah Phangnga.

Pengarah Pihak Berkuasa Pelancongn Thailand di Phuket, Bang-orurat Shinaprayon berkata, pihak berkuasa telah memasang sistem amaran di pantai-pantai yang menjadi destinasi pelancongan popular.

''Maklumat laluan kecemasan juga dipaparkan di kebanyakan hotel,'' katanya.

Pulau peranginan itu dijangka menarik 5.1 juta pelancong pada tahun ini. - DPA/AGENSI

sumber

SYRIA - 23 Lagi Maut

BEIRUT 26 Dis. – Syria terus bermandi darah apabila pertempuran antara pasukan keselamatan dan penunjuk perasaan di bandar Homs yang masuk hari ketiga hari ini menyebabkan sekurang-kurangnya 23 maut, lapor kumpulan aktivis.

“Angka korban syahid meningkat kepada 23 orang.

“Seramai 14 terbunuh ketika pasukan keselamatan melancarkan serangan besar-besaran di kawasan kejiranan Baba Amr manakala sembilan lagi ditembak mati di pekan-pekan berhampiran,” kata jurucakap Balai Cerap Hak Asasi Manusia Syria. – REUTERS

sumber

Kamis, 22 Desember 2011

PALESTIN - Hamas Cadang Penubuhan Tentera Seluruh Arab

Bahagian urusan pelarian Hamas mendesak Perdana Menteri Ismail Haniyah untuk membentuk tentera Arab yang akan digunakan untuk membebaskan kota Islam Jerusalem yang diduduki oleh zionis Israel.

Dalam siaran media, bahagian itu menekankan keperluan untuk membuat para pelarian Palestina di negara-negara Arab di garda terdepan tentera ini dan menyerukan kepada negara-negara Arab yang menyaksikan musim semi Arab untuk memimpin dalam menciptakan suasana dan memulai langkah-langkah persiapan untuk pembentukan tentara ini.

Yang pertama dari langkah tersebut adalah membentuk briged Al-Quds di masing-masing negara-negara Arab dan mengundang para pengungsi Palestin untuk mengambil bahagian di dalamnya dan mendirikan sebuah pusat komando militer Arab untuk mengatur dan mengawasi rencana pembentukan tentera, menurut sidang media itu.

Mereka mengatakan idea ini didapatkan sebagai akibat dari meningkatnya bahaya yang mengancam Jerusalem dan seluruh tanah Palestin yang diduduki.

"Kami yakin bahwa pertempuran untuk membebaskan Jerusalem telah semakin dekat dari sebelumnya, dan kita dijanjikan kemenangan oleh Allah," tambahnya. (fq/pic)

sumber

PALESTIN - Abbas dan Misyal Bertemu Lagi di Kaherah

Presiden Mahmud Abbas bertemu pemimpin Hamas Khalid Misyal pada Rabu malam (21/12) di Kaherah untuk menempatkan "sentuhan akhir" pada kesepakatan untuk mendamaikan faksi-faksi para pemimpin Palestin.

Pemimpin Fatah di Gaza Yahiya Rabba mengatakan pertemuan ini dimaksudkan untuk menyepakati suatu pengaturan terakhir sebelum hasilnya diumumkan Khamis ini.

Pertemuan Khamis akan mengumpulkan pimpinan sementara PLO, tetapi juga mencakup komite eksekutif, Hamas, Jihad Islam, dan empat tokoh independen.

Khalid Misyal sendiri tiba Rabu malam kelmarin di Kaherah untuk menindaklanjuti masalah ini.(fq/mna)

sumber

PALESTIN - Kereta Kebal Israel Serang Gaza Selatan

Pasukan Israel disertai dengan kereta-kereta kebal dan jentolak telah melancarkan sebuah serangan darat ke kota Khan Yunis di selatan Jalur Gaza, lapor Press TV.

Saksi mata mengatakan pasukan dan kenderaan berperisai mulai meratakan kawasan pertanian di daerah itu selama pagi hari Khamis ini (22/12), seorang koresponden Press TV melaporkan.

Tembakan juga telah terdengar di wilayah tersebut, menyebabkan kepanikan di antara penduduk, terutama anak-anak. Namun belum ada korban yang dilaporkan.

Israel telah meningkatkan serangan seperti ini ke Jalur Gaza selama beberapa minggu terakhir.

Pejabat Israel mendakwa bahwa serangan terbaru itu diperlukan untuk menyisir daerah tersebut untuk mencegah setiap kegiatan yang dilakukan oleh faksi-faksi perlawanan Palestin.

sumber

TURKI Salahkan Rejim Assad

Kementerian Luar Negeri Turki mengutuk keras serangan lanjutan terhadap warga awam di Syria meskipun telah ada kesepakatan dengan Liga Arab untuk menghentikan pertumpahan darah di negara tersebut.

Kementerian dalam sebuah pernyataan e-mail Khamis pagi ini (22/12) menyatakan bahawa rejim Presiden Bashar Assad telah mengubah negara itu menjadi medan "pertumpahan darah."

E-mail kementerian juga mengatakan kekerasan sangat kontra dengan semangat perjanjian yang ditanda tangani Syria dan meningkatkan keraguan kebenaran niat Syria atas kesepakatan sebelumnya.

Menurut laporan, dua hari kekerasan di Syria di dekat perbatasan Turki telah mengorbankan lebih dari 200 orang.

Kementerian luar negeri Turki mengatakan pemerintah Syria tidak boleh menjadi pemenang dari perjuangan melawan rakyatnya sendiri dan memperbaharui seruan Ankara untuk Damsyik agar segera mengakhiri kekerasan dan mengambil langkah-langkah yang sejalan dengan tuntutan rakyat.(fq/ap)

sumber

MEXICO - Lokasi Ramalan Kiamat jadi Tumpuan

Reuters GAMBAR fail menunjukkan lokasi peninggalan tamadun Mayan di Chiapas, Mexico.


BANDAR RAYA MEXICO - Agensi Pelancongan Mexico menjangkakan dapat menarik kehadiran 52 juta pelawat menjelang tahun 2012 ke rantau yang dikaitkan dengan tamadun Mayan seperti Chiapas, Yucatan dan Tabasco.

Sebelum ini, Mexico dapat menarik kehadiran sekitar 22 juta pelancong luar pada setiap tahun.

Peningkatan mendadak dalam jumlah pelancong kali ini dikaitkan dengan ramalan penduduk Mayan bahawa kiamat bakal berlaku pada tahun depan.

Kiamat itu diramalkan berlaku pada 21 Disember 2012.

Pekan dan bandar raya di kawasan tamadun Mayan memulakan kiraan tamatnya kalendar Mayan tersebut semalam.

Namun, ramai ahli arkeologi berpendapat rujukan kepada tarikh tersebut yang diukir pada batu bersurat berusia 1,300 tahun cuma menandakan tamatnya satu kitaran dalam kalendar Mayan.

"Dunia belum kiamat. Ia hanya satu era," kata seorang jurucakap pelancongan negeri Quintana Roo yang menempatkan kota bersejarah Cancun, Yeanet Zaldo.

Kebijaksanaan tamadun Mayan menyebabkan sebahagian penduduk mengambil berat tentang ramalan kiamat tersebut.

Tamadun Mayan yang mencapai peringkat kegemilangan dari tahun 300 Tahun Masihi hingga 900 Tahun Masihi memiliki kemahiran luar biasa dalam bidang astronomi.

Kalendar kaum berkenaan bermula pada tahun 3,114 Sebelum Masehi (S.M.) dan mengambil masa selama 394 tahun untuk membentuk satu kitaran dikenali sebagai Baktun.

Baktun ke-13 berakhir pada 21 Disember 2012.

Teori bahawa kiamat berlaku pada tarikh tersebut berpunca daripada sebuah batu bersurat yang ditemui pada tahun 1960-an di tapak arkeologi Tortuguero di negeri Tabasco, dekat Teluk Mexico.

Batu bersurat berkenaan menceritakan tentang kembalinya Dewa Mayan pada penghujung Baktun ke-13.

Mereka yang percaya mengenai teori kiamat itu menyebarkan ramalan tersebut di ratusan ribu laman web dan blog di Internet. - Agensi

bancuh.blogspot.com

sumber

MESIR - Undian Pusingan Kedua

KAHERAH 22 Dis. - Penduduk Mesir semalam mengundi dalam pusingan kedua pilihan raya Parlimen yang dibayangi pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan dengan 15 orang maut sejak lima hari lalu.

Pos pengundian dibuka satu pertiga dari 27 wilayah di negara ini kira-kira pukul 8 pagi (2 petang waktu Malaysia) dan ditutup pukul 7 petang.

Pusingan kedua pilihan raya tersebut yang berlangsung selama dua hari itu akan menyaksikan dua parti Islam terbesar merebut 59 kerusi di Dewan Rendah Parlimen.

Kerajaan tentera mewujudkan satu sistem pilihan raya rumit di mana pengundi memilih dari senarai parti yang akan mewakili dua pertiga Parlimen dan calon individu untuk satu pertiga lagi kerusi.

Pengundian semalam menyaksikan pemilihan calon individu di sembilan wilayah dan senarai parti di tiga wilayah yang ditangguhkan pada pusingan pertama pilihan raya kerana masalah pengurusan.

Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata (SCAF) Mesir berulang kali menyatakan pilihan raya yang diadakan sejak kebangkitan rakyat yang menyaksikan Presiden, Hosni Mubarak digulingkan pada Februari lalu sebagai bukti ia akan menyerahkan kuasa kepada kerajaan awam.

Prosedur untuk pelantikan penuh Parlimen akan berakhir Mac ini dan pilihan raya Presiden dijangka diadakan pada hujung Jun tahun depan.

Pilihan raya itu mendedahkan jurang pendapat antara rakyat Mesir.

Sebahagian daripada rakyat melihatnya sebagai langkah pertama ke arah pemerintahan berasaskan demokrasi manakala sebahagian lagi Parlimen baru yang fungsinya masih tidak jelas, akan memberi kuasa kepada tentera.

SCAF juga menerima tekanan ekoran tindakan keras terhadap penunjuk perasaan. - AFP

sumber

IRAQ - Bom di Baghdad, 63 Terbunuh

BAGHDAD 22 Dis. - Sekurang-kurangnya 63 orang maut dalam serangan bom di sekitar Baghdad semalam, ketika Iraq menghadapi krisis politik di peringkat pemimpin utama kerajaan.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ziad Tariq berkata, 63 orang terbunuh dan 179 orang lagi cedera dalam 11 serangan bom di sekitar ibu negara Iraq itu.

Pegawai dan koresponden AFP berkata, serangan itu mencatatkan angka kematian tinggi ekoran dilancarkan ketika waktu puncak orang ramai keluar ke tempat kerja.

''Serangan itu dilancarkan di Allawi, Bab al-Muatham, Karrada, Adhamiyah, Shuala, Shaab, Jadriyah, Ghazaliyah, Al-Amil and Dura,'' kata pegawai.

Serangan itu berlaku ketika ahli politik Iraq berbalah berhubung pengeluaran waran tangkap ke atas Naib Presiden, Tareq al-Hashemi.

Perdana Menteri, Nuri al-Maliki mendesak pihak berkuasa Kurdistan menyerahkan pemimpin Sunnah itu yang dilaporkan bersembunyi di kawasan autonomi berkenaan.

Nuri juga menggesa Timbalannya, Saleh al-Mutlak yang juga dari blok Iraqiya seperti Tareq, dipecat selepas beliau menyifatkan kerajaan pimpinan puak Syiah itu mengamalkan kepimpinan diktator.

Dalam pada itu, Iraqiya memboikot Parlimen dan Kabinet dan Nuri mengancam menggantikan menteri-menteri dari blok itu dalam kerajaan perpaduan yang berusia setahun tersebut. - AFP

sumber

MESIR - Ikhwan Tentang Penyerahan Sebelum Jun

Parti Kebebasan dan Keadilan Ikhwanul Muslimin dilaporkan telah menolak inisiatif yang diserukan oleh kubu liberal dan sekular yang menuntut dewan militer yang berkuasa untuk menyerahkan kekuasaan melalui pemilihan umum presiden Januari akan datang, dan bukan pada bulan Jun seperti yang direncanakan.

"Kami mematuhi apa yang sudah disepakati oleh semua kekuatan politik ," kata setiausaha agung parti Saad al-Katatny kepada media.

Parti-parti liberal dan sekuler telah menyerukan untuk mengadakan pemilihan presiden awal pada tanggal 25 Januari tahun depan dan segera membentuk majlis konstituante dalam usaha menulis konstitusi baru negara tersebut. (fq/amay)

PALESTIN - Ariel Sharon Mangsa Kutukan Israel

Strok yang dialami Mantan Perdana Menteri Ariel Sharon pada Januari 2006 lalu terjadi kERAna peranannya dalam pelepasan Gaza, menurut sebuah kempen yang akan dilancarkan pada 31 Disember akan datang oleh parti agama sayap kanan ekstrim, Eretz Yisrael Shelanu.

Kempen yang juga ditaja oleh organisasi Hamateh Lehatzalat Ha'am Hayehudi, yang akan diluncurkan pada ulang tahun keenam dari strok yang dialami Sharon menurut kalender Ibrani. Ini akan menggantung poster di sinagog dan mempublikasikan iklan mereka dalam pamflet parti Eretz Yisrael Shelanu, menggunakan kutipan yang disampaikan oleh pemimpin spiritual Shas Rabbi Ovadia Yosef tentang penyebab keadaan Sharon.


sumber


MALAYSIA - Hilangnya Permata UIA

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Tanggal 31 Disember ini menjadi pilihan buat tokoh akademik kontroversi, Prof Dr Aziz Bari (gambar) yang akan meletakkan jawatan sebagai pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

“Seorang ahli akademik yang lantang bersuara berteraskan nilai keilmuan dan berpegang disiplin ilmu bahawa setiap ilmu mesti disampaikan," kata Pengerusi Pro-M (Wufi) UIA, Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor.

Menurutnya, mahasiswa UIA berasa amat sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku khususnya pentadbiran universiti itu.

Baginya, memang benar keputusan terletak dalam tangan Prof Aziz sama ada mahu meletakkan jawatan atau tidak, namun pihak universiti perlulah menjadi tempat beliau mendapat sokongan, bukan tekanan.

Katanya, isu Prof Aziz Bari ibarat 'sudah jatuh ditimpa tangga' apabila seolah-olah ada pihak luar yang mencucuk pihak pentadbiran UIA.

Tambahnya, Aziz Bari bukan sahaja berhadapan dengan musuh di luar, bahkan dalam keluarga sendiri sedangkan beliau diiktiraf oleh seluruh masyarakat dengan kepakaran bidangnya dalam perlembagaan dan undang-undang.

"Keputusan sudah dibuat oleh Prof Aziz, kita hanya mampu bersedih dan terasa kehilangan beliau,” katanya.

Namun, ujarnya masyarakat tetap dan sentiasa bersedia untuk mendengar respons dan pandangan Dr Aziz terhadap apa yang berlaku dalam negara khususnya berkaitan dengan perlembagaan Malaysia.

sumber

INDONESIA Beli 3 Kapal Selam Korea Selatan

SEOUL 21 Dis. - Syarikat pembinaan kapal Korea Selatan, Daewoo Shipbuilding and Marine Engineering hari ini menandatangani perjanjian eksport senjata terbesar bernilai AS$1.1 bilion (RM3.41 bilion) dengan menjual tiga buah kapal selam kepada Indonesia.

Menerusi kenyataan media, Daewoo menyatakan perjanjian tersebut merupakan peluang pertama buat mereka untuk meneroka pasaran antarabangsa.

Di bawah perjanjian tersebut, Daewoo akan menghantar tiga kapal selam yang setiap satunya seberat 1,400 tan ke Jakarta pada tengah tahun pertama 2018.

Setiap kapal selam tersebut mampu membawa seramai 40 anak kapal dan akan dilengkapi peralatan termasuk lapan pelancar torpedo dan peluru berpandu.

Pentadbiran Program Pemerolehan Pertahanan (DAPA) berkata, perjanjian tersebut turut meningkatkan volum eksport peralatan pertahanan kepada AS$2.4 bilion (RM7.44 bilion) iaitu lebih daripada dua kali ganda dari setahun lalu.

Perjanjian tersebut merupakan perjanjian pertahanan terbesar kedua yang dimeterai antara dua negara terbabit.

Pada Mei lalu, Industri Aeroangkasa Korea (KAI) bersetuju untuk mengeksport 16 jet latihan supersonik T-50 Golden Eagle bernilai AS$400 juta (RM1,240 juta) ke Jakarta. - AFP

sumber

PALESTIN -Majlis Keselamatan Kecam Israel

GENEVA 21 Dis. - Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) semalam mengetuai kecaman oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap pertambahan penempatan haram Israel di wilayah jajahannya di Palestin.

Britain, Perancis, Jerman dan Portugal turut mengecam peningkatan serangan oleh penghuni penempatan haram itu terhadap penduduk Palestin.

Negara-negara EU itu dalam satu kenyataan bersama selepas mesyuarat berhubung konflik Asia Barat berkata, mereka 'terkejut dengan peningkatan negatif' yang mengancam proses damai yang diusahakan.

Keempat-empat negara yang merupakan anggota Majlis Keselamatan itu menggesa tindakan tegas diambil oleh Israel untuk menghentikan serangan ke atas masjid dan penduduk Palestin oleh pelampau penghuni penempatan haram.

Menurut mereka, pengumuman Israel meneruskan pembinaan penempatan haram merupakan satu mesej 'membinasakan' dan menggesa rejim Zionis itu menarik balik rancangan mereka itu.

"Proses damai yang menjamin keamanan jangka panjang terancam dengan peningkatan penempatan haram.

"Kami turut mengutuk kekacauan yang semakin buruk ditimbulkan oleh penghuni penempatan tersebut termasuk pembakaran masjid di barat Baitulmaqdis dan dan masjid Burqa di Tebing Barat," kata duta Britain ke PBB, Mark Lyall Grant.

Afrika Selatan, India dan Brazil membuat kecaman mereka sendiri, manakala duta Rusia ke PBB mempersoalkan sama ada penyelesaian dua negara kepada konflik Israel-Palestin kini adalah munasabah. - AFP

sumber

SBPA Mungkin Ditangguh

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta satu rundingan diadakan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs esok bagi menentukan sama ada menangguhkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) atau untuk melanjutkan tarikh mengembalikan borang opsyen, kata Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman mengenai hasil pertemuannya dengan Perdana Menteri hari ini. - BERNAMA

sumber

Selasa, 20 Desember 2011

INDONESIA Bina Kapal Perang Halimunan



"

Dalam masa 5 bulan lagi Indonesia akan mempunyai kapal perang canggih halimunan yang sukar dikesan oleh radar serta mempunyai peluru berpandu yang boleh menembak sasaran dengan tepat sejauh 120 km yang diperbuat dari gentian fiber. Kapal perang ini dibuat di Indonesia untuk pasaran tempatan dan eksport. Kos kapal perang halimunan ini hanya RM 39 juta sebuah. Dalam pada masa yang sama Malaysia akan buat 6 kapal perang baru pada kos RM1.5 bilion sebuah.



Ini bermakna 1 kapal perang Malaysia , boleh buat 38 buah kapal perang halimunan Indonesia.

Sebelum ini juga Malaysia nak buat 257 buah kereta perisai pada harga RM7.8 bilion atau RM30 juta sebuah. Sedangkan Malaysia boleh beli kereta perisai baru dari Indonesia pada harga RM3 juta sebuah. Maklumat lanjut isu kereta perisai ini di http://amkns.blogspot.com/2011/11/malaysia-beli-kereta-perisai-indonesia.html

Indonesia segera miliki kapal perang canggih "Trimaran"

Tuesday, December 20, 2011

Kapal Trimaran TNI AL Selesai Lima Bulan Mendatang

BANYUWANGI - Indonesia segera memiliki satu kapal perang canggih berpeluru kendali "Trimaran" yang merupakan produk dalam negeri.

"Kapal ini terbuat dari serat karbon, dengan kecepatan 35 knot dan dipersenjatai peluru kendali yang memiliki jarak tembak 120 kilometer," kata Wakil Menteri Pertahanan Sjafrie Sjamsoeddin usai meninjau industri kapal dalam negeri PT Lundin Industry Invest di Banyuwangi, Jawa Timur, Selasa (20/12).

Ia mengatakan, dalam lima bulan mendatang kapal perang canggih yang merupakan prototipe itu langsung bisa dioperasionalkan memperkuat jajaran armada tempur TNI Angkatan Laut.

"TNI Angkatan Laut memesan empat unit kapal, dan dalam lima bulan mendatang sudah jadi satu kapal perang `Trimaran`, sedangkan tiga unit lainnya akan segera dibangun secara bertahap hingga 2014," kata Sjafrie menambahkan.

Satu unit kapal "Trimaran" dihargai sekitar Rp114 miliar (RM 39.7 juta) yang diambil dari APBN 2011.

"Jika proyek pengadaan ini berhasil maka ini merupakan sejarah bagi Indonesia karena telah berhasil membuat kapal perang dengan komposit serat karbon, dan ini akan dipatenkan dan diekspor ke luar negeri," kata Sjafrie.

Direktur PT Lundin Industry Invest, John Lundin, mengatakan pihaknya telah melakukan ujicoba terhadap kapal dengan panjang sekitar 62,52meter tersebut.

"Ini merupakan kapal `Trimaran` pertama yang dibuat dari serat karbon. Amerika pernah membuat kapal sejenis dengan panjang 120 meter namun dari bahan alumunium atau baja.

Komposit serat karbon juga telah digunakan untuk pembuatan pesawat airbus Boeing-777 dan mobil formula 1. Ketahanannya 20 kali lebih kuat dibandingkan baja.

Kapal cepat berpeluru kendali itu memiliki panjang keseluruhan 62,53 meter, panjang "water line", 50,77 meter panjang "water draft" 1,17 meter, bobot mati 53,1 GT, kecepatan maksimum 30 knot, kecepatan jelajah 16 knot, dengan mesin utama 4X marine engines MAN nominal 1.800 PK.

Sumber : http://alutsista.blogspot.com/2011/12/kapal-trimaran-tni-al-selesai-lima.html

Kenapa kos kapal perang baru meningkat RM3b?

Dis 18, 2011

DAP menuntut kerajaan menjelaskan sebab berlakunya peningkatan kos 50 peratus atau RM3 bilion dalam pembelian enam kapal baru untuk tentera laut daripada RM6 bilion pada Februari kepada RM9 bilion pada bulan ini.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, pengumuman Syarikat pembinaan kapal Malaysia Boustead Naval Shipyard di Bursa Malaysia berhubung nilai kontrak baru itu amat mengejutkan.

"Menteri perlu menjelaskan kepada harga setiap kapal meningkat RM500 juta, sekali gus melebihi jumlah yang diterima sebelum ini," katanya.

Dalam kenyataan semalam, Pua berkata, sebagai contoh, perkara yang perlu dijelaskan, adakah spesifikasi kapal 'dipertingkat'.

Sedangkan, tambahnya, menteri pertahanan memberitahu parlimen bahawa ia sudah dilengkapi dengan teknologi canggih kapal peronda.

Syarikat pembinaan kapal Malaysia Boustead Naval Shipyard semalam dilaporkan berkata berkata mereka memenangi perjanjian RM9 bilion daripada Putrajaya untuk membekalkan enam kapal laut yang dibangunkan oleh pengilang Perancis DCNS.

Menurut AFP, Boustead Naval Shipyard berkata, mereka diberikan surat tawaran oleh Kementerian Pertahanan untuk membina dan menghantar enam kapal yang dinamakan "second generation patrol vessels littoral combat ships".

Penghantaran pertama dijangka dibuat pada 2017 diikuti setiap enam bulan selepas itu.

http://www.malaysiakini.com/news/184424

"

sumber

INDONESIA - Parti2 Islam Bentuk Aliansi Hijau

JAKARTA, 21 Dis: Parti-parti Islam di Indonesia tidak mahu lagi situasi politik negara umat Islam terbesar di dunia itu ditentukan parti didominasi kumpulan nasionalis sekular seperti yang ada sekarang.

Malam tadi mencetus satu lembaran baru yang menuntut keikhlasan penuh bagi membentuk acuan baru politik berlandas dimensi Islam apabila satu aliansi baru dibentuk.

Mengejutkan apabila aliansi itu dinamakan Aliansi Hijau dengan logo berbentuk seperti berlian hijau yang bergaris dua putih di tengah.

Aliansi itu dibentuk melalui kesepakatan dengan perjanjian persefahaman di antara Partai Bulan Bintang (PBB) dan Partai Kebangkitan Nasional Ulama (PKNU) dengan penuh sesak kehadiran penyokong di sebuah hotel di sini.

MoU itu ditandatangani Ketua Umum PBB, Dr H M Kaban dan Ketua Umum Dewan Tertinggi PKNU, Drs H Chairul Anam dengan disaksikan pemimpin tertinggi kedua-dua parti dan penyokong dari seluruh wilayah Indonesia.

Suara sokongan dengan laungan Aliansi Hijau bergema dalam dewan yang memuatkan lebih 1,000 peserta. Turut serta beberapa lagi pemimpin partai Islam lain bagi memberi dokongan awal.

PAS dan kerajaan Kelantan turut diwakili Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri, Wan Nik Wan Yussof dan Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, Drs Zainuddin Awang Hamat, Pengarah IT PAS Pusat, Suhaimi Embong dan 13 lagi delegasi. Mereka tiba petang semalam.

Penasihat Umum PBB, Prof Dr Yusri Indera meminta lebih banyak lagi parti-parti yang berteras Islam bergabung dalam Aliansi Hijau bagi membentuk satu kekuatan baru mendepani cabaran demokrasi di Indonesia.

Katanya, parti-parti Islam perlu membentuk satu sepakat baru bagi membaiki semula demokrasi pilihan raya di Indonesia yang masih lagi tempang sehingga sekarang.

“Pemilu 2009 adalah yang paling buruk dalam sejarah negara Indonesia. Keadaan itu perlu dibaiki dan tidak boleh selama-lamanya dibiarkan begitu,” katanya memulakan ucapan pidato barisan pemimpim utama kedua-dua parti di majlis penuh bersejarah itu.

Ketua Majlis Ulama PKNU, KH Abdul Adzim Suhaimi berkata, semangat hijrah memuncul satu persepakatan baru di antara dua partai umat Islam yang terbesar di Indonesia.

Kata beliau Islam menjadi panduan bagi umat Islam Indonesia bagi menentukan hala tuju baru.

“Payung-payung Islam yang banyak terdapat di Indonesia hendaklah bangunkan satu perubahan politik. Bagi mencapai hasrat itu keikhlasan menjadi tuntutan paling penting kedua-dua pihak,” ujarnya.

Dr H M Kabam dengan ucapan yang penuh bersemangat berkata, kesepakatan partai-parti Islam di Indonesia sudah lama ditunggu penduduk Islam di negara itu.

Menurutnya rakyat tidak boleh mengharapkan perubahan dilakukan pemerintah yang ada sekarang kerana ia semakin jauh daripada falsafah sebenar kemerdekaan negara.

“Pemilu 2009 dilakukan dengan cara tidak jujur sehingga melahirkan produk yang tidak jujur dan muncul pemimpin yang tidak jujur. Semuanya bohong belaka,” ujarnya mendapat tepukan gemuruh.

Drs Chairul Anam tidak mahu aliansi itu hanya sekadar perjanjian sahaja dan perlu betul-betul menjadi hijau yang boleh menakutkan pemerintah yang ada sekarang.

sumber

SEPANYOL - Patung Singa Alhambra Dibaikpulih

GRANADA 20 Dis. - Satu daripada 12 patung singa marmar di istana bersejarah Alhambra di Granada, Sepanyol dikembalikan ke tempat asalnya semalam selepas dibaik pulih oleh pakar.

Patung seberat 300 kilogram itu diletakkan di kawasan air pancut di Dataran Singa di tengah Istana yang merupakan tarikan pelancongan utama di Sepanyol itu.

"Ia adalah satu peristiwa bersejarah," kata Paulino Plata, pegawai kebudayaan bagi wilayah Andalusia ketika patung singa itu dikembalikan ke tempat asalnya selepas ia dipindahkan selama empat tahun untuk kerja pembaikan.

Alhambra yang kaya dengan seni bina Islam merupakan istana dinasti Nasrid yang didirikan sejak kurun ke-13 dan Dataran Singa pula dibina oleh Sultan Mohamed V pada kurun ke-14.

Sebanyak 11 lagi baki patung singa itu dijadual dibawa satu persatu dalam tempoh beberapa hari ini.

Proses pembaikan patung singa itu adalah sebahagian daripada projek untuk mempercantikkan Dataran Singa yang dikatakan Plata memakan kos sebanyak 2.16 juta euro (RM8.9 juta).

Untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, Istana Alhambra telah menerima dua juta pengunjung dan dataran tersebut dijangka dibuka tahun depan. - AFP

sumber

MESIR - Dataran Tahrir Masih Saksikan Pertempuran

KAHERAH 20 Dis. - Polis dan tentera Mesir hari ini melepaskan tembakan dan menggunakan belantan serta gas pemedih mata dalam usaha terbaru membersihkan Dataran Tahrir daripada penentang kerajaan tentera.

Bunyi tembakan berat kedengaran di seluruh dataran di tengah Kaherah itu ketika tentera menyerbu beratus-ratus penunjuk perasaan yang cuba mempertahankan kawasan mereka, menurut aktivis dan saksi.

"Beratus-ratus tentera memasuki dataran itu dan mula melepaskan tembakan. Mereka memburu penunjuk perasaan dan membakar barangan milik kumpulan tersebut, termasuk bekalan ubat-ubatan dan selimut," kata seorang penunjuk perasaan, Ismail.

Sebelum operasi terbaru itu, penunjuk perasaan dilaporkan cuba memusnahkan tembok sekatan yang didirikan oleh tentera untuk menyekat laluan ke Parlimen.

Menurut seorang pegawai keselamatan, penunjuk perasaan mahu memusnahkan tembok itu bagi membolehkan mereka ke bangunan Parlimen.

Pasukan perubatan berkata, 13 orang terbunuh sejak protes bermula Jumaat lalu, tetapi penunjuk perasaan menyatakan angka kematian telah meningkat selepas operasi terbaru ini.

Beratus-ratus lagi penunjuk perasaan dilaporkan cedera dan ramai yang ditahan selepas pihak tentera melancarkan operasi menamatkan tunjuk perasaan di sekitar dataran Tahrir.

Ahli politik dan anggota Parlimen yang cuba memasuki kawasan dataran tersebut terpaksa berpatah balik ekoran berlaku tembakan, menurut Ismail.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mengutuk penggunaan 'kekerasan' ke atas penunjuk perasaan yang mendalamkan lagi perpecahan antara rakyat Mesir.

Sementara itu, Amnesty International menggesa pembekal senjata menghentikan penghantaran senjata ringan dan peluru kepada tentera Mesir ekoran tindakan keras mereka terhadap penunjuk perasaan. - REUTERS

sumber

SYRIA - Pemerhati Liga Arab Tiba Khamis Ini

KAHERAH 21 Dis. – Pasukan pemerhati pertama Liga Arab akan tiba di Dasmyik pada Khamis ini untuk memantau keadaan di Syria dalam usaha menamatkan pertumpahan darah di negara itu.

Setiausaha Agung Liga Arab, Jeneral Ahmed Bin Helli berkata, pasukan pemerhati itu terdiri daripada anggota keselamatan, pegawai undang-undang dan pentadbiran serta turut disertai pakar hak asasi manusia.

"Pasukan pemerhati yang pertama diketuai oleh Penolong Setiausaha Agung Liga Arab, Jeneral Samir Seif al-Yazal akan dihantar ke Damsyik pada Khamis ini," katanya.

Sementara itu di DAMSYIK, Presiden Syria, Bashar al-Assad meluluskan undang-undang yang mengenakan hukuman mati terhadap rakyatnya yang melakukan keganasan bersenjata, lapor media semalam.

Agensi berita SANAA berkata, sesiapa yang membantu atau menyediakan senjata dengan niat melakukan aktiviti keganasan akan dikenakan hukuman mati. – AFP

sumber

Senin, 19 Desember 2011

MESIR - Pertempuran di Kaherah Berterusan

KAHERAH: Pasukan keselamatan Mesir bertempur untuk hari keempat berturut-turut dengan penunjuk perasaan yang menuntut penamatan pemerintahan tentera ketika angka korban mencecah 12 orang dan walaupun mendapat bantahan antarabangsa.

Dua orang terbunuh dalam pertempuran di pusat pentadbiran di Kaherah apabila pasukan keselamatan menyerbu untuk menyuraikan penunjuk perasaan.
Pertempuran itu reda sebelum ratusan orang kembali ke Dataran Tahrir — medan tunjuk perasaan yang menggulingkan Presiden Hosni Mubarak — untuk menghadiri pengebumian seorang penunjuk perasaan.
Bagaimanapun, Majlis Tertinggi Angkatan Tentera yang mengambil alih kuasa Januari lalu menafikan ia mengeluarkan arahan supaya kekerasan digunakan terhadap penunjuk perasaan itu dan menyatakan satu rancangan untuk membakar bangunan Parlimen dapat dipatahkan. - Agensi

sumber

PALESTIN - Haniyah Lakukan Lawatan Rasmi ke Empat Negara

Perdana menteri Hamas di jalur Gaza telah merancang akan melakukan perjalanan rasmi pertama ke luar wilayah tersebut sejak gerakan Hamas berhasil menguasai Gaza pada Jun 2007 lalu.

Penasihat politik Perdana Menteri Hamas Ismail Haniyah, Yusuf Rizka, mengatakan pemimpin Gaza ini akan melakukan perjalanan dalam waktu terdekat ke negara Turki, Bahrain, Qatar dan Tunisia.

Dia mengatakan ke empat negara tersebut semuanya mengundang Haniyah untuk mengunjungi negara mereka. Namun tanggal kunjungan belum ditetapkan.

"Ada undangan sebelumnya dari Emir Qatar Hamad Al Thani untuk Haniyah agar mengunjungi Doha, dan jika kunjungan ini terjadi, Haniyah akan melakukan perjalanan termasuk ke Qatar, Turki, Bahrain dan negara-negara lain di mana revolusi Arab terjadi dan Tunisia boleh menjadi salah satu dari lokasi kunjungan," kata Rizqa.(fq/wb)

sumber

CHINA - Al-Quran Terjemahan China 1912 Ditemui

Sebuah versi paling awal Al-Quran terjemahan berbahasa Cina, berupa salinan tulisan tangan yang selesai pada tahun 1912, telah ditemukan oleh para peneliti budaya Muslim di baratlaut Cina wilayah Gansu.

Al-Qur'an terjemah ini ditemukan di antara arkib tua oleh para peneliti dengan Institut Kebudayaan Muslim Universiti Lanzhou. Al-Quran ini diyakini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina oleh Sha Zhong dan Ma Fulu, dua orang imam, atau pemimpin agama Muslim yang juga ahli kaligrafi Arab di Lanzhou, kata Ding Shiren, ketua institut, Xinhua melaporkan.

Sha dan Ma mulai menerjemahkan Al-Quran ke dalam bahasa Cina pada 1909 dan menyelesaikan pekerjaan mereka pada tahun 1912, Ding mengatakan.

Sha kemudian menyalin Al-quran terjemahan berbahasa Cina tersebut dan membuat tiga salingan dengan tulisan tangan, yang sekarang banyak digunakan di Lanzhou.

Dua versi Cina lainnya dari Al-Quran terjemah berbahasa Cina selesai di Gansu di abad 20, kata Ding, yang bersama dengan rekan-rekannya saat ini membuat kajian perbandingan dari tiga versi terjemah Al-Quran berbahasa Cina.

Terjemahan oleh Sha dan Ma menggunakan versi bahasa Arab, meskipun bahagian-bahagian teks Cina menggunakan dialek Lanzhou, katanya menambahkan.

Menurut para pakar, Islam diperkenalkan ke China pada Dinasti Tang (618-907). Tetapi para pakar Cina kuno tidak menerjemahkan Al-Quran, kerana takut bahwa mereka mungkin salah mentafsirkan teks Al-Quran ke bahasa Cina, kata Ding.(fq/xinhua)

SUMBER

Jutawan Saudi Labur RM900 Juta dalam Twitter




RIYADH 19 Dis. - Bilionair Arab Saudi, Putera Al-Waleed bin Talal hari ini mengumumkan beliau melaburkan sejumlah AS$300 juta (RM900 juta) dalam laman web mikroblog, Twitter.

Syarikat pelaburan milik Al-Waleed, Kingdom Holding Company berkata, 'urus niaga strategik itu adalah hasil rundingan selama beberapa bulan'.

Al-Waleed yang merupakan anak saudara Raja Arab Saudi, Abdullah bin Abdel Aziz memiliki kekayaan yang dianggarkan oleh majalah Forbes bernilai AS$19.6 bilion (RM58.8 bilion).

"Urus niaga ini adalah hadiah kepada setiap warga Arab dan membuktikan keupayaan kami untuk mengenal pasti peluang pelaburan berpotensi yang bercirikan pertumbuhan pesat selain kehadiran dan kesan pada peringkat global," kata Al-Waleed dalam satu kenyataan.

Twitter memainkan peranan utama dalam kebangkitan penduduk Arab yang bermula tahun ini.

Aktivis menggunakannya untuk menyebarkan berita mengenai protes dan penangkapan semasa demonstrasi menentang para pemimpin Arab. - DPA

sumber

Sabtu, 17 Desember 2011

SYRIA - 200,000 Orang Berdemo di Hamma

Ratusan ribu rakyat Syria turun ke jalan memprotes Presiden Bashar al-Assad, sehari setelah sekutu Syria, Rusia mengkritik tajam terhadap Damsyik dalam sebuah resolusi Persyarikatan Bangsa-Bangsa, Jumaat.

Seorang aktivis mengatakan, setelah solat Jumaat di kota timur Deir al-Zour dan di Hamma, yang menjadi pusat penentang selama empat dekad terhadap keluarga Assad. Militer terus melakukan kekerasan, dan pembantaian.

Di Hamma 200.000 rakyat bergabung aksi protes, ungkap Lembaga Hak-Hak Asasi yang berpusat di Britain, yang merekam aksi protes yang disiarkan oleh televisyen Al Jazeera, yang menunjukkan tiang gantungan di mana lima patung tiruan digantung, termasuk salah satu Assad.

SUMBER

BELANDA - Puluhan Ribu Kanak2 Dicabul Pihak Gereja

Puluhan ribu kanak-kanak menjadi mangsa jenayah seksual oleh Gereja Katolik Rom di Belanda sejak tahun 1945, ungkap sebuah suruhanjaya bebas pada hari Jumaat. Suruhanjaya itu mengkritik pihak Gereja yang terus menutup-nutupi peristiwa yang terjadi puluhan tahun lalu itu.

Suruhanjaya memperkirakan bahawa 10.000 hingga 20.000 kanak-kanak mengalami gangguan seksual selama berada dalam biara Katolik, seperti panti asuhan, dan sekolah-sekolah seminari, yang berlangsung antara tahun 1945 dan 1981. Pelanggaran dimulai dari yang ringan sampai yang serius, termasuk perkosaan. Hal itu, terjadi yang lebih serius sejak 1981, di mana gereja mengelola rumah untuk kanak-kanak.

Dia juga mengatakan bahawa dari akhir Perang Dunia II hingga 2010, "beberapa puluh ribu kanak-kanak menjadi sasaran bentuk pelecehan ringan, serius dan sangat serius dari perilaku seksual yang tidak sepatutnya di dalam Gereja Katolik Rom", ungkap suruhanjaya itu.

"Gangguan seksual kanak-kanak di bawah umur tersebar luas dalam masyarakat Belanda," kata suruhanjaya itu.

Penyalahgunaan oleh para imam dan uskup Katolik, secara sistematik ditutup-tutupi oleh gereja untuk melindungi reputasinya. Suruhanjaya itu menambahkan bahawa gereja itu bersalah kerana "tidak adanya pengawasan yang memadai" dan "tindakan tidak memadai".

Temuan muncul yang menggambarkan penyalahgunaan yang lebih luas di Belanda bahkan di di Ireland, dan skandal itu telah menggoncang Gereja Katolik di Eropah dan Amerika Syarikat dan memaksa Paus Benedikt untuk meminta maaf kepada para mangsa jenayah seksual oleh para imam dan uskup.

Penyelidikan ditugaskan oleh Konferensi Uskup dan Konferensi Agama Belanda pada tahun 2010 setelah muncul kes-kes yang melibatkan imam-imam pedofil di Belanda, Belgium, Ireland, Jerman, Australia, Kanada dan Amerika Syarikat.

"Para pemimpin diminta menangani kes itu. Pernyataan bahawa orang tidak tahu, dan pemerintah tidak tahu itu tidak dapat dipertahankan," kata Wim Deetman, menteri pendidikan Protestan dan mantan walikota Den Haag yang memimpin suruhanjaya.

Laporan tersebut mengkritik gereja yang melindungi imam pedofil, kerana cuba untuk menempatkan reputasi gereja atas kepedulian dan perhatian bagi para mangsa. Sebahagian besar kes melibatkan pelecehan ringan sampai sedderhana, seperti meraba, tetapi mengatakan bahawa diperkirakan ada "beberapa ribu" kes perkosaan.

"Semua orang akan terkejut bahawa sejarah hitam ini telah berlangsung dalam skala besar. Setiap orang dapat terkejut bahawa Gereja telah berbohong tentang hal ini dan menutupinya.," Kata Guido Klabbers dari kelompok lobi KLOKK. (mh/wb)

sumber

MESIR - Ikhwan Mahu Tentera Memohon Maaf

Ikhwanul Muslimin telah mengeluarkan sebuah pernyataan menuntut dewan militer melakukan permintaan maaf langsung atas huru-hara Jumaat lalu di luar gedung Kabinet, yang telah menyebabkan lapan orang terbunuh dan sekitar 300 lainnya cedera.

Ikhwan juga meminta Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata (SCAF) untuk memulai penyelidikan bebas dan transparan terkait bentrokan dan juga huru-hara sebelumnya antara penunjuk perasaan dan pasukan keamanan.

Ikhwan juga menuntut agar hasil penyelidikan segera diumumkan dalam waktu secepatnya, dan keluarga para korban diberikan kompensasi dan pemerintah membayar biaya perubatan dari semua orang yang cedera.

Kelompok Islam Ikhwan, yang telah memimpin dalam dua putaran pertama pemilihan parlimen, juga menggarisbawahi bahwa pentingnya untuk melanjutkan proses pemungutan suara.

Kelompok ini mendesak dewan militer untuk menyerahkan kekuasaan kepada pemerinathan rakyat pada bulan Jun 2012.

sumber

SPBA Bunuh Komitmen Kakitangan Awam

KUALA LUMPUR, 17 Dis: Sebuah jawatankuasa bersama antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) perlu ditubuhkan sebelum dilaksanakan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Oleh kerana SBPA melibatkan kepentingan dan masa hadapan pekerja-pekerja di dalam perkhidmatan awam, amat tidak adil jika sistem tersebut dilaksanakan tanpa persetujuan mereka," kata beliau sambil mengecam kerajaan yang langsung tidak berunding dengan wakil sah kakitangan awam sebelum sistem itu dilaksanakan.

Sambil menyifatkan SBPA akhirnya akan membunuh komitmen dan motivasi kakitangan awam, Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berharap sistem itu dibatalkan.

"Bagaimanapun, SBPA hanya akan dibatalkan jika kakitangan awam bersatu dan berganding bahu dengan perancangan yang berkesan untuk menolak sistem itu.

"Pihak lain boleh mendesak dan menyuarakan rasa tertindas kakitangan awam yang menolak SBPA, tetapi kerajaan hanya akan tunduk kepada bantahan besar-besaran kakitangan awam sendiri," kata beliau yang melihat SBPA sebagai taktik untuk mengurangkan kakitangan awam.

Mahfuz juga mempersoalkan sikap membisu penjilat-penjilat Umno dan Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini tanpa sebarang asas yang wajar menuduh Pakatan Rakyat (PR) mahu mengurangkan kakitangan awam.

Dalam perkembangan berkaitan, Cuepacs mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem SBPA dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri.

Apa yang lebih dipersoalkan, seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa hanya dua minggu mulai 16 Disember untuk menerima SBPA.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata, JPA tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada Linkmaklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.

“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” katanya.

Menurut beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke negeri-negeri, ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.

Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, katanya.

sumber

LIBYA - PBB Tarik Balik Sekatan ke atas Bank

NEW YORK 17 Dis. - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menarik balik sekatan ke atas Bank Pusat Libya dan sebuah bank pelaburan, membolehkan berpuluh-puluh bilion dolar digunakan bagi membantu pemulihan pembangunan Libya.

Serentak dengan itu, Amerika Syarikat (AS) juga mengumumkan akan menarik balik sekatan ke atas bank sama dan anak syarikatnya melibatkan aset bernilai AS$30 bilion (RM90 bilion).

Britain turut membatalkan pembekuan aset sama bernilai lebih AS$10 bilion (RM30 bilion).

Aset Libya di seluruh dunia bernilai kira-kira AS$150 bilion (RM450 bilion) dibekukan pada Februari lalu selepas Majlis Keselamatan mengarahkan sekatan dikenakan ke atas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang disingkirkan oleh pemberontakan rakyat.

Kerajaan baru Tripoli sejak beberapa minggu lalu meminta supaya sekatan itu ditarik balik bagi membayar gaji dan menyediakan perkhidmatan utama berikutan ancaman kemerosotan ekonomi.

Perdana Menteri, Abdel Rahim al-Kib dan ketua Majlis Peralihan Nasional, Mustafa Abdel Jalil dalam satu surat kepada Majlis Keselamatan berkata, tindakan itu penting untuk kestabilan ekonomi di Libya.

Satu permohonan rasmi untuk menarik balik sekatan itu dibuat minggu lalu dan tidak menerima sebarang bantahan daripada negara anggota Majlis Keselamatan yang membolehkan tindakan pembatalan tersebut dilaksanakan semalam.

Menteri Luar Britain, William Hague berkata, tindakan membatalkan pembekuan tersebut menandakan saat baik dalam peralihan Libya.

"Britian akan memberi tekanan kepada Kesatuan Eropah untuk segera mengambil tindakan sama,'' ujarnya.

White House dalam satu kenyataan berkata, pihaknya membatalkan hampir semua sekatan ke atas kerajaan Libya dan membebaskan semua aset Libya di bawah perundangan negara itu. - AFP

sumber

PAKISTAN - Bom, 3 Askar Maut

PESHAWAR 18 Dis. - Sekurang-kurangnya tiga askar Pakistan terbunuh semalam dalam satu letupan bom tepi jalan di barat laut Pakistan.

Menurut seorang pegawai keselamatan, letupan itu berlaku di kampung Katasarai di wilayah Kurram yang bersempadan dengan Afghanistan di mana tentera Pakistan dan askar separa tentera Pakistan pernah melancarkan beberapa serangan terhadap kumpulan militan Taliban.

“Tiga anggota keselamatan termasuk seorang leftenan maut dalam letupan,” katanya.

Pegawai perisikan tempatan mengesyaki penglibatan militan Taliban dalam serangan itu. - AFP

sumber

KAZAKHSTAN Isytihar Darurat, Perintah Berkurung

ALMATY 18 Dis. - Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev semalam mengisytiharkan darurat selama 20 hari dan perintah berkurung di barat Zhanaozen, sehari selepas 10 orang terbunuh dalam satu pertempuran ganas di bandar itu.

Nazarbayev mengeluarkan satu dekri yang menyenaraikan beberapa syarat antaranya melarang sebarang pelancaran mogok dan tunjuk perasaan, menyekat kebebasan bergerak sekitar Zhanaozen serta mengehad jalan keluar masuk ke bandar itu.

Darurat itu berkuatkuasa mulai semalam hingga 5 Januari 2012, jelas dekri itu. - AFP

sumber

Jumat, 16 Desember 2011

HIMPUN di Kuala Kangsar

Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar

PALESTIN - Kereta Kebal Israel Hancurkan Ladang

Kereta-kereta Israel disertai dengan sekelompok pasukan telah merosak kawasan pertanian di bahagian utara Jalur Gaza, Press TV melaporkan.

Serangan darat ini juga didukung oleh jentolak Israel, dilakukan pada hari Khamis ini (15/12).

Belum ada laporan tentang jatuhnya korban terkait serangan ini.

Dalam insiden serupa pada hari Rabu lalu, seorang lelaki Palestin cedera dalam serangan yang dilakukan oleh tentera Israel di sebuah penternakan di timur Gaza.

Menurut koresponden Press TV di Gaza, aktivis Palestin juga telah menjadi sasaran pasukan Israel selama beberapa minggu terakhir. Israel mendakwa pihaknya mensasarkan para aktivis untuk menghindari serangan pejuang Palestin yang merancang untuk menculik tentera Israel dalam usaha mereka menukar tahanan Palestin.

sumber