RIYADH 16 Nov. - Enam negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) semalam menolak permohonan Syria untuk mengadakan persidangan tergempar bagi membincangkan krisis yang dilanda negara tersebut.
Setiausaha Agung GCC, Jeneral Abdullatif al-Zayani berkata, permohonan tersebut tidak sesuai buat masa sekarang walaupun menteri-menteri luar Arab dijangka mengadakan pertemuan di Rabat hari ini.
Sabtu lalu, Liga Arab pada menggantung keanggotaan Syria dalam semua aktiviti pertubuhan tersebut selepas Damsyik gagal menamatkan keganasan yang berlaku di negara itu, di mana 3,500 terbunuh sejak Mac. - AFP






0 komentar:
Posting Komentar