KAHERAH 21 Nov. – Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh ketika pasukan keselamatan cuba untuk menyuraikan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir, Mesir, semalam.
Polis dan tentera menggunakan belantan serta gas pemedih mata untuk membersihkan dataran yang dipenuhi beribu-ribu penunjuk perasaan yang menuntut pemerintah tentera menyerahkan kuasa kepada rakyat.
Ini merupakan hari kedua insiden keganasan di ibu negara Mesir ini selepas perhimpunan aman anti-tentera secara besar-besaran diadakan pada Jumaat lalu. – AFP






0 komentar:
Posting Komentar