This is default featured slide 1 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

This is default featured slide 2 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

This is default featured slide 3 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

This is default featured slide 4 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

This is default featured slide 5 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

Rabu, 19 Maret 2008

:SEKEPING HATI::

:SEKEPING HATI::


Itulah selayaknya kiasan sebuah kehidupan itu. Tidak dapat lari daripada mehnah dan tribulasi yang sentiasa melingkari mahupun mewarnai kehidupan itu tanpa sebuah kesusahan tiadalah nikmat sebuah kesyukuran itu kerna..kenikmatan yang bertandang itu seringkali tidak kita dihiraukan dan terkadang terlepas dari pandangan dan pabila ianya hilang, barulah dikesalkan



..begitu jua semangat kita terkadang berkobar-kobar .bahkan terasa bagaikan meluap-luap dan mengujakan¡K¡K.dan terkadang merudup¡K..bak bunga kembang pagi lagaknya kerna memang dasarnya iman seorang insan mudah turun dan naik di tambah pula hati seorang insan itu mudah berbolak-balik..hari ini hatinya berkata begini dan esok hati berkata begitu demikian itu kerna hati merupakan raja yang duduk bersemayam dalam diri seseorang manakala akalnya merupakan permaisuri yang mandampingi serta mengikut rajanya.pabila baik serta elok rajanya..akan baik pula permaisuri serta rakyat-rakyat jelata yang lain ini dapat diketemukan dalam sebuah hadis baginda yang bermaksud



"dalam diri manusia itu terdapat seketul daging¡Kpabila baik daging itu maka akan baiklah pula yang lain¡Kpabila buruk daging itu ..buruklah pula yang lain¡Kketahuilah bahwa daging tersebut adalah hati¡¨..ketahuilah bahawa penyakit hati itu lebih teruk berbanding penyakit fizikal kerna penyakit fizikal hanya dideritai didunia..tetapi andai penyakit hati yang dihadapi .kemelaratannya bukan takat didunia..tetapi bakal dibawa ke akhirat kelak..
bersabda Rasulullah saw


"setiap amal itu ada masa semangatnya dan ada masa lemahnya¡Kbarangsiapa yang pada masa lemahnya dia dalam sunnahku, maka dia telah beruntung..namun barangsiapa yang beralih selain itu bererti dia telah celaka¡¨ (H.R Ahamad)


SUCI SEKEPING HATI


Sekeping hati dibawa berlari


Jauh melalui jalanan sepi


Jalan kebenaran jelas terbentang


Di depan matamu para pejuang


 


Tapi jalan kebenaran


Tak akan selamanya sunyi


Ada ujian yang datang melanda


Ada perangkap menunggu masa


 


Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap


Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba



..apakah hati itu bisa di bawa berlari????andainya ia mudah dibawa kesana kemari .kemanakah laluan yang patut disinggahinya????apakah matlamat disebalik perjalanan yang dilaluinya????.inilah FAQ yang sentisa berlegar-legar bersama kehidupan sang HATI adakah jalanan yang bakal ditempuhinya itu luas bahkan dihampari dengan permaidani duniawi .atau jalanan sempit penuh ribut badai, tidak ketinggalan onak duri melandasi malah merintangi disepanjang perjalanan..namun, ketahuilah sesempit atau seperit manapun jalanan itu .matlamatnya adalah pasti sedangkan jalanan luas yang dipagari dengan gemerlapan lampu-lampu neon kenistaan itu bakal menuju kepada kehancuran ..kerana menjadi sunnah dalam berjuang ..dimana ada kepahitan, disitu terselit kemanisan kerna janji Allah itu pasti.


http://permatakasih.blogdrive.com/

Cermin Diri

Memang mudah mengucapkan sesuatu yg kita lihat atau dgr. Apatah lg jika perkara itu sesuatu yg kurang baik atau tdk elok. Sekejap shj tersebar dan meniti di bibir mulut kita. Itulah nafsu, tdk pernah gagal mengheret lidah kita memperkatakan ttg perkara2 yg kurang elok. Seolah2 telah menjadi sebati dlm diri kita ini utk bercakap atau berfikir sesuatu yg negatif, terutamanya mengenai org lain. Lebih2 lg dlm keadaan skrg ini terlalu mudah menyaksikan org bermaksiat di mana2 shj.Suatu perkara yg selalu kita lupa apb memperkatakan ttg org lain ialah diri kita sndiri. Kita sentiasa meletakkan diri kita pada blind spot apb melihat kesalahan org lain. Jahat, buruk, salah...semuanya adalah label kpd org lain. Kita kurang muhasabah diri kita. Yang sbenarnya kita ini tdklah lbh baik drp mereka2 itu. Alhamdulillah, Allah menutup segala aib dan keburukan kita sehingga tampak mulia kita di depan org ramai. Walhal dosa dan kejelekan kita hanya Allah yg tahu.


Benar, yg berbuat jahat mmg kita kata salah. Wajib utk kita menegur kesalahan mereka atau sekurang2nya mghindar drp kejahatan itu. Tapi tak ramai yg punya keberanian spt itu. Ramai yg hanya mampu bercakap atau mgkritik dari belakang. Kita tak persalahkan org2 yg mgkritik kesalahan dan maksiat yg berleluasa. Bagus jika kritikan tersebut bernas dan bersandar pada maklumat yg tepat. Apatah lg jika tindakan sedemikian terbit dari hati yg luhur utk menegur dan membuat perubahan ke arah yg lbh baik.


Sebenarnya haram utk kita memperkatakan ttg aib org lain. Lebih2 lg jika mengatakannya sekadar utk tujuan suka2 tanpa ada tindakan susulan. Namun kita dibenarkan utk menyebut kesalahan org lain jika ia boleh memberi manfaat dan pengajaran yg besar kpd org ramai. Cuma hendaklah kita cuba sedaya upaya agar tdk menjatuhkan maruah dan air muka mereka.Namun agak mengecewakan apb hanya segelintir shj drp ramai yg menegur itu punya kesedaran utk mendoakan kebaikan kpd org2 yg berbuat maksiat. Tanyalah pd diri sndiri, berapa byk org yg pernah kita kritik? Dan berapa byk pula org yg pernah kita sebut namanya dlm doa kita? Kadang2 kita merasakan diri kita ini lbh baik drp org lain. Tapi kita lbh byk mencela drp mendoakan mereka mendapat hidayah. Kita sepatutnya bersyukur kerana dipilih utk mendapat kesedaran dan ilmu yg benar sehingga mampu utk mengawal diri supaya teguh di atas jln yg benar. Dansepatutnya kita berdoa supaya org lain mempunyai kesedaran yg sama spt kita. Jadikanlah diri kita ini seorg yg apb melihat kesalahan org lain, perkara pertama yg hadir ialah doa dan harapan yg baik. Kemudian barulah disusuli dgn kritikan2 yg bermanfaat.Kita juga hendaklah sedar bhw mgkritik semata2 tdk byk menyumbang kpd perubahan. Kritikan boleh memberi kesedaran, tetapi kurang mampu utk memberi keinginan. Sebab itu kita tdk boleh meremehkan fungsi doa dlm proses membetulkan yg salah. Hati ini sentiasa berbolak balik. Maka kpd penciptanya jualah sepatutnya kita meminta supaya hati lbh mampu utk bertenang.


Perlu ditanam di dlm hati bhw kita ini sbenarnya tdklah lbh baik drp org lain. Zahirnya mgkin kita tampak lbh baik. Tapi kita sndiri tdk tahu di mana hujung pangkal keadaan kita di akhirat nanti. Mgkin nasib mereka yg kita anggap jahat itu lbh baik drp nasib kita di akhirat nanti. Kita lbh kenal diri kita. Kita tahu ttg keburukan dan kejahatan yg ada dlm diri kita lbh drp kita tahu ttg kejahatan org lain. Janganlah sekadar menilai seseorg melalui zahir yg terlihat pd perbuatannya. Cubalah melihat jauh ke dlm kehidupannya. Di situ ada sesuatu yg mgheretnya jauh dari jln kebenaran. Dan seorang mukmin itu sepatutnya kuat menghisab dirinya lbh drp dia menghisab diri org lain. Sblm kita fikir nasib org lain di akhirat, fikirkanlah dahulu nasib diri kita di sana nanti.


Takkan sama dosa org berilmu yg bermaksiat dengan dosa org jahil yg bermaksiat.


http://danialle.blogspot.com/search?updated-min=2007-01-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&updated-max=2008-01-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&max-results=50

Selasa, 18 Maret 2008



Shalahuddin Yusuf bin Najmuddin Ayyub dilahirkan di Takrit, Irak pada tahun 532 Hijrah /1138 Masihi dan wafat pada tahun 589 H/1193 M di Damsyik. Beliau adalah pengasas Daulat Al-Ayyubiyah dan bergelar Sultan Shalahuddin. Seorang pahlawan Islam yang paling gagah berani dalam perang Salib dan berhasil merebut kembali Baitul Maqdis dari tangan kaum Salib Kristian.

Hasutan Sang Paderi

Jerussalem merupakan kota Suci bagi ketiga-tiga agama samawi yakni Islam, Yahudi dan Kristian. Di dalam kota inilah letaknya Masjid Al-Aqsa yang dibangun oleh Nabi Sulaiman dan menjadi Kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Baitullah di Makkah. Ketika Nabi Muhammad Isra’, singgah dan solat di masjid ini sebelum Mi’raj ke langit. Nabi Isa as. juga dilahirkan di Baitullaham berdekatan kota Jerussalam ini.

Di masa pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab (13-23 H/634-644 M) Jerussalam dapat direbut oleh kaum Muslimin dalam suatu penyerahan kuasa secara damai. Khalifah Umar sendiri datang ke Jerussalem untuk menerima penyerahan kota Suci itu atas desakan dan persetujuan Uskup Agung Sophronius.

Berabad abad lamanya kota itu berada di bawah pentadbiran Islam, tapi penduduknya bebas memeluk agama dan melaksanakan ajaran agamanya masing-masing tanpa ada gangguan. Orang-orang Kristian dari seluruh dunia juga bebas datang untuk mengerjakan haji di kota Suci itu dan mengerjakan upacara keagamaannya. Orang-orang Kristian dari Eropah datang mengerjakan haji dalam jumlah rombongan yang besar dengan membawa obor dan pedang seperti tentera. Sebahagian dari mereka mempermainkan pedang dengan dikelilingi pasukan gendang dan seruling dan diiringkan pula oleh pasukan bersenjata lengkap.

Sebelum Jerussalem ditadbir Kerajaan Seljuk pada tahun 1070, upacara seperti itu dibiarkan saja oleh umat Islam, kerana dasar toleransi agama. Akan tetapi apabila Kerajaan Seljuk memerintah, upacara seperti itu tidak dibernarkan, dengan alasan keselamatan. Mungkin kerana upacara tersebut semakin berbahaya. Lebih-lebih lagi kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian dalam upacara itu sering menyebabkan pergaduhan dan huruhara. Disebutkan bahawa pada tahun 1064 ketua Uskup memimpin pasukan seramai 7000 orang jemaah haji yang terdiri dari kumpulan Baron-baron dan para pahlawan telah menyerang orang-orang Arab dan orang-orang Turki.

Itulah yang membimbangkan Kerajaan Seljuk. Jadi larangan itu demi keselamatan Jemaah haji Kristian itu sendiri. Malangnya, tindakan Seljuk itu menjadi salah anggapan oleh orang-orang Eropah. Ketua-ketua agama mereka telah berkempin bahawa kebebasan agamanya telah dicabuli oleh orang-orang Islam dan menyeru agar Tanah Suci itu dibebaskan dari genggaman umat Islam.

Patriach Ermite adalah paderi yang paling lantang dan bertungkus lumus mengapi-apikan kemarahan umat Kristian. Dia asalnya seorang tentera, tapi kemudian menjadi paderi, berwatak kepala angin dan cepat marah. Dalam usahanya untuk menarik simpati umat Kristian, Ermite telah berkeliling Eropah dengan mengenderai seekor kaldai sambil memikul kayu Salib besar, berkaki ayam dan berpakaian compang camping. Dia telah berpidato di hadapan orang ramai sama ada di dalam gereja, di jalan-jalan raya atau di pasar-pasar. Dia menceritakan sama ada benar atau bohong kisah kunjungannya ke Baitul Maqdis.

Katanya, dia melihat pencerobohan kesucian ke atas kubur Nabi Isa oleh Kerajaan Turki Seljuk. Diceritakan bahawa jemaah haji Kristian telah dihina, dizalimi dan dinista oleh orang-orang Islam di Jerussalem. Serentak dengan itu, dia menggalakkan orang ramai agar bangkit menyertai perang untuk membebaskan Jerussalem dari tangan orang Islam. Hasutan Ermite berhasil dengan menggalakkan. Paus Urbanus II mengumumkan ampunan seluruh dosa bagi yang bersedia dengan suka rela mengikuti Perang Suci itu, sekalipun sebelumnya dia merupakan seorang perompak, pembunuh, pencuri dan sebagainya. Maka keluarlah ribuan umat Kristian untuk mengikuti perang dengan memikul senjata untuk menyertai perang Suci. Mereka yang ingin mengikuti perang ini diperintahkan agar meletakkan tanda Salib di badannya, oleh kerana itulah perang ini disebut Perang Salib.

Paus Urbanus menetapkan tarikh 15 Ogos 1095 bagi pemberangkatan tentera Salib menuju Timur Tengah, tapi kalangan awam sudah tidak sabar menunggu lebih lama lagi setelah dijanjikan dengan berbagai kebebasan, kemewahan dan habuan. Mereka mendesak Paderi Patriach Ermite agar berangkat memimpin mereka. Maka Ermite pun berangkat dengan 60,000 orang pasukan, kemudian disusul oleh kaum tani dari Jerman seramai 20.000, datang lagi 200,000 orang menjadikan jumlah keseluruhannya 300,000 orang lelaki dan perempuan. Sepanjang perjalanan, mereka di izinkan merompak, memperkosa, berzina dan mabuk-mabuk. Setiap penduduk negeri yang dilaluinya, selalu mengalu-alukan dan memberikan bantuan seperlunya.

Akan tetapi sesampainya di Hongaria dan Bulgaria, sambutan sangat dingin, menyebabkan pasukan Salib yang sudah kekurangan makanan ini marah dan merampas harta benda penduduk. Penduduk di dua negeri ini tidak tinggal diam. Walau pun mereka sama-sama beragama Kristian, mereka tidak senang dan bertindak balas. Terjadilah pertempuran sengit dan pembunuhan yang mengerikan. Dari 300,000 orang pasukan Salib itu hanya 7000 sahaja yang selamat sampai di Semenanjung Thracia di bawah pimpinan sang Rahib.

Apabila pasukan Salib itu telah mendarat di pantai Asia kecil, pasukan kaum Muslimin yang di pimpin oleh Sultan Kalij Arselan telah menyambutnya dengan hayunan pedang. Maka terjadilah pertempuran sengit antara kaum Salib dengan pasukan Islam yang berakhir dengan hancur binasanya seluruh pasukan Salib itu.

Kaum Salib Mengganas

Setelah kaum Salib yang dipimpin oleh para Rahib yang tidak tahu strategi perang itu musnah sama sekali, muncullah pasukan Salib yang dipimpin oleh anak-anak Raja Godfrey dari Lorraine Perancis, Bohemund dari Normandy dan Raymond dari Toulouse. Mereka berkumpul di Konstantinopel dengan kekuatan 150,000 askar, kemudian menyeberang selat Bosfur dan melanggar wliayah Islam bagaikan air bah. Pasukan kaum Muslimin yang hanya berkekuatan 50,000 orang bertahan mati-matian di bawah pimpinan Sultan Kalij Arselan.

Satu persatu kota dan Benteng kaum Muslimin jatuh ke tangan kaum Salib, memaksa Kalij Arselan berundur dari satu benteng ke benteng yang lain sambil menyusun kekuatan dan taktik baru. Bala bantuan kaum Salib datang mencurah-curah dari negara-negara Eropah. Sedangkan Kalij Arselan tidak dapat mengharapkan bantuan dari wilayah-wilayah Islam yang lain, kerana mereka sibuk dengan kemelut dalaman masing-masing.

Setelah berlaku pertempuran sekian lama, akhirnya kaum Salib dapat mara dan mengepung Baitul Maqdis, tapi penduduk kota Suci itu tidak mahu menyerah kalah begitu saja. Mereka telah berjuang dengan jiwa raga mempertahankan kota Suci itu selama satu bulan. Akhirnya pada 15 Julai 1099, Baitul Maqdis jatuh ke tangan pasukan Salib, tercapailah cita-cita mereka.

Berlakulah keganasan luar biasa yang belum pernah terjadi dalam sejarah umat manusia. Kaum kafir Kristian itu telah menyembelih penduduk awam Islam lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan sangat ganasnya. Mereka juga membantai orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian yang enggan bergabung dengan kaum Salib. Keganasan kaum Salib Kristian yang sangat melampau itu telah dikutuk dan diperkatakan oleh para saksi dan penulis sejarah yang terdiri dari berbagai agama dan bangsa.

Seorang ahli sejarah Perancis, Michaud berkata: “Pada saat penaklukan Jerussalem oleh orang Kristian tahun 1099, orang-orang Islam dibantai di jalan-jalan dan di rumah-rumah. Jerussalem tidak punya tempat lagi bagi orang-orang yang kalah itu. Beberapa orang cuba mengelak dari kematian dengan cara menghendap-hendap dari benteng, yang lain berkerumun di istana dan berbagai menara untuk mencari perlindungan terutama di masjid-masjid. Namun mereka tetap tidak dapat menyembunyikan diri dari pengejaran orang-orang Kristian itu.

Tentera Salib yang menjadi tuan di Masjid Umar, di mana orang-orang Islam cuba mempertahankan diri selama beberapa lama menambahkan lagi adegan-adegan yang mengerikan yang menodai penaklukan Titus. Tentera infanteri dan kaveleri lari tunggang langgang di antara para buruan. Di tengah huru-hara yang mengerikan itu yang terdengar hanya rintihan dan jeritan kematian. Orang-orang yang menang itu memijak-mijak tumpukan mayat ketika mereka lari mengejar orang yang cuba menyelamatkan diri dengan sia-sia.

Raymond di’Agiles, yang menyaksikan peristiwa itu dengan mata kepalanya sendiri mengatakan: “Di bawah serambi masjid yang melengkung itu, genangan darah dalamnya mencecah lutut dan mencapai tali kekang kuda.”

Aksi pembantaian hanya berhenti beberapa saat saja, yakni ketika pasukan Salib itu berkumpul untuk menyatakan kesyukuran di atas kemenangan mereka. Tapi sebaik saja upacara itu selesai, pembantaian diteruskan dengan lebih ganas lagi.

Seterusnya Michaud berkata: “Semua yang tertangkap yang disisakan dari pembantaian pertama, semua yang telah diselamatkan untuk mendapatkan upeti, dibantai dengan kejam. Orang-orang Islam itu dipaksa terjun dari puncak menara dan bumbung-bumbung rumah, mereka dibakar hidup-hidup, diheret dari tempat persembunyian bawah tanah, diheret ke hadapan umum dan dikurbankan di tiang gantungan.

Air mata wanita, tangisan kanak-kanak, begitu juga pemandangan dari tempat Yesus Kristus memberikan ampun kepada para algojonya, sama sekali tidak dapat meredhakan nafsu membunuh orang-orang yang menang itu. Penyembelihan itu berlangsung selama seminggu. Beberapa orang yang berhasil melarikan diri, dimusnahkan atau dikurangkan bilangannya dengan perhambaan atau kerja paksa yang mengerikan.”

Gustav lah Bon telah mensifatkan penyembelihan kaum Salib Kristian sebagaimana kata-katanya: “Kaum Salib kita yang “bertakwa” itu tidak memadai dengan melakukan berbagai bentuk kezaliman, kerosakan dan penganiayaan, mereka kemudian mengadakan suatu mesyuarat yang memutuskan supaya dibunuh saja semua penduduk Baitul Maqdis yang terdiri dari kaum Muslimin dan bangsa Yahudi serta orang-orang Kristian yang tidak memberikan pertolongan kepada mereka yang jumlah mencapai 60,000 orang. Orang-orang itu telah dibunuh semua dalam masa 8 hari saja termasuk perempuan, kanak-kanak dan orang tua, tidak seorang pun yang terkecuali.

Ahli sejarah Kristian yang lain, Mill, mengatakan: “Ketika itu diputuskan bahawa rasa kasihan tidak boleh diperlihatkan terhadap kaum Muslimin. Orang-orang yang kalah itu diheret ke tempat-tempat umum dan dibunuh. Semua kaum wanita yang sedang menyusu, anak-anak gadis dan anak-anak lelaki dibantai dengan kejam. Tanah padang, jalan-jalan, bahkan tempat-tempat yang tidak berpenghuni di Jerusssalem ditaburi oleh mayat-mayat wanita dan lelaki, dan tubuh kanak-kanak yang koyak-koyak. Tidak ada hati yang lebur dalam keharuan atau yang tergerak untuk berbuat kebajikan melihat peristiwa mengerikan itu.”

Kemunculan Panglima Shalahuddin

Jatuhnya kota Suci Baitul Maqdis ke tangan kaum Salib telah mengejutkan para pemimpin Islam. Mereka tidak menyangka kota Suci yang telah dikuasainya selama lebih 500 tahun itu boleh terlepas dalam sekelip mata. Mereka sedar akan kesilapan mereka kerana berpecah belah. Para ulama telah berbincang dengan para Sultan, Emir dan Khalifah agar mengambil berat dalam perkara ini.

Usaha mereka berhasil. Setiap penguasa negara Islam itu bersedia bergabung tenaga untuk merampas balik kota Suci tersebut. Di antara pemimpin yang paling gigih dalam usaha menghalau tentera Salib itu ialah Imamuddin Zanki dan diteruskan oleh anaknya Emir Nuruddin Zanki dengan dibantu oleh panglima Asasuddin Syirkuh.

Setelah hampir empat puluh tahun kaum Salib menduduki Baitul Maqdis, Shalahuddin Al-Ayyubi baru lahir ke dunia, yakni pada tahun 1138 Masihi. Keluarga Shalahuddin taat beragama dan berjiwa pahlawan. Ayahnya, Najmuddin Ayyub adalah seorang yang termasyhur dan beliau pulalah yang memberikan pendidikan awal kepada Shalahuddin.

Selain itu, Shalahuddin juga mendapat pendidikan dari bapa saudaranya Asasuddin Syirkuh seorang negarawan dan panglima perang Syria yang telah berhasil mengalahkan tentera Salib sama ada di Syria ataupun di Mesir. Dalam setiap peperangan yang dipimpin oleh panglima Asasuddin, Shalahuddin sentiasa ikut sebagai tentera pejuang sekalipun usianya masih muda.

Pada tahun 549 H/1154 M, panglima Asasuddin Syirkuh memimpin tenteranya merebut dan menguasai Damsyik. Shalahuddin yang ketika itu baru berusia 16 tahun turut serta sebagai pejuang. Pada tahun 558 H/1163 Masihi, panglima Asasuddin membawa Shalahuddin Al-Ayyubi yang ketika itu berusia 25 tahun untuk menundukkan Daulat Fatimiyah di Mesir yang diperintah oleh Aliran Syiah Ismailiyah yang semakin lemah.Usahanya berhasil. Khalifah Daulat Fatimiyah terakhir Adhid Lidinillah dipaksa oleh Asasuddin Syirkuh untuk menandatangani perjanjian. Akan tetapi, Wazir besar Shawar merasa cemburu melihat Syirkuh semakin popular di kalangan istana dan rakyat.

Dengan senyap-senyap dia pergi ke Baitul Maqdis dan meminta bantuan dari pasukan Salib untuk menghalau Syirkuh daripada berkuasa di Mesir. Pasukan Salib yang dipimpin oleh King Almeric dari Jerussalem menerima baik jemputan itu. Maka terjadilah pertempuran antara pasukan Asasuddin dengan King Almeric yang berakhir dengan kekalahan Asasuddin. Setelah menerima syarat-syarat damai dari kaum Salib, panglima Asasuddin dan Shalahuddin dibenarkan balik ke Damsyik.

Kerjasama Wazir besar Shawar dengan orang kafir itu telah menimbulkan kemarahan Emir Nuruddin Zanki dan para pemimpin Islam lainnya termasuk Baghdad. Lalu dipersiapkannya tentera yang besar yang tetap dipimpin oleh panglima Syirkuh dan Shalahuddin Al-Ayyubi untuk menghukum si pengkhianat Shawar. King Almeric terburu-buru menyiapkan pasukannya untuk melindungi Wazir Shawar setelah mendengar kemaraan pasukan Islam. Akan tetapi Panglima Syirkuh kali ini bertindak lebih pantas dan berhasil membinasakan pasukan King Almeric dan menghalaunya dari bumi Mesir dengan aib sekali.

Panglima Shirkuh dan Shalahuddin terus mara ke ibu kota Kaherah dan mendapat tentangan dari pasukan Wazir Shawar. Akan tetapi pasukan Shawar hanya dapat bertahan sebentar saja, dia sendiri melarikan diri dan bersembunyi. Khalifah Al-Adhid Lidinillah terpaksa menerima dan menyambut kedatangan panglima Syirkuh buat kali kedua. Suatu hari panglima Shalahuddin Al-Ayyubi berziarah ke kuburan seorang wali Allah di Mesir, ternyata Wazir Besar Shawar dijumpai bersembunyi di situ. Shalahuddin segera menangkap Shawar, dibawa ke istana dan kemudian dihukum bunuh.

Khalifah Al-Adhid melantik panglima Asasuddin Syirkuh menjadi Wazir Besar menggantikan Shawar. Wazir Baru itu segera melakukan perbaikan dan pembersihan pada setiap institusi kerajaan secara berperingkat. Sementara anak saudaranya, panglima Shalahuddin Al-Ayyubi diperintahkan membawa pasukannya mengadakan pembersihan di kota-kota sepanjang sungai Nil sehingga Assuan di sebelah utara dan bandar-bandar lain termasuk bandar perdagangan Iskandariah.

Menutup Daulat Fatimiyah

Wazir Besar Syirkuh tidak lama memegang jawatannya, kerana beliau wafat pada tahun 565 H/1169 M. Khalifah Al-Adhid melantik panglima Shalahuddin Al-Ayyubi menjadi Wazir Besar menggantikan Syirkuh dengan mendapat persetujuan pembesar-pembesar Kurdi dan Turki. Walaupun berkhidmat di bawah Khalifah Daulat Fatimiah, Shalahuddin tetap menganggap Emir Nuruddin Zanki sebagai ketuanya.

Nuruddin Zanki berulang kali mendesak Shahalahuddin agar menangkap Khalifah Al-Adhid dan mengakhiri kekuasaan Daulat Fatimiah untuk seterusnya diserahkan semula kepada Daulat Abbasiah di Baghdad. Akan tetapi Shalahuddin tidak mahu bertindak terburu-buru, beliau memperhatikan keadaan sekelilingnya sehingga musuh-musuh dalam selimut betul-betul lumpuh.

Barulah pada tahun 567 H/1171 Masihi, Shalahuddin mengumumkan penutupan Daulat Fatimiah dan kekuasaan diserahkan semula kepada Daulat Abbasiah. Maka doa untuk Khalifah Al-Adhid pada khutbah Jumaat hari itu telah ditukar kepada doa untuk Khalifah Al-Mustadhi dari Daulat Abbasiah.

Ketika pengumuman peralihan kuasa itu dibuat, Khalifah Al-Adhid sedang sakit kuat, sehingga beliau tidak mengetahui perubahan besar yang berlaku di dalam negerinya dan tidak mendengar bahawa Khatib Jumaat sudah tidak mendoakan dirinya lagi. Sehari selepas pengumuman itu, Khalifah Al-Adhid wafat dan dikebumikan sebagaimana kedudukan sebelumnya, yakni sebagai Khalifah.

Dengan demikian berakhirlah kekuasaan Daulat Fatimyah yang dikuasai oleh kaum Syi’ah selama 270 tahun. Keadaan ini sememangnya telah lama ditunggu-tunggu oleh golongan Ahlussunnah di seluruh negara Islam lebih-lebih lagi di Mesir sendiri. Apalagi setelah Wazir Besar Shawar berkomplot dengan kaum Salib musuh Islam. Pengembalian kekuasaan kepada golongan Sunni itu telah disambut meriah di seluruh wilayah-wilayah Islam, lebih-lebih di Baghdad dan Syiria atas restu Khalifah Al-Mustadhi dan Emir Nuruddin Zanki.

Mereka sangat berterima kasih kepada Panglima Shalahuddin Al-Ayyubi yang dengan kebijaksanaan dan kepintarannya telah menukar suasana itu secara aman dan damai. Serentak dengan itu pula, Wazir Besar Shalahuddin Al-Ayyubi telah merasmikan Universiti Al-Azhar yang selama ini dikenal sebagai pusat pengajian Syiah kepada pusat pengajian Ahlussunnah Wal Jamaah. Semoga Allah membalas jasa-jasa Shalahuddin.

Menyatupadukan Kuasa-Kuasa Islam

Walaupun sangat pintar dan bijak mengatur strategi dan berani di medan tempur, Shalahuddin berhati lembut, tidak mahu menipu atasan demi kekuasaan dunia. Beliau tetap setia pada atasannya, tidak mahu merampas kuasa untuk kepentingan peribadi. Kerana apa yang dikerjakannya selama ini hanyalah mencari peluang untuk menghalau tentera Salib dari bumi Jerussalem. Untuk tujuan ini, beliau berusaha menyatu padukan wilayah-wilyah Islam terlebih dahulu, kemudian menghapuskan para pengkhianat agama dan negara agar peristiwa Wazir Besar Shawar tidak berulang lagi.

Di Mesir, beliau telah berkuasa penuh, tapi masih tetap taat setia pada kepimpinan Nuruddin Zanki dan Khalifah di Baghdad. Tahun 1173 M, Emir Nuruddin Zanki wafat dan digantikan oleh puteranya Ismail yang ketika itu baru berusia 11 tahun dan bergelar Mulk al Shalih. Para ulama dan pembesar menginginkan agar Emir Salahudin mengambil alih kuasa kerana tidak suka kepada Mulk al-Shalih keran selalu cuai melaksanakan tanggungjawabnya dan suka bersenang-senang. Akan tetapi Shalahuddin tetap taat setia dan mendoakan Mulk al Saleh dalam setiap khutbah Jumaat, bahkan mengabadikannya pada mata wang syiling.

Apabila Damsyik terdedah pada serangan kaum Salib, barulah Shalahudin menggerakkan pasukannya ke Syiria untuk mempertahankan kota itu daripada jatuh. Tidak lama kemudian Ismail wafat, maka Shalahuddin menyatukan Syria dengan Mesir dan menubuhkan Emirat Al-Ayyubiyah dengan beliau sendiri sebagai Emirnya yang pertama. Tiada berapa lama kemudian, Sultan Shalahuddin dapat menggabungkan negeri-negeri An-Nubah, Sudan, Yaman dan Hijaz ke dalam kekuasaannya yang besar. Negara di Afrika yang telah diduduki oleh askar Salib dari Normandy, juga telah dapat direbutnya dalam masa yang singkat. Dengan ini kekuasaan Shalahuddin telah cukup besar dan kekuatan tenteranya cukup ramai untuk mengusir tentera kafir Kristian yang menduduki Baitul Maqdis selama berpuluh tahun.

Sifatnya yang lemah lembut, zuhud, wara’ dan sederhana membuat kaum Muslimin di bawah kekuasaannya sangat mencintainya. Demikian juga para ulama sentiasa mendoakannya agar cita-cita sucinya untuk merampas semula Tanah Suci berhasil dengan segera.

Perjuangan Merebut Baitul Maqdis

Setelah merasa kuat, Sultan Shalahuddin menumpukan perhatiannya untuk memusnahkan tentera Salib yang menduduki Baitul Maqdis dan merebut kota Suci itu semula. Banyak rintangan dan masalah yang dihadapi oleh Sultan sebelum maksudnya tercapai. Siasah yang mula-mula dijalankannya adalah mengajak tentera Salib untuk berdamai. Pada lahirnya, kaum Salib memandang bahawa Shalahuddin telah menyerah kalah, lalu mereka menerima perdamaian ini dengan sombong. Sultan sudah menjangka bahawa orang-orang kafir Kristian itu akan mengkhianati perjanjian, maka ini akan menjadi alasan bagi beliau untuk melancarkan serangan. Untuk ini, beliau telah membuat persiapan secukupnya.

Ternyata memang betul, baru sebentar perjanjian ditandatangani, kaum Salib telah mengadakan pelanggaran. Maka Sultan Shalahuddin, segera bergerak melancarkan serangan, tapi kali ini masih gagal dan beliau sendiri hampir kena tawan. Beliau kembali ke markasnya dan menyusun kekuatan yang lebih besar.

Suatu kejadian yang mengejutkan Sultan dalam suasana perdamaian adalah tindakan seorang panglima Salib Count Rainald ada Chatillon yang bergerak dengan pasukannya untuk menyerang kota Suci Makkah dan Madinah. Akan tetapi pasukan ini hancur binasa digempur mujahid Islam di laut Merah dan Count Rainald dan sisa pasukannya balik ke Jerussalem. Dalam perjalanan, mereka telah berjumpa dengan satu iring-iringan kafilah kaum Muslimin yang di dalamnya terdapat seorang saudara perempuan Sultan Shalahuddin. Tanpa berfikir panjang, Count dan kuncu-kuncunya menyerang kafilah tersebut dan menawan mereka termasuk saudara perempuan kepada Shalahuddin.

Dengan angkuh Count berkata: “Apakah Muhammad, Nabi mereka itu mampu datang untuk menyelamatkan mereka?”

Seorang anggota kafilah yang dapat meloloskan diri terus lari dan melapor kepada Sultan apa yang telah terjadi. Sultan sangat marah terhadap pencabulan gencatan senjata itu dan mengirim perutusan ke Jerussalem agar semua tawanan dibebaskan. Tapi mereka tidak memberikan jawapan. Ekoran kejadian ini, Sultan keluar membawa pasukannya untuk menghukum kaum Salib yang sering mengkhianati janji itu. Terjadilah pertempuran yang sangat besar di gunung Hittin sehingga dikenal dengan Perang Hittin.

Dalam pertempuran ini, Shalahuddin menang besar. Pasukan musuh yang berjumlah 45,000 orang hancur binasa dan hanya tinggal beberapa ribu saja yang sebagian besarnya menjadi tawanan termasuk Count Rainald ada Chatillon sendiri. Semuanya diangkut ke Damaskus. Count Rainald yang telah menawan saudara perempuan Sultan dan mempersendakan Nabi Muhammad itu digiring ke hadapan beliau.

“Nah, bagaimana jadinya yang telah nampak oleh engkau sekarang? Apakah saya tidak cukup menjadi pengganti Nabi Besar Muhammad untuk melakukan pembalasan terhadap berbagai penghinaan engkau itu?” tanya Sultan Shalahuddin.

Shalahuddin mengajak Count agar masuk Islam, tapi dia tidak mahu. Maka dia pun dihukum bunuh kerana telah menghina Nabi Muhammad. Kembali Ke Pangkuan Kaum Muslimin

Setelah melalui berbagai peperangan dan menaklukkan berbagai benteng dan kota, sampailah Sultan Shalahuddin pada matlamat utamanya iaitu merebut Baitul Maqdis. Kini beliau mengepung Jerussalem selama empat puluh hari membuat penduduk di dalam kota itu tidak dapat berbuat apa-apa dan kekurangan keperluan asas. Waktu itu Jerussalem dipenuhi dengan kaum pelarian dan orang-orang yang selamat dalam perang Hittin. Tentera pertahanannya sendiri tidak kurang dari 60,000 orang.

Pada mulanya Sultan menyerukan seruan agar kota Suci itu diserahkan secara damai. Beliau tidak ingin bertindak seperti yang dilakukan oleh Godfrey dan orang-orangnya pada tahun 1099 untuk membalas dendam. Akan tetapi pihak Kristian telah menolak tawaran baik dari Sultan, bahkan mereka mengangkat Komandan Perang untuk mempertahankan kota itu. Kerana mereka menolak seruan, Sultan Shalahuddin pun bersumpah akan membunuh semua orang Kristian di dalam kota itu sebagai membalas dendam ke atas peristiwa 90 tahun yang lalu. Mulailah pasukan kaum Muslimin melancarkan serangan ke atas kota itu dengan anak panah dan manjanik.

Kaum Salib membalas serangan itu dari dalam benteng. Setelah berlangsung serangan selama empat belas hari, kaum Salib melihat bahawa pintu benteng hampir musnah oleh serangan kaum Muslimin. Para pemimpin kaum Salib mulai merasa takut melihat kegigihan dan kekuatan pasukan Muslim yang hanya tinggal menunggu masa untuk melanggar masuk. Beberapa pemimpin Kristian telah keluar menemui Sultan Shalahuddin menyatakan hasratnya untuk menyerahkan kota Suci secara aman dan minta agar nyawa mereka diselamatkan.

Akan tetapi Sultan menolak sambil berkata: “saya tidak akan menaklukkan kota ini kecuali dengan kekerasan sebagaimana kamu dahulu menaklukinya dengan kekerasan. saya tidak akan membiarkan seorang Kristian pun melainkan akan kubunuh sebagaimana engkau membunuh semua kaum Muslimin di dalam kota ini dahulu.” Setelah usaha diplomatik mereka tidak berhasil, Datuk Bandar Jerussalem sendiri datang menghadap Sultan dengan merendah diri dan minta dikasihani, memujuk dan merayu dengan segala cara. Sultan Shalahuddin tidak menjawabnya.

Akhirnya ketua Kristian itu berkata: “Jika tuan tidak mahu berdamai dengan kami, kami akan balik dan membunuh semua tahanan (terdiri dari kaum Muslimin seramai 4000 orang) yang ada pada kami. Kami juga akan membunuh anak cucu kami dan perempuan-perempuan kami. Setelah itu kami akan binasakan rumah-rumah dan bangunan-bangunan yang indah-indah, semua harta dan perhiasan yang ada pada kami akan dibakar. Kami juga akan memusnahkan Kubah Shahra’, kami akan hancurkan semua yang ada sehingga tidak ada apa-apa yang boleh dimanfaatkan lagi. Selepas itu, kami akan keluar untuk berperang mati-matian, kerana sudah tidak ada apa-apa lagi yang kami harapkan selepas ini. Tidak seorang pun boleh membunuh kami sehingga sebilangan orang-orang tuan terbunuh terlebih dahulu. Nah, jika demikian keadaannya, kebaikan apalagi yang tuan boleh harapkan?”

Setelah mendengar kata-kata nekat dan ugutan itu, Sultan Shalahuddin menjadi lembut dan kasihan dan bersedia untuk memberikan keamanan. Beliau meminta nasihat para ulama yang mendampinginya mengenai sumpah berat yang telah diucapkannya. Para ulama mengatakan bahawa beliau mesti menebus sumpahnya dengan membayar Kifarat sebagaimana yang telah disyariatkan.

Maka berlangsunglah penyerahan kota secara aman dengan syarat setiap penduduk mesti membayar wang tebusan. Bagi lelaki wajib membayar sepuluh dinar, perempuan lima dinar dan kanak-kanak dua dinar sahaja. Barangsiapa yang tidak mampu membayar tebusan, akan menjadi tawanan kaum Muslimin dan berkedudukan sebagai hamba. Semua rumah, senjata dan alat-alat peperangan lainnya mesti ditinggalkan untuk kaum Muslimin. Mereka boleh pergi ke mana-mana tempat yang aman untuk mereka. Mereka diberi tempo selama empat puluh hari untuk memenuhi syarat-syaratnya, dan barangsiapa yang tidak sanggup menunaikannya sehinnga lewat dari waktu itu, ia akan menjadi tawanan. Ternyata ada 16,000 orang Kristian yang tidak sanggup membayar wang tebusan. Semua mereka ditahan sebagai hamba.

Maka pada hari Jumaat 27 Rajab 583 Hijrah, Sultan Shalahuddin bersama kaum Muslimin memasuki Baitul Maqdis. Mereka melaungkan “Allahu Akbar” dan bersyukur ke hadirat Allah s.w.t. Air mata kegembiraan menitis di setiap pipi kaum Muslimin sebaik saja memasuki kota itu. Para ulama dan solehin datang mengucapkan tahniah kepada Sultan Shalahuddin di atas perjuangannya yang telah berhasil. Apalagi tarikh tersebut bersamaan dengan tarikh Isra’ Nabi S.A.W dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Pada hari Jumaat tersebut, kaum Muslimin tidak sempat melaksankan solat Jumaat di Masjidil Aqsa kerana sempitnya waktu. Mereka terpaksa membersihkan Masjid Suci itu dari bab*, kayu-kayu salib, gambar-gambar rahib dan patung-patung yang dipertuhan oleh kaum Kristian. Barulah pada Jumaat berikutnya mereka melaksanakan solat Jumaat di Masjidil Aqsa buat pertama kalinya dalam masa 92 tahun. Kadi Muhyiddin bin Muhammad bin Ali bin Zaki telah bertindak selaku khatib atas izin Sultan Shalahuddin.

Kejatuhan Jerussalem ke tangan kaum Muslimin telah membuat Eropah marah. Mereka melancarkan kutipan yang disebut “Saladin tithe”, yakni derma wajib untuk melawan Shalahuddin yang hasilnya digunakan untuk membiayai perang Salib. Dengan angkatan perang yang besar, beberapa orang raja Eropah berangkat untuk merebut kota Suci itu semula. Maka terjadilah perang Salib ketiga yang sangat sengit. Namun demikian, Shalahuddin masih dapat mempertahankan Jerussalem sehingga perang tamat. Setahun selepas perang Salib ke tiga itu, Sultan Shalahuddin pulang ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya, amin.

Peribadi Seorang Panglima

Sultan Shalahuddin Al-Ayyubi terbilang sebagai pahlawan dan Panglima Islam yang besar. Pada beliau terkumpul sifat-sifat berani, wara’, zuhud, khusyu’, pemurah, pemaaf, tegas dan lain-lain sifat terpuji. Para ulama dan penulis sejarah telah memberikan kepujian yang melangit. Sifat pemurah dan pemaafnya diakui oleh lawan mahupun kawan.

Seorang penulis sejarah mengatakan: “Hari kematiannya merupakan kehilangan besar bagi agama Islam dan kaum Muslimin, kerana mereka tidak pernah menderita semenjak kehilangan keempat-empat Khalifah yang pertama (Khulafaurrasyidin). Istana, kerajaan dan dunia diliputi oleh wajah-wajah yang tertunduk, seluruh kota terbenam dalam dukacita, dan rakyat mengikuti keranda jenazahnya dengan tangisan dan ratapan.”

Sultan Shalahuddin adalah seorang pahlawan yang menghabiskan waktunya dengan bekerja keras siang dan malam untuk Islam. Hidupnya sangat sederhana. Minumnya hanya air kosong, makanannya sederhana, pakaiannya dari jenis yang kasar. Beliau sentiasa menjaga waktu-waktu solat dan mengerjakannya secara berjamaah. Dikatakan bahawa beliau sepanjang hayatnya tidak pernah terlepas dari mengerjakan solat jamaah, bahkan ketika sakit yang membawa pada ajalnya, beliau masih tetap mengerjakan solat berjamaah. Sebaik saja imam masuk berdiri di tempatnya, beliau sudah siap di dalam saf. Beliau suka mendengarkan bacaan Al-Quran, Hadis dan ilmu pengetahuan. Dalam bidang Hadis, beliau memang mendengarkannya secara teratur, sehingga beliau boleh mengenal jenis-jenis hadis. Hatinya sangat lembut dan pemurah, sering menangis apabila mendengarkan hadis.

Di dalam buku The Historians’ History of the World disebutkan sifat-sifat Shalahuddin sebagai berikut: “Keberanian dan keberhasilan Sultan Shalahuddin itu terjelma seluruhnya pada perkembangan keperibadian yang luar biasa. Sama seperti halnya dengan Emir Imamuddin Zanki dan Emir Nuruddin Zanki, beliau juga merupakan seorang Muslim yang taat. Sudah menjadi kebiasaan bagi Sultan Shalahuddin membacakan Kitab Suci Al-Quran kepada pasukannya menjelang pertempuran berlangsung. Beliau juga sangat disiplin mengqada setiap puasanya yang tertinggal dan tidak pernah lalai mengerjakan solat lima waktu sampai pada akhir hayatnya. Minumannya tidak lain dari air kosong saja, memakai pakaian yang terbuat dari bulu yang kasar, dan mengizinkan dirinya untuk dipanggil ke depan pengadilan. Beliau mengajar sendiri anak-anaknya mengenai agama Islam.......” Seluruh kaum Muslimin yang menyaksikan kewafatannya menitiskan air mata apabila Sultan yang mengepalai negara yang terbentang luas dari Asia hingga ke Afrika itu hanya meninggalkan warisan 1 dinar dan 36 dirham. Tidak meninggalkan emas, tidak punya tanah atau kebun. Padahal berkhidmat pada kerajaan berpuluh tahun dan memegang jawatan sebagai panglima perang dan Menteri Besar sebelum menubuhkan Emirat Ayyubiyah.

Kain yang dibuat kafannya adalah betul-betul dari warisan beliau yang jelas-jelas halal dan sangat sederhana. Anak beliau yang bernama Fadhal telah masuk ke liang lahad meletakkan jenazah ayahnya. Dikatakan bahawa beliau dikebumikan bersama-sama pedangnya yang dipergunakan dalam setiap peperangan agar dapat menjadi saksi dan dijadikannya tongkat kelak pada hari kiamat. Rahimahullahu anh.

Ketika buku ini ditulis, Baitul Maqdis sedang berada di dalam kekuasaan Zionis Yahudi dengan negaranya Israel yang dipaksakan. Apakah tindakan kita sepatutnya? Ikut tindakan panglima Salahuddin Al-Ayubi atau buat tak tahu? Atau mungkin ada cara lain? Choices are yours...



Cantik Seorang Wanita...

Cantik Seorang Wanita...


cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis
bkn kerana merah kilau lipstiks
pada wajah memekar senyum kosmetik
cantiknya seorang wanita itu sebagai remaja
x pada kulitnya mulus menggebu terdedah
cantik seorang wanita itu sebagai kaum hawa xkerana bijak meruntuh
iman kaum adam
cantik seorang wanita itu sbg anak solehah
x menjerat diri pad akedurhakaan dan kemurkaan ilahi
cantik seorang wanita itu sebagai intelektualis
menyala obor mewangi setanggi profesionalis
cantik seorang wanita itu sebagai isteri
merempuh badai disisi suami
cantik seorang wanita itu sebagai menantu
menjauhi persekonkolan ipar lamai
cantik seorang wanita itu sebagai ibu
mencurahkan sepenuh kasih sayang dengan adil
cantik seorang wanita itu sebagai mentua
telus hati mengagih kasih pada semua
cantik seorang wanita itu sebagai nenek
menyaring teladan para anbia buat cucu cicit
cantik seorang wanita itu sebagai warganegara
peka membela nasib maruah negara
cantik seorang wanita itu sebagai akidah solehah
mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
cantik seorang wanita itu sebagai muslimat
tunjang agama pewaris nadi islam
menyumbang jasa dan bakti
memartabatkan islam dipersada dunia insyaallah


http://drkadir.blogdrive.com/archive/cm-3_cy-2008_m-3_d-15_y-2008_o-80.


html

Kasih sayang Allah

Kasih sayang Allah


Aku hidup dengan kasih sayang Allah. Aku bangkit dengan kasih sayang Allah. Aku belajar dengan kasih sayang Allah. Aku pernah jatuh, dan Allah memberikan aku kasih sayangNya, dan memberikan aku perasaan kasih sayangNya untuk diberikan kepada kawan-kawan aku, selagi mana aku mampu untuk memeluk mereka.Aku sayangkan kawan-kawan aku. Aku mahu mereka sama-sama duduk dibawah naungan Allah. Sama-sama mengakui keTuhanan Allah, sama-sama mengakui kehambaan manusia kepadaNya. Aku inginkan mereka sama-sama mengaku kalah dengan kuasa Allah, dan tunduk dengan semua kehendakNya.Allah tak pernah zalim, Allah yang paling best. Allah yang paling comel. Aku suka Allah. Dan semua makhlukNya suka padaNya. Time tengah susah, Dia gak yang datang. Dari Dia juga kita dapat kekuatan untuk teruskan kehidupan. Jangan takut pada Allah, sebab Dia maha baik. Maha memahami. Faham setiap masalah makhlukNya. Sebagai balasan, Dia hanya mintak kita bersetuju untuk menjadi hambaNya.


Aku tahu aku bukan perfect. Aku tak dapat nak hafal banyak-banyak surah ke, ape ke. Tapi perfect atau tidak, buruk atau tidak perangai aku, kenyataannya, kita tetap hambaNya. Perfect atau tidak, kita kena jadi hambaNya, bekerja untukNya.Aku redha Allah sebagai Tuhan aku, sebab Dialah yang paling Agung dan Hebat. Seronok dapat jadi hamba pada Tuhan yang teramatlah Hebat, Penyayang dan Pemurah. So, sapa di antara manusia ni, tak terasa suka jadi hamba Allah?


http://nazrulamir.farlyk.com/2005/06/kasih-sayang-allah/#more-6

Ketagih masa bersama Allah.

Ketagih masa bersama Allah.


Kedudukan Allah bukan hanya sebagai simbol ketuhanan semata-mata. Tapi lebih dari itu. Allah bukan untuk ditakuti semata-mata. Malah lebih dari itu. Allah-lah tempat untuk aku sayangi, untuk aku dekati, untuk aku bermanja, untuk aku luahkan. Allah juga adalah sahabat, kawan baik dan Tuhan yang memiliki aku. Allah adalah sebahagian dari hidup aku. Allah penting untuk aku. Aku pernah kehilangan-Nya, dan tak best langsung rasa kehilangan itu. Dan selagi kekuatan ada, aku taknak hilang Allah lagi. Taknak lari dari Allah lagi, taknak melawan Allah lagik.. Walaupun ada sket-sket lagik. .


Bila aku merasai kehilangan-Nya, rasa macam kosong hidup aku. Rasa macam tak berguna sangat. Rasa macam tah hapa-hapa hidup aku. Takde apa nak capai. Takde pape nak buat. Rasa macam takak hidup dah. Rasa tak selamat. Rasa takut dengan sekiling. Rasa takut kehilangan. Rasa rendah sangat. Macam-macam rasa yang negatif.


Tapi, bila Allah aku letakkan di dalam hati, dan selagi Allah bagi aku kekuatan untuk sentiasa bersama-Nya.. rasa selamat. Kerisauan hilang. Semua masalah selesai. Yang simpul-simpul tuh.. yg aku dok pening fikir cemane nak selesaikan tuh, semuanya terungkai. Nampak cantik jalan hidup. Rasa sentiasa berteman. Sentiasa ada rakan untuk berbual. Tak kira bila-bila masa dan dimana saja. Tak perlu call. Tak payah bayar bil tepon. Tak payah susah-susah lepak kedai makan lepak. Cuma, panggil nama-Nya dan berbual dengan-Nya. Mudah sangat.


Bila bangun solat malam. Bila mengaji al-Quran, rasa ada kekuatan dalam diri. Kekuatan untuk hadapi hidup yang diluar kawalan. Orang cakap, aku kena pandai kawal keadaan. Kena kontrol situasi. Tapi sebenarnya, tiada satu pun dalam dunia ni kita boleh kontrol. Adakah aku boleh kontrol aku bernafas. Adakah aku boleh kontrol bila aku sakit. Adakah aku boleh kontrol hat-hati manusia? Takleh langsung. Nak kontrol sume tuh, adalah dengan kontrol diri untuk tunduk pada kemahuan Allah. Segala apa yang Allah nak. Tak dapat banyak, sikit pun jadi. Barulah, aku dalam berinteraksi dengan alam, dengan keadaan, dengan situasi. Dan pada pandangan mata kasar orang, aku seolah-olah dapat mengawal situasi.Bila sampai satu tahap, rasa ketagih untuk bermanja dengan Allah, rasa ketagih untuk ceritakan semua benda pada Allah. Nikmat tuh, hampir aku rasai. Tapi siapa tahu, esok lusa Allah nak tarik.. aku takleh nak buat apa. Allah pemilik hidup aku.. Berusahalah sedaya upaya, kalau Allah nak aku jadi pengemis, melawan macam mana pun, aku tetap akan berlakon ikut skrip yang Allah dah tulis tanpa aku sedari.


Orang kata, aku kena takut pada Allah, tapi aku tak setuju. Bukan takut namanya. Tapi sayang pada Allah. Aku kena takut untuk buat Allah kecewa dengan aku, bukan takut dengan-Nya. Allah baik. Allah yang paling baik.


Kalau aku sayang seseorang, aku suka seseorang, aku akan sentiasa mahu bersamanya, aku akan sentiasa mahu berbicara dengannya, walaupun itu akan membebankan aku dengan bil tepon, nak jumpa kuar dating, duit lagik. Patutnya, macam tu jugak dengan Allah. Kos, hmm.. free. Semua Allah tanggung. Tak payah keluar duit sesen pon. Sambil baring boleh bercerita dengan Allah. Sambil peluk bantal boleh mengadu kat Allah. Bukan kena doa lepas solat jer. Bila-bila masa boeh dating dengan Allah. Tapi still, ada batasan antara hamba dan Tuhannya. Respect kene ada.


Aku menulis ni, untuk beri peringatan pada diri aku. Kerana itu aku menggunakan perkataan ‘aku’. Khas utk aku. Kerana dorongan manusia kurang. Jadi aku sebagai manusia memberi dorongan pada aku untuk terus menjadi manusia yang sememangnya hamba. Peh! Hamba rupanya aku nih. Ingatkan ketua darjah yang disegani.


http://nazrulamir.farlyk.com/2005/07/ketagih-masa-bersama-allah/#more-1


4

Ampunkan aku, Allah.

Ampunkan aku, Allah.


Dua tiga minggu ni berat rasanya ujian yg menimpa. Aku rasa, aku dah buat Allah marah kat aku bila aku menolak tuah yg datang. Taktau nak cakap kat siapa. Takut org lain salah faham. Cuma utk menerima, rasanya seperti terpaksa.Nak mulakan hidup baru. Tapi tak tahu. Walaupun aku telah berganjak dari alam yg gelap sebelum ini, tapi kesannya masih lagi menghantuiku. Utk beberapa minggu ni, aku kembali geram dan marah terhadap apa yg datang dalam hidupku. Semuanya seolah-olah memaksa aku menerima apa yg aku tak suka. Aku minta ampun ya Allah. Aku telah berjanji sebelum ni, aku tidak mahu lagi mengecewakan Kau ya Allah.


Jenuh aku mencari jawapan. Apa erti sebenarnya kehidupan. Melihat cemburu terhadap mereka yg berjaya. Mempunyai kerjaya, mempunyai keluarga. Tetapi, siang malam, sehari-harian mengulangi perkara yg sama, perkara yg tidak dapat membawanya ke syurga. Siang kerja, malam kerja. Kaya raya. Tapi lupa tugasan utama kit akat dunia, iaitu membawa semua manusia selagi mampu kepada Allah.Aku tak mahu hidupku sia-sia sebegitu. Aku dah jumpa sebenarnya matlamat hidup aku. Matlamat yg tidak sia-sia. Aku dah apply dah keje tuh. Dah dapat dah. Tapi aku tolak. Aku apply jadi tentera Allah. Mintak duduk kat saf depan. Allah dah bagi aku peluang. Tapi aku tolak.Aku tak mampu nak terima. Aku dah cuba terima. Tapi aku tak mampu.


Mintak ampun ya Allah. Tuhan yg amat aku kasihi. Akibat aku rasa terpaksa, aku lalai. Aku terlupa akan Mu sementara. Dunia takde jawapan yg aku carik.Aku mintak ampun kepada semua orang kalau ada sesiapa yg aku pernah melukakan hati mereka. Aku mintak maaf. Memang aku tak nak lukakan/susahkan sesiapa dah. Tapi, itulah yg aku buat dalam keadaan aku tidak sedar.


Buat beberapa minggu ni, semua perkara silam terbayang-bayang kembali. Aku dah byk membazir masa. Aku dah banyak menyusahkan orang. Malah dalam beberapa minggu terdekat yg lalu, aku dah melukakan org.Aku harap Allah tak marah kat aku. Aku dah cuba nak buat apa yg Allah nak. Aku dah cuba sedaya upaya. Aku cuba telan walaupun pahit. Aku nak jumpa Allah, tapi aku rasa aku dah buat perkara yg Allah tak suka. Aku mintak maaf, aku betul2 tak sanggup. Aku mintak maaf. Aku mintak ampun.


Ya Allah…. Tuhanku….. Yg memiliki jiwaku...


http://nazrulamir.farlyk.com/2005/09/

Penyesalan.

Penyesalan.


Aku memulakan dengan kalimah “Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya tiada Tuhan yg layak disembah selain Allah. Maha Suci Allah, Tuhan yg Maha Esa.”


Demi Allah yang menguasai jiwaku, demi Allah yg menentukan hidup matiku, demi Allah yg mencintai setiap makhlukNya. Kembalilah kepadaNya dengan hati yg lapang dan akur dengan kekuasaanNya dan keagunganNya. Pulang kepada Allah demi janji-janjiNya yg indah dan benar.


Syurga itu untuk kesemua umat Muhammad kecuali bagi mereka yg tidak menginginkannya.


Demi dosa yg dilakukan, demi setiap titik noda yg dibuat, hanya keampunan Allah yg dapat meringankan beban, dan melapangkan dada. Kembalilah.


Demi Allah yg Maha Penyayang, terimalah kembali hamba-hambaMu yg telah tersesat jauh. Aduh, betapa ingkarnya aku.


http://nazrulamir.farlyk.com/2005/09/

Aku yang tertinggal.

Aku yang tertinggal.


Selama ini, aku adalah orang yang tertinggal. Tertinggal dalam segala-galanya. Dunia dan akhirat. Tapi, bila toleh balik, tak satu pun jalan itu aku yang pilih. Semua jalan itu, dilorongkan kepada aku. Aku seringkali memilih jalan lain, jalan yg dimana, kalau gagal pun aku berasa puas kerana jalan itu yg aku dah pilih.. tapi akhir sekali, mesti aku dilorongkan ke jalan yang aku tak pilih. Akibatnya, akulah orang yang tertinggal.


Saat semua orang telah selesai segalanya, aku masih lagi terkapai-kapai. Saat semua orang telah pergi ke tingkat seterusnya, aku masih lagi ditakuk lama. Saat semua orang telah mula memiliki sesuatu, aku masih lagi mencari-cari. Natijahnya, aku kini berada di suatu tempat yang aku sendiri tak tau nak define aku kat mana.Aku punya cita-cita. Aku punya angan-angan. Tapi setelah sekian lama, cita-cita itu aku rasakan sekadar mimpi yang bila bangkitnya aku dari tidur, pasti akan hilang. Lalu aku mengalah utk mengejar cita-cita.Aku punya matlamat, tapi sekian lama, matlamat itu hanya merosakkan diri aku perlahan-lahan.Aku di asuh, kalau aku baling batu ke pokok, maka pokok itu akan dibaling dgn batu. Apabila aku melanggar pokok dgn kereta, maka keretaku akan remuk. Aku diasuh dgn percaya, segala yg terjadi itu adalah kerana aku telah melakukan. Maksudnya kehendak/iradat Allah ditolak ketepi.


Kalau aku belajar bersungguh-sungguh, pasti aku akan berjaya. Konfirm, 100%. Takde sape boleh halang. Macam seluruh dunia ni, beredar mengikut kehendak aku. Bukan kehendak Allah.
Tapi sebenarnya aku salah. Betapa byk kali aku cuba berbuat sesuatu, tetapi sesuatu yang lain terjadi. Semuanya takkan terjaadi tanpa kehendak dan ehsan dari Allah. Betul, tak tipu. Kita ni tak terdaya langsung. Kita boleh berusaha je. Lepas tu berdoa agar Allah kurniakan hasil terhadap usaha kita.


Termasuk jugak sekarang, aku dibelenggu dengan belenggu yang tidak dapat aku melepaskan diri. Aku terikat di dalamnya. Dan diheret ke lubang yang amat dalam. Membuatkan aku jauh mundur ke belakang. Telah berbagai cara aku cuba. Sekarang hanya berharap, agar Allah kurniakan Kasih SayangNya dan RahmatNya untuk memberikan aku kemudahan agar dapat aku memulakan hidup baru dan terus berlari mengejar Allah.


Sesungguuhnya aku tidak mampu menaqdirkan apa-apa di dalam hidupku hanya dengan usaha. Semuanya bergantung kepada kehendak Allah yang Maha Menguasai alam semesta ini. Sekian.


Ya Allah, permudahkanlah.


http://nazrulamir.farlyk.com/2005/10/

Alam dijadikan untuk manusia.

Alam dijadikan untuk manusia.


Kalau dilihat sekeliling, alam semesta, semuanya diciptakan untuk menyokong kehidupan manusia. Matahari dicipta dan bumi berputar pada paksinya untuk dijadikan siang dan malam untuk manusia mengatur kehidupannya. Laut dicipta untuk disejatkan lalu menjadi awan dan lalu menjadi hujan untuk membasahi bumi agar tumbuhan-tumbuhan dapat membesar. Tumbuhan pula dicipta sebagai bahan makanan untuk manusia. Begitu juga dengan haiwan-haiwan. Darat dicipta untuk dijadikan kawasan penempatan bagi manusia. Laut pula untuk dijadikan salah satu sumber rezeki dan makanan manusia. Udara dicipta untuk menyejukkan manusia. Bulan dicipta untuk menerangi malam manusia. Akal dicipta untuk membantu manusia mencipta teknologi-teknologi untuk menggunakan segala apa yang diciptakan sebagai sesuatu yang bermanfaat bagi manusia.


Semuanya diciptakan untuk manusia. Manusia ini terlalu istimewa untuk disia-siakan hidup mereka. Manusia ini terlalu istimewa untuk hanyut dengan ciptaan-ciptaan ini. Mengapa semua ini untuk manusia? Mengapa manusia istimewa? Mengapa Tuhan menjadikan semuanya untuk membantu kehidupan manusia? Ini semua kerana manusia ada satu tanggungjawab yang berat dan besar yang perlu dilaksanakan di atas muka bumi ini. Itulah kalimah Allah.Hakikat kejadian manusia hanya untuk memastikan seluruh penghuni bumi memuja Tuhan yang sebenar. Untuk memastikan seluruh penghuni bumi hidup dengan aturan-aturan yang telah ditetapkan oleh Pencipta dengan membesarkannya setiap masa, memuja setiap saat, menyembahnya setiap waktu.


Pencipta telah memberikan manusia segalanya sebagai sokongan untuk menegakkan kalimah-Nya dimuka bumi ini. Untuk membaja bumi ini dengan benih-benih keimanan kepada-Nya agar menjadi manfaat pula kepada makhluk-makhluk yang lain. Setiap ciptaan Pencipta adalah bersaudara. Malaikat sentiasa sujud kepada-Nya. Tumbuhan-tumbuhan pula sentiasa berzikir kepada-Nya. Haiwan-haiwan menjadi tauladan kepada manusia secara fitrahnya dan syaitan pula menjadi sempadan untuk manusia agar jangan menderhaka kepada Pencipta.


Tapi mengapakah manusia-manusia ini masih tidak sedar. Mengapakah hati-hati ini masih keras dari tunduk kepada-Nya. Tidak cukupkah dengan segala rahmat yang Pencipta berikan kepada mereka. Marilah kita pulang ke satu-satunya jalan yang benar. Iaitu meletakkan segala-galanya selepas Allah dan Rasul-Nya. Masih belum terlambat andai nyawa kita belum diambil hari ini.


http://nazrulamir.farlyk.com/2005/12/

Allah Sentiasa Menerima Doa

Allah Sentiasa Menerima Doa


Insan hendaklah bersangka baik dengan Allah. Meyakini bahawa Allah senantiasa melimpah ruahkan rahmatNya. Mendampingkan diri kepada Allah menerusi jendela perbuatan dan amalan yang diredhai. Apabila Allah redha kepadanya, maka dia akan merasakan betapa Allah itu hampir dan tidak jauh darinya.


Sebenarnya, insan itulah yang selalu menjauhkan dari Allah. Apabila dia ditimpa cubaan dia bertanya di mana Allah?!!. Sikap dan akhlak insan terhadap Allah selalu menyebabkan insan hilang pedoman, merasa diri dipencilkan dan tiada tempat yang ingin mendengar rintihannya. Sedangkan tempat untuk mengadu dan merintih senantiasa terbuka di sisi Allah.


Kadang-kala seseorang insan rela ke sana-sini memohon bantuan bagi sesuatu pekerjaan dan urusannya dari makhluk sehingga terlupa untuk memohon bantuan dan bertawakkal kepada Allah. Bersusah payah insan berjumpa orang lain demi mengadu rasa hati dan derita sehingga dia lupa untuk mengadu kepada Allah yang senantiasa mendengar rintihan hamba dengan penuh rahmat.Ini semua kerana insan merasakan Allah itu jauh darinya dan dia lupakan firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdo`a kepadaKu apabila dia berdo`a. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk.


Ya! Allah itu hampir dan amat sudi untuk segala do`a yang diangkat kepadaNya. Justeru itu sangat menghairankan bila adanya insan yang meninggalkan do`a kepada Allah yang hampir kepadaNya lalu mendapatkan makhluk-makhluk yang tidak terdaya untuk mengadu segala rasa hati dan dukacita. Padahal kita tahu bahawa sikap makhluk apabila terlalu banyak diminta maka bertambah rasa bosannya sedangkan Allah pula lagi banyak kita mengadu dan meminta bertambah pula kasih dan sayangNya.Allah tidak jauh daripada setiap hamba. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah.Sesiapa yang hatinya bersih akan menangislah dia apabila membaca ayat di atas. Betapa Allah dengan penuh kasih sayang meminta kepada RasulNya agar memberitahu bahawa Dia sangat hampir kapada mereka serta mendengar do`a dan rintihan mereka.


Kita diajar di dalam Islam agar senantiasa bergantung kepada Allah nescaya kita dapati Allah senantiasa bersama kita. Sabda Nabi s.a.w kepada Ibnu `Abbas ketika itu dia masih kecil:
Maksudnya:
Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah (jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintahNya) nescaya engkau dapati Dia berada dihadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah.
(Riwayat al-Tirmizi hadith ke-2516, katanya hadith ini hasan sahih)


Apabila seseorang menjaga agamanya, memelihara tanggungjawabnya sebagaimana dititah perintahkan Allah kepadanya, maka dia akan merasa betapa Allah bersama dengannya semua urusannya.Firman Allah dalam Surah al-Ghafir ayat 60 yang bermaksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdo`alah kepadaKu nescaya Aku menjawab untuk kamu”Mungkin akan ada yang bertanya: “Allah telah memberitahu bahawa Dia pasti menerima do`a sesiapa yang berdo`a kepadaNya namun mengapa masih ada insan yang berdo`a tetapi kesan do`anya tidak dapat dilihat secara zahir?”. Untuk itu, maka para `ulama telah menjawab persoalan ini, antaranya, apa yang dijelaskan oleh al-Imam al-Qurtubi dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran bahawa perkataan ajib dan astajib (aku memperkenankan do`a) bukanlah bererti semestinya setiap do`a itu ditunaikan secara mutlak atau terperinci seperti yang dipohon.. Bahkan do`a seseorang mungkin dimakbulkan melalui salah satu dari tiga cara seperti yang disebutkan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadith Abi Sa`id al-Khudri di bawah:
Maksudnya:“Tidak ada seorang muslim pun yang berdo`a dengan sesuatu do`a yang tidak ada di dalamnya dosa atau memutuskan kekeluargaan, melainkan Allah akan beri salah satu dari 3 perkara; sama ada disegerakan untuknya (dimakbulkan di dunia), ataupun disimpan untuknya pada hari akhirat (diberi balasan baik pada akhirat), ataupun diselamat dia dari keburukan yang seumpamanya.”
Kata al-Imam al-Syaukani dalam Tuhfah az-Zakirin : Hadith ini riwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya’la, kata al-Munziri: Sanadnya sahih (m.s. 65, cetakan. Lubnan)


Menerusi hadith di atas, baginda Nabi s.a.w. telah menerangkan kepada kita bahawa setiap do`a yang tidak mempunyai sebab-sebab ditolak akan pasti diterima oleh Allah menerusi tiga keadaan berikut;


Pertama: Dimakbulkan segara di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap yang berdo`a. Ramai di kalangan insan yang memperolehi kurniaan. Hasil kesungguhan mereka berdo`a, Allah makbulkan buat mereka. Kadang-kala dengan begitu pantas. Kadang-kalanya dilewat disebabkan hikmah yang Allah Maha Mengetahui. Tiada yang mustahil untuk Allah menerima do`a seseorang sekali dianggap mustahil oleh manusia. Lihatlah seorang wanita dari Aljeria yang mengidap penyakit barah yang segala doktor yang dia pergi mendapatkan rawatan mereka berputus asa. Akhirnya dengan aduan dan rintihan yang sungguh-sungguh kepada Allah, dia sembuh tanpa sebarang kesan barah yang mengkagumkan seleuruh pakar perubatan negaranya. Kata wanita itu: â€Å“Saya telah mengadu kepada Dia yang tiada tempat pergi dan lari dariNya, itulah Allah!!!. Demikian kiranya do`a dimakbulkan.


Kedua: Tidak dilihat kemaqbulannya di dunia tetapi disimpan untuk balasan kebaikan yang besar di akhirat di atas hikmah yang hanya dihendaki oleh Allah. Kalau ini berlaku hendaklah kita fahami bahawa ianya adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk kita. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara. Allah tidak memaqbulkan sesuatu do`a secara mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam,baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang kita pohon. Akal kita kadang-kala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu. Umpamanya, seseorang yang memohon kepada Allah agar diberikan kemewahan yang melimpah, namun Allah tidak menunaikan hajatnya itu, lantas dia merasa diri tidak bernasib baik. Padahal Allah tidak menunaikan hajatnya itu kerana kasih-sayang Allah kepadanya. Allah mengetahui orang ini sekiranya dia berada dalam kemewahan, dia akan lupa kepada Allah maka rugilah kehidupan akhiratnya nanti. Allah ingin menyelamatkannya lalu ditangguh do`a tersebut untuk hari akhirat. Ini adalah contoh ringkas bagi memudahkan kefahaman pembaca. Oleh itu kepadaNya kita berserah. Bahkan apabila kita berada di alam akhirat nanti, kita akan berasa betapa beruntungnya segala do`a yang tidak dimaqbulkan itu ditangguh untuk diberi ganjaran besar ketika kita dihisab di Mahsyar kelak lalu segala do`a tersebut menjadi penyelamat kita dari keperitan neraka atau pengangkat darjat keistimewaan kita di syurga. Di sana nanti satu persatu do`a yang ditangguh itu ditunaikan dengan cara lebih baik dari yang dijangka oleh seseorang hamba.


Ketiga: Do`a diganti dengan keselamatan diri dari keburukan yang akan mengenainya. Hasilnya, betapa banyak keburukan yang insan terselamat darinya tidak dengan kehebatan atau kebijaksanaannya tetapi rahmat Allah yang barangkali datang hasil dari do`a-do`a kita yang berbagai kepada Allah.Di samping itu semua, wajar diingatkan, perbuatan berdo`a itu adalah suatu ibadah. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadah ketika dia berdo`a kepada tuhannya. Sama ada sesuatu do`a dimakbul atau tidak, pahala pasti ada di sisi Allah S.W.T.


Sabda Nabi s.a.w.
Maksudnya: “Do`a itu adalah ibadah”
(Riwayat al-Tirmizi hadith ke-3372, Abu Daud hadith ke-1479, Ibnu Majah hadith ke-3828. Kata al-Tirmizi: “Hadith ini hasan sahih Kata al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani dalam Ahkam al-Janaiz: Hadith ini sanadnya sahih, seperti apa yang nyatakan oleh al-Hakim dan al-Zahabi.( m.s. 247. Ctk. Riyadh.)



Berdasarkan riwayat di atas kita dapat merasai betapa luasnya rahmat Allah. Bukan sahaja insan senantiasa dibuka peluang untuk meminta daripadaNya, bahkan setiap do`a yang dikemukakan dijadikan ibadat iaitu diberi balasan pahala di sisiNya. Demikian Allah Yang Maha Luas rahmatNya bertambah banyak pemohan kita kepadanya bertambah pula kasihNya kepada kita.


Sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
“Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah melebihi do`a”
(Riwayat al-Tirmizi hadith ke-3370, Ibnu Majah 3829. Kata al-Tirmizi hadith ini `hasan gharib)
Bahkan di sana terdapat dalil-dalil yang begitu banyak yang menggambarkan begitu besarnya kelebihan berdo`a. Ini kerana do`a adalah perlambangan tunduk serta rasa hina diri dan berhajatnya insan kepada pertolongan Allah yang Maha Berkuasa. Oleh itu berdo`alah kita kepadaNya dan jangan berputus asa dari rahmatnya.


http://nazrulamir.farlyk.com/2006/03/allah-terima-doa/#more-74


 

Hati manusia lain-lain...

Hati manusia lain-lain...


Setiap manusia adalah makhluk yang diciptakan. Sama seperti binatang, sama seperti tumbuhan, sama seperti alam semesta dan lain-lain ciptaanNya. Tetapi yang membuatkan manusia ini satu makhluk yang istimewa dan unik adalah hatinya. Kerana hatinya, manusia mampu membuat pilihan, satu keistimewaan yang tidak diberikan kepada makhluk lain.


Ada hati yang menghadapi dunia dengan kelembutan, dan ada yang menghadapi dengan hati yang keras. Ada yang perlu berkeras dengan hatinya untuk melakukan perubahan, dan ada juga yang perlu berlembut dengan hatinya untuk membuat perubahan. Ada yang terpaksa mengeraskan hati untuk berteguh hati, dan ada juga yang meneguhkan hati dengan berlembut dan berlapang dada. Ada juga yang bila berkeras hati utk berubah, menjadi semakin teruk dan bila diuruskan dengan lembut, perubahan itu lebih berkesan. Dan juga sebaliknya. Semuanya bergantung kepada apa yang telah diisikan ke dalam hatinya sepanjang manusia itu hidup.


Tetapi aku memandang, hati itu memerlukan kedua-duanya. Perlunya memujuknya dengan penuh kelembutan dan hikmah, dan kadang-kala perlu juga dipukul keras dan dengan hikmah juga. Manusia mana yang tidak sukakan kelembutan. Manusia mana yang tidak tersentuh apabila orang lain melayani mereka dengan penghargaan, kelembutan, ambil berat, kata-kata dorongan, motivasi, sangkaan baik dan sebagainya. Namun kadangkala, hati manusia itu keras, dan memerlukan juga ditegur, dimarahi, diketuk hatinya agar kembali lembut, sesuai dengan cara yang Islam anjurkan.


Dan, aku memilih untuk belajar dan memiliki hati yang lembut berbanding dengan memiliki hati yang keras, agar hati ini sentiasa menangis kerana TuhanNya, agar hati ini sentiasa takut kepada TuhanNya, agar hati ini sentiasa bergetar apabila disebutkan ayat-ayat TuhanNya, agar hati ini sentiasa tunduk kepada TuhanNya. Dan hakikatnya, aku masih jauh dari semua itu. Dan aku lebih gemar dengan istilah ‘meneguhkan hati’ untuk melakukan berubah daripada istilah perlu ‘berkeras sedikit’ dengan diri sendiri untuk berubah. Nampak lebih mudah untuk aku fahami dan terima. :) Wallahu’alam.


“Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami hati selembut Abu Bakar dan hati sekeras Umar”. Segala yang benar itu datang dari Allah, dan yang salah itu datang dari kelemahan aku sebagai manusia. Sekian. :)


http://nazrulamir.farlyk.com/2006/10/h

Kehidupan seorang muslim

Kehidupan seorang muslim


Mahukah kita hidup sebagai seorang muslim? Yang bebas dari segala maksiat yang kecil mahupun yang besar walaupun sebenarnya antara keduanya tiada bezanya. Yang bebas dari ambisi yang mendahulukan manfaat untuk diri sendiri. Yang bebas dari fikiran-fikiran kotor. Yang bebas dari tindakan-tindakan kotor. Yang bebas dari tabiat-tabiat kotor. Yang bebas dari amal-amal yang tidak bermanfaat. Yang bebas dari pengaruh-pengaruh selain dari Islam yang kotor. Yang bebas dari berhala-berhala, sembahan-sembahan lain selain dari Allah.Kehidupan seorang muslim adalah kehidupan yang bersih, yang sihat, yang bermanfaat untuk orang lain, yang mengutamakan orang lain, yang bertindak hanya dalam lingkungan yang diizinkan Allah, yang tidak akan mahu untuk bertindak tanpa adanya perintah Allah, yang meniti dengan berhati-hati atas keredhaan Allah, yang tidak melakukan apapun selain hanya kerana Allah dan manfaat untuk agamaNya.


Kehidupan seorang muslim adalah kehidupan yang sentiasa dihiasi dengan senyuman-senyuman, yang sentiasa diindahkan dengan kasih sayang dan sangkaan-sangkaan yang baik, yang sentiasa hadir untuk memperbaiki dan diperbaiki,yang sentiasa memuliakan manusia-manusia lainnya, yang sentiasa memberikan layanan yang istimewa untuk hamba-hambaNya.


Kehidupan seorang muslim adalah kehidupan yang cita-citanya hanya untuk meraih kecintaan dan keredhaan Allah, yang tidak ada cita-cita dunia, yang setiap tenaganya untuk Islam, yang setiap nafasnya, masanya, fikirannya, hanya untuk kebaikan Islam. Yang sangat merindui mati, yang sangat mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, Allah. Yang tidak memandang langsung kesenangan dunia, yang tidak menginginkan langsung untuk hidup senang kerana khuatir akan jauh dari Allah, yang sentiasa bersiap sedia untuk mati kerana Allah, yang tidak pernah terbelenggu dengan istilah-istilah manusia, piawaian-piawaian manusia, pandangan-pandangan manusia selain dari pandangan Allah.


Kehidupan seorang muslim adalah kehidupan yang tidak pernah dihambat oleh kerisauan, yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah agar Allah menentukan yang terbaik untuknya, yang tidak pernah mendahului Allah dalam menentukan apa yang terbaik untuk dirinya, yang percaya sepenuhnya terhadap ketentuan Allah, yang tidak pernah peduli andai Allah menganugerahkan kesempitan hidup kepadanya, yang sentiasa berusaha untuk memberikan amal yang paling ehsan dalam setiap perkara.Indahnya kehidupan seorang muslim. Bebas dari dunia yang terbatas, kesempitan jahiliyah dan hidup dalam keluasan Islam.


http://nazrulamir.farlyk.com/2006/11/

Cerita hati

Cerita hati


Aku mahu bercerita tentang hati. Tetapi tiada kata yang dapat ditulis. Tiada ayat yang dapat disusun. Hanya yang ada cumalah rasa yang aku rasai. Hati itulah punca kekuatan muslim. Hati itulah titik tolaknya pembenaran itikadnya melalui amal perbuatan. Hati itulah yang perlu dijaga. Hati itulah yang perlu diberi makanan. Hati itulah yang perlu dibasahi. Kerana hati itulah yang selalu bergoncang untuk memilih antara dua jalan yang telah diilhamkan. Dan hati itulah yang perlu ditundukkan agar sentiasa kekal di dalam keadaan fitrahnya.


Apabila hati telah terasa ancaman antara kemaksiatan dan ketaatan, perlu segera dibasahkan dengan zikrullah. Di dalam hati jugalah mulanya sangkaan-sangkaan yang dapat mengantarkan empunya diri ke neraka. Andai hanya ingin dicintai oleh Allah, maka luruskanlah niat, luruskanlah hati. Agar sentiasa ikhlas hidup semata-mata kerana Allah. Semoga hati itu sentiasa kuat untuk melawan bisikan-bisikan syaitan yang hanya menginginkan maksiat dari ketaatan.


http://nazrulamir.farlyk.com/2006/11/

Usah takut, Usah risau

Usah takut, Usah risau


Mengapa perlu takut andai kita berada di dalam kebenaran,
Mengapa perlu takut andai niat kita menginginkan kebenaran,
Mengapa perlu takut andai kita melakukan apa yang benar,


Mengapa perlu risau andai kita memiliki keyakinan yang benar,
Mengapa perlu risau andai kita meyakini niat kita itu benar,
Mengapa perlu risau andai kita melakukan dengan cara yang paling ehsan, yang paling benar,


Allah menginginkan kita mengimani yang benar,
Maka kita telah mengimani yang benar,
Allah menginginkan kita sentiasa berada di dalam kebenaran,
Maka kita telah berada dan sedang beristiqamah di dalam kebenaran,
Allah menginginkan kita sentiasa mengajak kepada kebenaran,
Maka kita telah dan masih lagi bekerja keras untuk mengajak kepada kebenaran,


Allah menginginkan kita inginkan kepada kebenaran,
Maka kita telah menginginkan akan sesuatu yang benar,
Allah menginginkan kita sentiasa memelihara diri dengan kebenaran,
Maka kita sedang berusaha memelihara diri dengan kebenaran,
Allah menginginkan kita menghindari Neraka dan mengejar Syurga,
Maka kita sedang berusaha menghindari dan sedang berlari kencang mengejar Syurga.


Allah menginginkan kita mencari keredhaanNya dengan cara yang diinginiNya,
Maka kita sedang berusaha mencari keredhaanNya dengan cara yang diinginiNya.


Andai niat kita sesuai dengan apa yang Allah inginkan,
Andai usaha kita sesuai dengan apa yang Allah inginkan,
Mengapa perlu takut,
Mengapa perlu risau,
Kemenangan itu, Allah-lah yang memilikinya,
Dan pasti, kemenangan itu adalah untuk kita,
Andai kita orang yang benar.


Cuma perlu sentiasa meluruskan niat,
Cuma perlu sentiasa mengehsankan amal,
Cuma perlu sentiasa bekerja keras,
Cuma perlu sentiasa bersabar dan yakin,


Jalan ini adalah jalan yang panjang,
Pasti ada yang meneruskannya,Untuk yang sedang takut dan risau dalam melakukan pembaikan dengan cara yang benar…


Usah takut, usah risau, anda di dalam dalam kebenaran, kebenaran pastinya ada tentangan… dan ujian.


http://nazrulamir.farlyk.com/