This is default featured slide 1 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

This is default featured slide 2 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

This is default featured slide 3 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

This is default featured slide 4 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

This is default featured slide 5 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

Minggu, 20 Januari 2013

MESIR: Pertempuran polis, orang awam ragut lima nyawa

KAHERAH 21 Jan. - Seramai lima orang terbunuh dalam keganasan terbaharu yang meletus antara orang awam dan pihak keselamatan di kawasan perindustrian Shubra al-Kheima di utara di sini, semalam.
Akhbar tempatan, al-Masry melaporkan, keganasan itu tercetus selepas seorang lelaki ditembak mati polis, menyebabkan orang ramai mengamuk dan cuba menyerang balai sebuah balai polis.

Akhbar itu menjelaskan, tindakan penduduk awam bertindak menghalang beberapa jalan dan cuba menyerang balai polis berkenaan telah menyebabkan lima orang terbunuh dan 23 lagi cedera, termasuk seorang anggota polis dan seorang askar. - AFP

Rabu, 16 Januari 2013

MESIR - 19 Maut, Kereta Api Tergelincir


Orang ramai  memeriksa   bangkai kereta api yang tergelincir  di Giza, Badrasheen, semalam.  AFPOrang ramai memeriksa bangkai kereta api yang tergelincir di Giza, Badrasheen, semalam. AFP
Kaherah: Sebuah keretapi membawa rekrut tentera tergelincir di barat laut Kaherah semalam, menyebabkan 19 terbunuh dan 107 cedera, kata kementerian kesihatan, sekali gus mendedahkan masalah pengangkutan kronik di negara itu. 

Keretapi terbabit membawa rekrut muda dari selatan Mesir ke sebuah kem tentera di Kaherah apabila dua gerabak tergelincir dari landasan dalam kejadian selepas tengah malam di kejiranan Badrasheen, Giza, kata pihak berkuasa. 


Lebih 60 ambulans dihantar ke tempat kejadian dan penyelamat bekerja keras menyelamatkan mangsa dan mengeluarkan mayat dari tempat kejadian. 

Perdana Menteri Hesham Kandil disambut dengan kemarahan apabila tiba di tempat kejadian di mana penduduk tempatan menjerit ‘anda bertanggungjawab Hesham’ ke arahnya. 

Pengawal peribadi beliau terpaksa membawa pemimpin terbabit jauh daripada orang ramai, kata seorang jurugambar AFP. 

Kemalangan kelima 
Mangsa cedera dibawa ke hospital tempatan untuk rawatan, kata kementerian kesihatan. Nahas itu adalah terbaru dalam satu siri bencana pengangkutan melanda Mesir dan berlaku dua minggu selepas seorang menteri pengangkutan dilantik. 

Berdasarkan laporan media, ia kemalangan kereta api kelima yang membawa maut selepas Presiden Mohamed Morsi mengangkat sumpah sebagai Presiden Islam pertama Mesir pada Jun. - AFP

sumber

MALI - Peranchis Tingkatkan Serangan

Bamako: Perancis meningkatkan serangan udara terhadap pemisah Islam di Mali ketika rancangan menghantar tentera Afrika semakin hampir, disebalik kebimbangan penangguhan boleh membahayakan lagi misi untuk mengusir al-Qaeda dan sekutunya. 
Perancis menghantar tentera ke Mali dan melancarkan serangan udara sejak Jumaat di kawasan padang pasir yang dirampas puak Islam tahun lalu. 

Kami akan teruskan penghantaran tentera darat dan udara," Francois Hollande, Presiden Perancis

Puak Islam menggabungkan Sayap Afrika Utara al Qaeda (AQIM) dengan kumpulan pemisah Mali, Pergerakan Untuk Perpaduan dan Jihad di Afrik Barat (MUJWA) dan Ansar Dine.

Ketua pertahanan Afrika Utara bertemu di Bamako semalam, untuk meluluskan rancangan mempercepatkan penghantaran 3,300 tentera serantau untuk memantau dalam rancangan campur tangan yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan diketuai Afrika.

Hantar 2,500 tentera

Bercakap dari pangkalan tentera Perancis di Abu Dhabi, Presiden Francois Hollande berkata tentera Perancis di Mali menjalankan serangan tengah malam yang mengenai sasaran mereka. 
“Kami akan teruskan penghantaran tentera darat dan udara. Kita mempunyai 750 askar yang dihantar pada masa sekarang dan akan terus ditingkatkan secepat mungkin untuk membolehkan kita menyerahkan tugas kepada Afrika,” kata Hollande.

Perancis merancang untuk menghantar sejumlah 2,500 tentera di bekas jajahan mereka bagi menguatkan tentera Mali dan kerja campur tangan oleh Kesatuan Ekonomi Afrika Barat (ECOWAS) membabitkan kumpulan negeri Afrika Barat.

Menteri Luar, Laurent Fabius mengiringi Hollande dalam lawatan bertujuan untuk menguatkan lagi hubungan dagangan dan mempercepatkan penjualan 60 jet pejuang Perancis Rafale, berkata beliau yakin negara Teluk Arab juga membantu dalam kempen Mali. - REUTERS

sumber

PALESTIN - 3 Pelarian Maut di SYRIA


Tiga pelarian Palestin di Syria kelmarin meninggal syahid akibat gempuran roket tentera rejim pemerintah.
Sumber menyebutkan, para syuhada tersebut adalah, Mutaz Jiarah yang meninggal syahid ketika berusaha melindungi anak saudaranya dari tembakan sinper di kem Yarmuk. Kemudian Hasan Hamid, ia meninggal akibat tembakan sniper di wilayah Barzah dan Said Ruz yang meninggal akibat tembakan sniper di jalan menuju lapangan terbang, saat dia pulang dari Kem Al-Hasaniyah.

Dalam kaitan ini, kem pengungsian Palestin di Yarmuk mengalami serangan masiv dari roket maupun rudal serta para sniper, terutama di jalan Madaris, jalan 15 dan jalan Palestin, Al-Quds serta Taqadum, dekat Universiti Ibrahum Hebron.

MESIR - Barat terus Berusaha Menjatuhkan Mursi


Barat setelah gagal mencari celah dan merusak Mursi pada referendum yang lalu , kini Amerika Syarikat pada Selasa lalu mengecam pernyataan anti-Semit Presiden Mesir Mohammed Mursi pada tahun 2010 lalu sebelum ia terpilih menjadi presiden, dan mendesaknya untuk membuat penjelasan rasmi.
“Bahasa dia gunakan yang kita lihat adalah sangat menyerang,” kata jurucakap Kementerian Luar Negeri Victoria Nuland, dia menambahkan “Kita berfikir bahwa komentarnya mesti kita tolak, dan sekali lagi mereka yang seperti itu mesti ditolak tegas.”
Mursi memperlihatkan sikap anti-Semit  ini terlihat dari pernyataannya, yang didokumentasikan dari siaran video tahun 2010, kembali dicuatkan melalui video yang ditayangkan di televisyen oleh aktivis Mesir Bassem Yousef pada hari Jumaat.
Timbulnya kembali video 2010 menggambarkan saat itu Mursi sedang menangani penunjuk perasaan di kota kelahirannya di Delta Nil, acara tersebut untuk mengecam sekatan Israel di Gaza. Dalam video tersebut, ia mendesak Mesir untuk  “mempertahankan sikap anak-anak kita dan cucu kita untuk tetap membenci orang Yahudi dan Zionis.”
Namun, sejak awal kempen presiden, ada perubahan dari Mursi , ia memberikan komitmen untuk menegakkan perjanjian damai Mesir dengan Israel.
“Ketika ada seorang pemimpin suatu negara pernyataannya mengutuk   Yahudi, dand ia tidak melakukan apa pun untuk memperbaikinya, masuk akal banyak orang di Israel akan menyimpulkan bahwa pemimpin itu tidak dapat dipercaya sebagai mitra untuk perdamaian,” Kenneth Jacobson, wakil direktur nasional dari Liga Anti-Rasis berbasis di AS, mengatakan kepada The New York Times.
Sementara itu, pihak Mursi  menolak untuk menanggapi masalah ini.

SYRIA - 80 Maut di Universiti Aleppo


Dua ledakan telah melanda Universiti Aleppo di Syria utara, mengorbankan lebih dari 80 orang, sumber-sumber rasmi dan aktivis pembangkang mengatakan. Ada laporan yang bertentangan mengenai apa yang menyebabkan ledakan pada hari Selasa, dengan pemerintah dan penentang saling menyalahkan stau sama lain. Lebih dari 150 orang cedera, beberapa dari mereka dalam keadaan kristikal.
Lainnya,  aktivis anti-rejim  mengatakan roket yang ditembakkan oleh jet pemerintah menyebabkan ledakan. Seorang saksi mengatakan kepada Al Jazeera bahawa ia melihat bom jatuh dari langit.
Bashar Jaafari, utusan Suriah untuk PBB, menyebut serangan itu ,”Aksi teroris pengecut yang mensasarkan mahasiswa Universiti Aleppo saat mereka duduk untuk pemeriksaan ujian tengah semester mereka.”
Sementara itu, televisyen pemerintah mengatakan dua roket menghentam universiti, mahasiswa dan membunuh orang-orang yang telah melarikan diri dari pertempuran di tempat lain dalam beberapa bulan terakhir dan berlindung pada lingkungan kampus. DiIa menyalahkan pemberontak atas serangan itu.
Mohammed Wahid Akkad, gabernur kota, memberikan angka korban mirip dengan yang dikutip oleh Observatorium. “Sejauh ini ada 82 korban jiwa dan lebih dari 160 terluka dalam serangan teroris yang ditargetkan siswa pada hari pertama mereka ujian di Universiti Aleppo,” kata Akkad kepada pejabat berita AFP.
Seorang pegawai tentera di Aleppo mengatakan kepada AFP bahawa ledakan terjadi setelah pemberontak cuba untuk menembak jatuh sebuah pesawat tempur dengan roket, tetapi gagal untuk mencapai sasaran mereka
Pertempuran antara pemberontak dan pasukan pemerintah telah mencapai jalan buntu di Aleppo dan menyebabkan kota terbahagi.
Universiti ini terletak di daerah di bawah kendalian pemerintah. Pasukan pemerintah dan pemberontak sering berbelas roket dan peluru mortar di kota. Selama beberapa bulan terakhir, Aleppo dan ibukota, Damsyik, telah dilanda gelombang ledakan yang mengorbankan puluhan orang. 
Di tempat lain di Syria, tentera dan mujahidin bertempur di pinggiran Damsyik pada Selasa.
(Dz/Al Jazeera)

MALI - Peranchis Tunjuk Taring


Dengan operasi tentera Perancis di Mali diperkirakan berlangsung lebih lama dari yang diharapkan, Paris telah berupaya mencari pendanaan dari negara-negara Arab Teluk yang kaya, mengatakan “setiap orang” mesti membantu dalam memerangi al-Qaeda ekstrimis di negara Afrika.

Menteri Luar Negeri Perancis Laurent Fabius mengatakan para negara penaja akan bertemu pada akhir Januari untuk menyediakan dana untuk pasukan Afrika kerana akan dikerahkan di Mali dalam seminggu. Ia mengatakan pertempuran di Mali adalah sebahagian dari perang global melawan terorisme dan bahawa “setiap orang mesti memiliki komitmen untuk diri sendiri dalam memerangi terorisme.”

“Kami cukup yakin bahawa UAE  akan masuk ke arah itu juga,” Fabius dikutip oleh Abu Dhabi berbasis Nasional mengatakan.

“Kami akan berbincang dengan pihak berkuasa di Emirat Arab. Ada berbagai cara untuk membantu, dapat melalui materi , boleh juga melalui pembiayaan, “kata Fabius.

Perancis berjanji pada Selasa untuk mempertahankan pasukan Perancis di Mali sampai kestabilan kembali di negara Afrika Barat tersebut.

Paris telah mengerahkankan ratusan tentera ke Mali dan melakukan serangan 50 bom  sejak Jumaat , menyerang pusat  Islam yang mengendalikan bahagian utara negara itu, dimana Barat dan negara-negara Eropah takut bila dikuasai Islam , daerah tersebut boleh menjadi laluan untuk serangan teroris di Afrika dan Eropah.

Menteri Pertahanan Jean-Yves Le Drian mengatakan bahawa, meskipun dukungan udara Perancis, pasukan Mali tidak mampu untuk mengusir pejuang Islam dari kota  Konna atau Diabaly, daerah tersebut hanya berjarak 350 km (220 mil) timur laut dari Bamako.

Presiden Francois Hollande, dalam kunjungan ke UAE di mana ia mencari dukungan kewangan negara-negara Teluk ‘untuk misi Afrika yang dipimpin, menyarankan Perancis akan mempertahankan peranan utama dalam bekas koloninya selama berbulan-bulan yang akan datang.

“Kami memiliki satu tujuan. Untuk memastikan bahawa ketika kita meninggalkan, ketika kita mengakhiri intervensi kami, Mali sudah aman, memiliki pemerintah yang sah, proses pilihan raya berjalan dan tiada teroris yang mengancam wilayahnya, “kata Hollande dalam sidang media.
Paris telah menyatakan rancangannyanya untuk meletakkan 2.500 askar untuk memperkuat tentera Mali dan bekerja dengan kekuatan intervensi yang disediakan oleh negara-negara Afrika Barat. – (DZ/Al Arabiya)